Bisnes Suram? Lakukan 5 Perkara Ini

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini, kenaikan harga barang akan membuatkan pelanggan berfikir dua tiga kali sekiranya mereka ingin membeli sesuatu produk atau menggunakan sesuatu perkhidmatan.

Apa yang ditakuti pelanggan ini adalah, mereka takut tidak dapat pulangan yang sepatutnya daripada barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang digunakan. Oleh itu, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan bisnes anda kembali ‘ceria’. 

1. Keluar Daripada Kedai

Ini bermaksud daripada menunggu sahaja dalam kedai anda, anda harus melakukan jualan di luar kedai. Boleh mula membuka kedai online sama ada dengan membangunkan website sendiri atau menyertai mana-mana platform seperti Shopee atau Lazada.

Atau kalau ada bajet lebih sikit, boleh sertai mana-mana bazar yang dianjurkan seperti Bazar Raya dan sebagainya.

2. Pelbagaikan Cara Jualan

Setiap beberapa bulan, pelbagaikan cara jualan dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Mungkin pada bulan ini, anda menggunakan pendekatan menonjolkan kualiti barang daripada harga dan dalam dua atau tiga bulan seterusnya, gunakan pedekatan menghargai pelanggan anda.

Ini menjadikan perniagaan anda sentiasa dalam keadaan berubah-ubah. Ini boleh dijadikan sebagai satu ‘tiket’ bagi menonjolkan keunikan syarikat anda.

3. Jangan Buka Bisnes Atau Perniagaan Lain

Ini merupakan kesalahan terbesar dalam pengurusan kewangan syarikat anda. Demi menampung kos syarikat yang sedia ada, anda pun membuka syarikat yang lain.

Tidak semestinya, syarikat kedua anda akan berjaya dan sekiranya itu berlaku, keadaan ini boleh menjadikan anda muflis. Sebaliknya, fokus kepada kekurangan dan kelemahan perniagaan anda, dan berusaha untuk memperbaikinya.

4. Feedback Itu Penting

Pelanggan memainkan peranan penting dalam perniagaan anda. Feedback atau maklumbalas daripada mereka amat diperlukan untuk meningkatkan kualiti produk dan memperbaiki kelemahan produk atau perkhidmatan.

Hanya dengan memahami masalah yang dialami pelanggan anda dan memberi mereka jalan penyelesaian yang terbaik; barulah pelanggan akan merasa sangat dihargai.

5. Tiruvasi

Kaedah tiruvasi ini merujuk kepada anda ‘meniru’ syarikat yang sudah berjaya daripada segi jualan, kaedah pengurusan syarikat dan kewangan. Mereka yang sudah berjaya dalam ekonomi suram ini pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk menaikkan jualan syarikat masing-masing.

Jadikan mereka sebagai idola anda!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.