Apa Nasib Kenderaan Apple Yang Kini Ditimpa Masalah Untuk Dihasilkan?

Pada akhir tahun lalu, dunia gempar dengan pengumuman Apple yang katanya bakal mengeluarkan kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun 2024.

Banyak pihak yang pada mulanya sangsi dengan idea yang dikeluarkan oleh Tim Cook pada tahun 2014, yang mana mereka mengumumkan akan melancarkan sebuah projek yang dikenali sebgai Titan; iaitu projek untuk menghasilkan kenderaan elektrik.

Baca: Apple Dijangka Akan Mengeluarkan Kenderaan Elektrik Pertama Mereka Pada Tahun 2024

Tetapi kesangsian terhadap kemampuan Apple untuk menghasilkan kenderaan mereka sendiri mula terhakis disebabkan Apple mempunyai reserve wang yang cukup tinggi di dalam tangan.

Mereka dipercayai mempunyai reserve sebanyak USD200 bilion dalam tangan dan dengan itu, ianya tidak mustahil bagi Apple untuk membangunkan kenderaan elektrik mereka sendiri.

Model Perniagaan Yang Dijalankan Apple

Kredit Gambar: Screen Rant

Jika dilihat daripada segi model perniagaan yang dijalankan Apple, mereka tidak mempunyai kilang mereka sendiri dan hanya bergantung kepada pihak ketiga dalam menghasilkan produk mereka.

Mereka sangat bergantung kepada Foxconn untuk menghasilkan produk terkenal mereka dan Apple hanya menghasilkan perisian.

Disebabkan perkara tersebut, Apple perlu mencari rakan niaga untuk menghasilkan kenderaan elekrtik mereka bagi memenuhi impian syarikat tersebut.

Menurut Elon Musk,untuk menghasilkan sebuah syarikat kenderaan elektrik adalah begitu sukar dan ianya lebih sukar daripada melancarkan sebuah roket ke angkasa.

Apple Mencari Rakan Niaga Untuk Pembagnunan Kenderaan Elektrik

Disebabkan menghasilkan sebuah kenderaan elektrik adalah sukar, Apple terpaksa mencari rakan niaga untuk berkongsi visi mereka bagi menghasilkan kenderaan mereka sendiri.

Antara desas-desus yang kencang berlegar di media massa pada bulan lalu adalah kerjasama di antara Apple dengan pengeluar kenderaan terkenal di Korea Selatan iaitu Hyundai Group.

Kredit Gambar : Screen Rant

Hyundai dilaporkan akan menghasilkan kenderaan elektrik untuk Apple di masa depan. Selain itu juga, Apple turut dilaporkan mencari rakan niaga dari Jepun.

Khabar angin mengatakan Apple telah berbincang dengan 6 syarikat automotif yang terkenal di negara tersebut.

Di antara 6 buah syarikat yang membincangkan kerjasama bagi meghasilkan kenderaan elektrik untuk Apple, Nissan dilihat syarikat yang paling sesuai untuk menghasilkan kenderaan elektrik untuk Apple. Ini kerana mereka mempunyai masalah kewangan selepas Carlos Ghosn dituduh pecah amanah dalam membawa syarikat tersebut.

Nissan juga turut mempunyai pengalaman di dalam menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri yang diberi nama Nissan Leaf. Dengan mendapat pelaburan daripada Apple, Nissan berupaya untuk meningkat naik semula.

Kenapa Syarikat Automotif Taknak Bekerjasama Dengan Apple?

Malang bagi Apple apabila kedua syarikat tersebut sebulat suara menolak kerjasama  di antara mereka dan Apple. Nissan dan Huyndai Group dikatakan menolak kerjasama untuk membangunkan kereta untuk Apple.

Hyundai terkenal sebagai syarikat yang kurang menjalinkan kerjasama dengan syarikat luar dan hanya menghasilkan kenderaan mereka sendiri.

Hyundai juga turut menghasilkan kenderaan elekttrik mereka sendiri yang diberi nama Ioniq. Hyundai menegaskan mereka tidak mahu dilayan sebagai contract manufacturer oleh Apple untuk menghasilkan kenderaan tersebut.

Kredit Gambar: Ars Tech Nica

Nissan juga turut mengeluarkan kenyataan senada. Nissan tidak gemar untuk menjadi contract manufactring kerana tidak suka pihak luar mencampuri urusan reka bentuk dan teknologi yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut dalam menghasilkan kenderaan elektrik.

Masa Depan Kereta Elektrik Apple

Ramai penganalisi percaya untuk Apple mengluarkan kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun 2024 semakin samar dengan kebanyakan syarikat automotif dunia tidak berminat untuk bekerjasama. Walaupun syarikat tersebut merupakan salah sebuah syarikat terbesar di dunia.

Selain itu juga, penganalisis turut percaya harga yang bakal ditawarkan oleh Apple terhadap kenderaan mereka sama seperti produk mereka iatiu pada harga yang sangat premium.

Ketika ini, jalan penyelesaian yang terbaik bagi Apple adalah untuk membeli sebuah syarikat automotif dan Ford merupakan calon yang sesuai dengan harga USD50 bilion.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari