Perkhidmatan e-Filing Bagi Tahun Taksiran 2024 Dibuka Mulai 1 Mac 2025

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan ini memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF, TJ dan TP akan dibuka mulai 1 Mac 2025. 

HASiL telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian atau e-Filing melalui gerbang perkhidmatan portal MyTax. Pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan ini secara terus ke portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan platform Tax Agent e-filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax. Pembayar cukai hendaklah memastikan telah mempunyai peranan di MyTax yang berkaitan bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing seperti berikut: 

Pembayar cukai dinasihatkan untuk membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2024. 

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan dengan log masuk ke portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar > Lupa Kata Laluan dan pilih medium set semula. Pautan untuk membina kata laluan yang baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai. 

Maklumat pengemukaan e-Borang adalah seperti jadual yang berikut: 

Sebagai panduan berkenaan pengemukaan e-Borang, pembayar cukai dinasihatkan untuk merujuk kepada Program Memfail BN Bagi Tahun 2025 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan berikut: 

  1. i. Versi Bahasa Melayu: 

https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagi-tahun-2025.pdf

  1. ii. Versi Bahasa Inggeris: 

https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf

  1. iii. 2025 Risalah Nasihat Percukaian 

https://www.hasil.gov.my/media/hoejbpcx/risalah-nasihat-percukaian-2025.pdf

HASiL ingin mengingatkan bahawa kegagalan mengemukakan BN dan melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan di bawah subseksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 seperti yang berikut: 


Sekiranya pembayar cukai lewat mengemukakan BN, pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 adalah berdasarkan tempoh kelewatan selepas tarikh akhir pengemukaan BN seperti yang berikut: 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi: 

  1. a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara); 
  2. b) HASiL Live Chat; dan 
  3. c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 
Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama