Tarikh Akhir Penerimaan Bayaran Cukai Di Beberapa Saluran Bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Bagi Tahun 2022

  1. Sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sedang dalam proses menaik taraf sistem dalaman yang dijangka selesai sepenuhnya pada 1 Januari 2023.
  1. Bagi kelancaran proses ini beberapa saluran bayaran akan ditutup untuk sementara waktu, justeru tarikh akhir penerimaan bayaran cukai bagi saluran-saluran bayaran yang terlibat dengan penutupan tersebut adalah seperti yang berikut:
  1. Perkhidmatan FPX-ByrHASiL yang ditutup sementara akan mula dibuka semula pada 1 Januari 2023, manakala bayaran menggunakan Nombor VA melalui janaan di Sistem e-TT hanya boleh dibuat bermula 3 Januari 2023 pukul 8.00 pagi.
  1. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan bayaran yang disediakan, pembayar cukai boleh merujuk portal rasmi HASiL menerusi:
  • Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu > Bayaran atau;
  • Perkhidmatan > Syarikat > Pembayaran Cukai Syarikat > Kaedah Pembayaran
  1. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama