AEON Bank Dinobatkan sebagai ‘Bank Digital Islam Terbaik’ di Islamic Finance News Awards

Kuala Lumpur, 28 Februari 2025 – AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, telah dinobatkan sebagai pemenang untuk dua anugerah berprestij di Islamic Finance News (IFN) Awards baru-baru ini. Bank tersebut memenangi anugerah ‘Best Islamic Digital Bank (Global)’ dan ‘Best Islamic Digital Offering by a Bank (Malaysia)’ sebagai sebahagian daripada IFN Best Bank Poll.

Anugerah IFN diiktiraf di seluruh industri sebagai piawaian utama dalam industri kewangan Islam. Para pemenang ditentukan melalui proses pengundian ketat yang dijalankan di peringkat global oleh IFN, merentasi negara-negara di Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Asia, termasuk Malaysia. Tahun ini, lebih 17,500 undian telah diterima bagi 13 kategori Global dan 4 kategori Domestik, yang meliputi Best Banks Awards (Anugerah Bank Terbaik), Non-Banking Financial Institutions Awards (Anugerah Institusi Kewangan Bukan Perbankan), Law Awards (Anugerah Undang-Undang), Service Providers Awards (Anugerah Penyedia Perkhidmatan) dan Deals of the Year Awards (Anugerah Urus Niaga Terbaik). Secara keseluruhan, sebanyak 101 pemenang telah diraikan dalam dua majlis anugerah yang berlangsung di Dubai pada 17 Februari dan Kuala Lumpur pada 20 Februari 2025.

Anugerah tahun ini menyaksikan penyertaan memberangsangkan pelbagai calon, dengan nominasi dari Timur Tengah mendominasi senarai. Sementara itu, pemain industri dari rantau ASEAN turut menampilkan pencapaian luar biasa. IFN Best Banks Poll edisi ke-20 ini juga mencatat rekod nominasi terbesar dalam sejarahnya dari segi jumlah kategori yang dipertandingkan.

Majlis anugerah di Kuala Lumpur telah dihadiri para pemimpin industri, tokoh terkemuka, serta pakar kewangan Islam. Ucaptama telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dato’ Mohammad Faiz Azmi, yang menegaskan bahawa kewangan Islam bukan sekadar sebuah industri, tetapi satu sistem kewangan yang berteraskan nilai murni beretika. Beliau menekankan bahawa Maqasid al-Shariah menjadi tunjang kepada sistem tersebut, berpaksikan prinsip keadilan, kemampanan dan keterangkuman. Beliau turut menambah, masyarakat hari ini bukan sekadar mencari sistem kewangan alternatif, sebaliknya mereka menginginkan penyelesaian kewangan yang lebih baik. Menurut beliau lagi, potensi industri ini amat besar, memandangkan pasaran modal Islam Malaysia bernilai AS$583.11 bilion (RM2.6 trilion) setakat November 2024, manakala aset kewangan Islam global kini menghampiri AS$5 trilion dan dijangka meningkat kepada AS$7.5 trilion menjelang 20281, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 8.9%2

Sebagai penutup ucapan, beliau merangsang pemikiran para hadirin dengan mengajukan tiga soalan penting: “Adakah kita benar-benar memenuhi prinsip Maqasid al-Shariah jika kita mengabaikan isu penuaan penduduk, jurang pencen dan keterjaminan persaraan?” “Bagaimana kita boleh memanfaatkan kewangan Islam untuk mengurangkan risiko perubahan iklim dan fenomena cuaca ekstrem?” serta “Secepat manakah kita boleh memacu penerapan teknologi dan AI (kecerdasan buatan) oleh pengantara kewangan Islam demi meningkatkan kecekapan dan akses?” Selain itu, beliau juga mengemukakan satu lagi persoalan kritikal — adakah kita benar komited dalam mengorak kewangan Islam untuk memainkan peranan utama dalam menangani cabaran dunia yang paling mendesak.

AEON Bank melakar sejarah pada Mei 2024 dengan pelancarannya sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia. Kini, AEON Bank menawarkan produk dan perkhidmatan digital Perbankan Peribadi, termasuk Akaun Simpanan-i, Kad Debit Visa AEON Bank-i, ‘Savings Pots’ dengan ciri-ciri simpanan optimum, perkhidmatan pembayaran digital bersama rakan strategik seperti DuitNow oleh PayNet, pembayaran bil utiliti, serta analisis perbelanjaan berasaskan AI. Selain itu, AEON Bank turut memperkenalkan Neko Missions, program ganjaran interaktif pertama di Malaysia, serta program kesetiaan Mata Ganjaran AEON yang diintegrasikan dalam ekosistem runcit AEON. 

Dalam masa terdekat, AEON Bank juga akan memperkenalkan lebih banyak produk Perbankan Peribadi (Personal Banking) dan perkhidmatan Perbankan Perniagaan (Business Banking) bagi memberi perkhidmatan kepada usahawan tempatan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia, bagi membolehkan mereka berkembang maju dalam landskap perniagaan omnichannel yang semakin kompetitif.

Dengan memanfaatkan ketangkasan ‘cloud native’ serta DNA kewangan patuh Syariah, AEON Bank turut mengutamakan perlindungan data pelanggan dan keselamatan perbankan mudah alih melalui teknologi perlindungan Mobile Security Platform (MSP). AEON Bank akan terus menghasilkan produk baharu demi memberi perkhidmatan kepada demografik yang lebih luas, sambil memfokuskan kepada pengalaman digital yang mesra pengguna serta interaksi pelanggan dalam talian (online customers touchpoints).

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan AEON yang telah berada di Malaysia selama lebih 40 tahun, AEON Bank komited untuk membina masa depan kewangan yang lebih inklusif, membantu rakyat mencapai kebebasan ekonomi, dan menyumbang kepada industri perbankan Islam yang berasaskan teknologi kewangan (fintech) di rantau ini, serta mengembangkan ekonomi digital negara. 

Untuk maklumat lanjut tentang bank digital Islam pertama Malaysia ini, layari laman web rasmi AEON Bank atau imbas Kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi AEON Bank.

Sumber rujukan:

1) Laporan Penunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2024 oleh London Stock Exchange Group (LSEG) dan Perbadanan Islam untuk Pembangunan Sektor Swasta (ICD) di bawah Kumpulan Bank Pembangunan Islam. Aset kewangan Islam global dianggarkan bernilai AS$4.9 trilion pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada AS$7.9 trillion menjelang 2028.

2) Anggaran dibuat berdasarkan unjuran angka daripada Laporan IFDI 2024 oleh LSEG dan ICD.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.