Cara Menabung Yang Diambil Daripada Kisah Nabi Yusuf

Menabung adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh kita semua agar tidak dihimpit dengan masalah kewangan. Di dalam Al-Quran juga ada menceritakan kisah seorang raja yang meminta Nabi Yusuf mentafsirkan mimpinya, yang kemudiannya diterangkan oleh Nabi Yusuf mengenai cara menabung.

Mari kami kongsikan cara menabung yang diambil iktibar daripada kisah Nabi Yusuf ini.

Kisah Mimpi Seorang Raja

Photo by Skitterphoto from Pexels

Kisah ini bermula apabila terdapat seorang raja yang bermimpi dan telah melihat 7 ekor lembu betina yang sangat gemuk di makan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus-kurus, dan 7 tangkai gandum yang hijau dan 7 yang lainnya adalah kering.

Kemudiannya, raja tersebut memerintahkan para pengikutnya untuk menterjermahkan mimpi tersebut tetapi kesemuanya tidak tahu. Akhirnya setelah beberapa lama, ada pengikut raja tersebut yang mengatakan bahawa mungkin Nabi Yusuf boleh mentafsirkan mimpi raja tersebut.

Maka berjumpalah pengikut raja tersebut dengan Nabi Yusuf dan menceritakan mimpi raja tersebut kepada Nabi Yusuf. Nabi Yusuf pun terus berkata bahawa kamu (manusia) perlu bercucuk tanam selama 7 tahun dan simpankan sedikit hasil tersebut untuk dimakan dan selebihnya disimpan.

Kemudian akan datang pula 7 tahun yang amat sukar yang akan digunakan untuk menghabiskan apa yang disimpan (hasil tanaman) bagi menghadapi kesusahan tersebut. Dan akhir sekali, akan datang pula tahun kepada manusia diberikan hujan untuk manusia memerah anggur.

Iktibar Dari Kisah Mimpi Raja

Image by Myriams-Fotos from Pixabay

Daripada kisah tersebut, penting untuk kita mengamalkan sikap menyimpan dan berjimat-cermat. Kisah tersebut juga mengajar kita untuk membuat perancangan masa depan dalam menghadapi persiapan untuk hari-hari yang sukar.

Kalau kita perasan, ekonomi dunia pun ada pasang surutnya. Setiap 10-12 tahun akan ada kegawatan ekonomi yang melanda.

Pada tahun 1998 kita ada Krisis Kewangan Asia, tahun 2008 pula kita ada Krisis Subprime dan tahun 2019 sehingga hari ini – kita ada pandemik Covid-19. Dan setiap kali krisis berakhir, ekonomi dunia akan naik semula.

Iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah Nabi Yusuf ini adalah:

  • Mengamalkan sikap berjimat-cermat
  • Membuat tabung simpanan
  • Hidup tak semestinya selalu indah, akan datang juga masa susah

Mulai hari ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan lagi amalan menabung kita agar kehidupan kita menjadi senang.

Sumber Rujukan:

  1. http://mselim3.blogspot.com
  2. http://bijakpelaburan.weebly.com

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.