4 Cara Untuk Tingkatkan Kepercayaan Dalam Perniagaan

Dalam perniagaan, memang penting untuk membina kepercayaan terhadap pembekal, pelanggan dan juga pekerja anda. Ini kerana mereka perlu bergantung kepada kata-kata dan tindakan yang anda lakukan, barulah perhubungan itu dapat pergi lebih jauh lagi.

Sebaik sahaja anda membuktikan kebolehpercayaan anda, mereka akan lebih senang untuk berurusan selagi mana anda berpegang kepada janji. Persoalannya sekarang, apakah cara untuk meningkatkan dan membina kepercayaan dalam perniagaan anda?

1. Bersikap Jujur

Sikap jujur merupakan cara yang paling mudah untuk membina kepercayaan. Samada anda perlukan pertolongan atau berdepan dengan masalah, jangan takut untuk berkata yang benar daripada menyembunyikan hal tersebut.

Mungkin orang akan memperlekeh kebolehan anda, tetapi sekiranya anda bersungguh-sungguh dalam penjelasan, orang ramai pasti akan memahami kesulitan yang sedang anda alami.

2. Berkomunikasi Dengan Kerap

Bila anda dah berlaku jujur terhadap orang di sekeliling perniagaan anda, seterusnya buka ruang komunikasi seluas-luasnya. Jangan biarkan pembekal atau pelanggan anda tertanya-tanya motif anda melakukan sesuatu perkara. Barangkali mereka mula untuk membentuk prasangka negatif terhadap anda.

Sebelum perkara yang buruk berlaku, anda perlu kerap berkomunikasi dengan mereka dengan profesional supaya mereka tahu siapa anda, dan apa yang anda sedang lakukan. Semakin banyak mereka tahu tentang rancangan anda, semakin yakin mereka dengan anda.

3. Membina Pakatan Strategik

Cari ikon yang telah berjaya dalam dunia perniagaan dan berguru dengan mereka. Cuba sedut ilmu yang mereka guna, supaya anda dapat belajar daripada kesilapan dan kejayaan mereka. 

Kongsikan dengan mereka bagaimana rancangan anda untuk pengembangan perniagaan dan sentiasa bertanyakan pendapat mereka.

Juga berdampinglah dengan mereka di kalangan ahli perniagaan, kerana mereka pasti dapat membantu mengembangkan perniagaan anda. Dah bina kepercayaan mereka dengan menunjukkan potensi anda, sudah pasti mudah bagi mereka untuk memberi recommendation kepada produk atau servis anda kepada orang lain.

4. Memahami Dan Memudahkan Situasi

Jangan menyalahkan orang lain atau cuba menutup kesilapan anda. Anda hanya akan memburukkan keadaan, kehilangan kredibiliti yang berharga dan menyakiti hubungan anda dengan orang lain.

Sebagai contoh, apabila anda melihat aliran tunai anda dan menyedari bahawa anda tidak boleh membuat bayaran kepada pembekal tepat pada masanya, hubungi mereka dengan serta-merta. Jangan tunggu mereka memanggil anda.

Begitu juga halnya apabila anda berdepan kesukaran untuk memenuhi dateline yang telah ditetapkan untuk membekal kepada pelanggan anda. Lebih baik anda berterus terang sahaja atau tawarkan pemulangan duit (refund) daripada berdiam diri dalam hal ini.

Apabila anda memahami dan memudahkan situasi kepada semua pihak, pasti mereka mempercayai anda dalam menjaga hubungan baik dalam perniagaan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.