6 Kategori Umur Dan Fokus Kewangan Yang Diperlukan

Apa yang kita harapkan berlaku pada kita di peringkat usia seterusnya mungkin jauh dari kenyataan. Seseorang yang sekarang berusia dalam lingkungan 20-an mungkin sudah dibebani dengan tanggungjawab keluarga yang berat.

Mungkin juga seseorang yang berusia 60 tahun akan kembali ke universiti untuk menghadiri kursus. Dan tidak mustahil bagi seseorang yang berusia 80 tahun untuk memperoleh anak lelaki dan keluarganya tinggal bersama akibat mengalami kehidupan yang sukar.

Walaupun keperluan dan tanggungjawab kewangan kita unik dan berbeza bagi setiap orang, keutamaan kewangan kita amat berbeza mengikut peringkat kehidupan kita.

Mempunyai strategi kewangan keseluruhan yang baik memerlukan seseorang untuk menyedari bahawa kewangan mereka akan sentiasa berubah-ubah. Jom kita lihat 6 kategori umur dan fokus kewangan yang kita perlu ambil tahu.

1. Golongan Milenial (Umur bawah 25 tahun)

Golongan ini biasanya fokus dalam menjalani kehidupan dengan gaya hidup yang berjimat-cermat serta berusaha untuk menambah sumber pendapatan.

Sementara badan masih kuat dan bertenaga, carilah pengalaman dan pekerjaan tanpa perlu memilih sangat. Rebut semua peluang yang ada di depan mata.

2. Golongan Milenial / Generasi Y (Umur 25 ke 34 tahun)

Biasanya kategori umur ini akan mula membuat simpanan, mencuba pelbagai jenis pelaburan dan juga memulakan proses pembelian hartanah pertama.

Ramai juga yang berkahwin pada umur ini dan mula mengambil berat tentang masa depan diri sendiri dan keluarga.

3. Generasi X (Umur 35 ke 44 tahun)

Golongan Gen X pula biasanya merupakan mereka yang telah mengharungi cabaran berumahtangga dan mempunyai beberapa orang cahaya mata. Mereka juga mula stabil daripada segi pendapatan dan berusaha untuk membayar semua hutang yang ada.

Di samping itu juga, fokus adalah terhadap menambah dana persaraan, dana pendidikan dan melabur sebanyak yang mungkin.           

4. Golongan Baby Boomers (Umur 45 ke 54 tahun)

Kategori umur ini selalunya akan mula beri perhatian kepada hari persaraan yang akan tiba lagi beberapa tahun saja lagi. Dengan tabung simpanan yang semakin berkembang, ada yang mula menceburi hobi baru dan suka melancong.

Mereka ini sudah pastinya lebih selesa dengan kehidupan harian dan mempunyai keuntungan yang banyak melalui simpanan atau pelaburan.

5. Golongan Baby Boomers (Umur 55 ke 64 tahun)

Setelah bekerja selama berpuluh-puluh tahun, kini tiba masanya untuk berehat dan semakin kurang berbelanja bagi menghadapi persaraan.

Bagi mereka yang sudah mempunyai duit yang cukup untuk bersara, tidak perlu lagi untuk kembali bekerja. Sebaliknya perlu fokus kepada beribadah dan memastikan pendapatan pasif yang mencukupi untuk menyara kehidupan.

6. Golongan Warga Emas (Umur 65 tahun dan ke atas)

Bagi golongan warga emas atau senior ini pula, biasanya mereka akan hidup dengan duit simpanan yang telah dikerjakan sewaktu zaman muda, mempunyai wang keuntungan pelaburan dan mempunyai harapan agar dapat meninggalkan wang atau aset untuk orang yang tersayang.

Jangan pula kita tinggalkan hutang atau beban kepada waris kita.

Persoalannya, di manakah kita dan apakah pencapaian kita pada hari ini?

Bagi yang dah mempunyai kesedaran, tahniah diucapkan. Bagi yang belum mulakan apa-apa, masih belum terlambat. Jom kita mulakan langkah pertama dengan membina masa depan yang cerah untuk diri kita dan keluarga.

Sumber Rujukan:

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.