Bayar Hutang, Sedekah Atau Simpan, Mana Lebih Penting?

Pengurusan Kewangan

Nak sedekah tapi fikir hutang-hutang bank belum selesai. 

Nak bayar hutang, tapi sedih duit habis bayar hutang tak dapat nak sedekah.

Sama ada mengurus wang dengan baik ataupun tidak, hutang tidak boleh dibuat main-main. Dalam pada itu, penting juga untuk lihat semula, mana satu yang lebih penting. Adakah bayar hutang, sedekah atau simpan?

Ramai yang tertanya-tanya akan hal ini memandangkan sering kali kita lihat atau dengar tentang ungkapan,

Hutang nanti boleh bayar, sedekah ni untuk cari keberkatan.

Tanggapan ini sepatutnya dibuang oleh masyarakat kita kerana bagi hukum agama Islam, membayar hutang adalah sesuatu yang wajib. Jadi, sedekah itu hanyalah perkara yang sunat sahaja.

Bayar Hutang, Sedekah Atau Simpan, Mana Lebih Penting?

Dalam asas pengurusan kewangan pula, kita perlu catatkan jumlah hutang, sedekah dan simpanan tersebut. Selepas semuanya dicatat, maka secara automatik kita akan tahu mana lebih penting. Namun, untuk memantapkan pengurusan kewangan agar lebih teratur, kita perlu susunkan status kewangan yang paling penting kepada yang tidak berapa penting.

1. Bayar Hutang Adalah Perkara Paling Utama

Kenapa bayar hutang adalah perkara yang paling utama? Ini kerana kesan hutang adalah ia menjejaskan kewangan kita. Sekiranya hutang sedikit itu disimpan lama-lama, ianya pasti akan bertimbun dan menyusahkan anda. Itulah sebabnya kita perlu mengutamakan bayar hutang terlebih dahulu.

Menurut sumber MuftiWP, hukum bayar hutang adalah wajib dan ia akan dituntut di akhirat kelak.  Di akhirat kelak urusan hutang tidak dibayar dengan wang, tetapi dibayar dengan pahala kebaikan. 

Rasulullah SAW bersabda:

وَ مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ وَلَكِنَّهَا الحَسَنَاتُ وَ السَيِّئَاتُ

Hadith riwayat Abu Daud: (3597)

Maksudnya: Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.

Gambar : Pixabay

2. Membuat Simpanan Selepas Hutang Selesai

Selepas hutang-piutang telah diselesaikan, apa yang perlu dibuat seterusnya adalah membuat simpanan kewangan peribadi. Simpanan kewangan ini merupakan antara perkara yang paling penting dalam menguruskan kewangan agar menjadi lebih baik dan dapat memenuhi keperluan yang anda inginkan.

Simpanan juga adalah faedah untuk kegunaan ketika kecemasan, belanja keperluan harian, bercuti dan lain-lain lagi. Simpanan juga boleh digunakan untuk bersedekah.

3. Memberi Sedekah

Setelah simpanan telah banyak, maka disunatkan untuk bersedekah bagi yang beragama Islam. Jadi, bersedekahlah dengan ikhlas, bersederhana dan tidak riak. Insha-Allah hidup akan lebih diberkati. Sedekah adalah amalan yang sangat penting kerana dibawa sampai mati.

Sedekah merupakan amalan yang tidak terputus walaupun sudah meninggal dunia. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Maksudnya: Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.

Akhir kata, bayar hutang, sedekah dan simpanan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ketiga-tiga perkara ini mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri sekiranya tidak diuruskan dengan baik. 

Oleh itu, bagi anda yang masih bingung mengenai yang mana lebih penting, pastikan anda selesaikan hutang piutang yang ada terlebih dahulu.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA