Adakah Bayaran Tempahan (Booking Fee) Proton X50 Tidak Shariah?

Katanya tempahan SUV terbaru Proton X50 telah diterima sebanyak 20,000 buah unit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, En. Roslan Abdullah, mereka tidak menjangkakan sambutan yang begitu meriah dan katanya kebiasaan pelanggan hanya akan membuat tempahan apabila melihat sendiri model kereta depan mata.

Kali ini berbeza, ramai yang berbondong-bondong membuat tempahan awal dengan membayar RM500 walaupun tanpa melihat model kereta dan termasuk harga jualan belum diputuskan.

Kredit Gambar: Proton

Oleh kerana itu, ada pihak yang mempertikaikan teknik penjualan ini oleh Proton dengan mendakwa pembayaran ‘booking fee’ sebanyak RM500 itu tidak patuh Shariah kerana harga jualan tidak diketahui. Lantas menjadikan kontrak transaksi itu sebagai Gharar atau adanya ketidakpastian yang dilarang oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud:

“Rasulullah melarang jual beli al-Hashah dan al-Gharar.”

Tambahan pula Gharar dalam harga jualan merupakan salah satu jenis Gharar yang besar, maka disebabkan itu ia adalah transaksi tidak patuh Shariah. 

Walaubagaimanapun, isu ini boleh dijawab dengan hujah berikut.

‘Booking’ atau tempahan belum dikira sebagai kontrak jual beli namun ia hanyalah satu pernyataan komitmen untuk membeli. Dalam istilah Fiqh Muamalat, ia hanyalah satu Wa’d atau janji bukannya ‘Aqd atau Kontrak.

Malah Proton mengatakan bahawa ‘booking fee’ itu akan dikembalikan sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk membatalkan hasrat setelah mengetahui harga jualan sebenar dan tidak berkenan dengan model itu.

Kredit: Paul Tan

Dalam Muamalat, transaksi seperti itu dinamakan sebagai Hamish Jiddiyah iaitu sejumlah wang yang dibayar kepada sama ada penjual aset bagi menunjukkan kesungguhan untuk membeli aset tersebut. Dalam istilah hari ini ia boleh digelar sebagai ‘security deposit’ dan bersifat seperti ‘booking fee’ tadi.

Kebiasaannya ia dilakukan sebelum memeterai kontrak jual beli, dalam kata lainnya, ia dilakukan di luar ‘Aqd utama jual beli. Namun selepas kontrak berjaya dimeterai, jumlah bayaran dari Hamish Jiddiyah ini akan dikira sebagai sebahagian daripada harga keseluruhan aset.

Tetapi sekiranya pelanggan ingin membatalkan hasrat pembelian, para Ulama menyebut bahawa penjual berhak untuk mengambil jumlah yang bertepatan dengan kerugian sebenar yang ditanggung akibat pengurusan tempahan tadi dan bakinya mesti diserahkan semula kepada pelanggan.

Dalam kes di atas, Proton telah bersetuju untuk memberikan 100% jumlah ‘booking fee’ seandainya pelanggan membatalkan hasrat.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA