Adakah Anda Hanya Berangan-Angan, Atau Memang Dilahirkan Sebagai Seorang Usahawan?

Secara teknikalnya, seseorang yang mempunyai minda keusahawanan sudah terbentuk sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Mereka biasanya boleh lihat dengan lebih jelas sesuatu peluang berbanding orang lain di sekeliling mereka.

Dalam erti kata lain, mereka tidak pernah ketandusan idea bagi membina impian mereka seterusnya memberi manfaat kepada orang lain.

Seorang usahawan sentiasa bekerja keras dengan menambah baik idea mereka dari semasa ke semasa. Contohnya sentiasa mencipta prototaip demi prototaip produk mereka, di mana prototaip produk tersebut mempunyai peningkatan kualiti dari semasa ke semasa sehinggalah ianya keluar di pasaran.

Walaubagaimanapun, halangan utama mereka ialah orang di sekeliling mereka yang tidak dapat melihat, nampak, menerima ataupun mengaplikasikan, visi, matlamat, impian seorang yang berminda keusahawanan. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan cabaran, mereka sentiasa akan meneruskan usaha.

Ada masanya mereka juga meragui diri mereka sendiri, ketika melakukan pelbagai usaha namun semuanya tidak berhasil. Mereka kecewa, namun mereka sentiasa percaya kepada kata-kata emas ‘Jika kali ini gagal, tidak mengapa. Itu adalah petanda untuk bangkit semula, dengan cara yang lebih bijak’.

Mungkin pada mulanya, seorang usahawan kurang cemerlang ketika di alam persekolahan, tetapi mereka hanya memandang bidang tersebut, adalah salah satu aliran dalam mencari pengalaman untuk menimba ilmu. Sebahagian daripada mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi, untuk menambah kemahiran agar mampu berubah menjadi pakar.

Minda mereka sangat bernas. Ketika lewat malam, mereka sentiasa meluangkan masa, bagi kerja atau projek dalam menambah baik proses pembelajaran. Keupayaan mereka dalam mengeluarkan bakat terpendam dan cekap bekerja dengan orang lain, sukar di sangkal lagi.

Usahawan sentiasa mendapat perhatian para pelabur, yang sentiasa mempercayai keupayaan produktiviti mereka. Namun kadang-kadang pelabur juga belum nampak sepenuhnya visi seorang usahawan. Pelabur hanya menumpukan sedikit perhatian terhadap seorang usahawan, disebabkan mereka hanya fokus kepada wang.

Tapi kebenarannya, kejayaan dicipta melebihi daripada tempoh setahun, malahan kebiasaannya empayar keusahawanan dicipta dalam masa berpuluh-puluh tahun lamanya.

Lihat sajalah apa yang dilakukan oleh Henry Ford, salah seorang usahawan terbaik sepanjang zaman. Beliau menumpukan perhatian kepada keperluan dunia, seterusnya perlahan-lahan peluang terbuka depan matany.

Beliau telah memperkenalkan teknologi baru kepada orang dunia. Beliau telah memberi sesuatu yang lebih bernilai, iaitu produk yang tidak pernah dihasilkan dalam pasaran.

Beliau mengimpikan kepada perubahan dalam dunia seiring dengan penggunaan teknologi yang lebih maju dan moden. Beliau mempercayai bahawa rahsia atau inspirasi kereta perlu mengunakan bahan alam semula jadi sebagai tenaga yang menggarakkan kenderaan.

Hero beliau dan juga mentornya iaitu Thomas Edison, juga percaya kepada inovasi. Beliau sangat berangan-angan besar untuk membina sebuah impian.

Ketika mendengar satu petikan ucapan daripada presiden Amerika Syarikat pada masa itu yang berbunyi  “..Hitch your wagon to a star..”

Beliau tanpa ragu-ragu memberitahu kakaknya bahawa “..That’s what I’m going to do..” ianya berlaku pada tahun 1893.

Tahukah anda, 10 tahun selepas itu pada 23 Julai 1903, seorang doktor gigi di Chicago, Dr Ernst Pfennig telah membeli sebuah kereta daripada Ford Company, keluaran model A pertama mereka. Henry Ford telah sampai ke tahap seorang usahawan berjaya.

Beliau tidak lagi berangan-angan, beliau sudah menjadi usahawan sepenuhnya. Berdasarkan perkongsian ini, adakah anda masih berangan-angan atau anda sudah mula mencipta impian dan mengorak langkah ke arah menjadi seorang usahawan yang berjaya?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.