KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ruangan acara Malaysia yang perdana telah menraih prestasi kukuh apabila ia mencapai prestasi 40 peratus lebih daripada sasaran 2022.
Pusat itu dalam satu kenyataan memberitahu ia berjaya menganjurkan hampir 1,350 acara dengan kehadiran lebih 750,000 perwakilan yang menyumbang kira-kira RM285 juta dalam impak ekonomi kepada Malaysia.
Pengurus Besar Pusat Konvensyen KL Alan Pryor berkata pusat itu telah menerima lebih banyak permintaan antarabangsa untuk lawatan tapak bagi mesyuarat mereka yang akan datang, yang menunjukkan pemulihan yang agak mantap industri itu ketika ia bergerak ke hadapan.
“Kami berbangga kerana baru-baru ini telah menambah kejayaan enam bidaan baharu dalam kalendar acara kami yang akan diadakan antara 2024 dan 2026, ini dijangka menarik lebih 16,000 perwakilan dari seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Jualan Ravindran Sathiamoorthy berkata daripada acara yang dianjurkan pada 2022, mesyuarat korporat serta acara jamuan termasuk segmen jualan korporat merupakan penyumbang terbesar dengan 50 peratus.
“Ini diikuti dengan 26 peratus konvensyen dan pameran sebanyak 24 peratus.
“Dengan kira-kira 100 acara atau 50 peratus daripada sasaran 2023 kami telah disahkan, kami menjangkakan industri akan kembali ke tahap sebelum pandemik lebih awal daripada jangkaan dan berharap trajektori positif ini berterusan untuk acara perniagaan bergerak ke hadapan,” katanya.
Pusat itu, tahun hadapan berharap untuk menerima lebih banyak mesyuarat serta acara antarabangsa berprofil tinggi seperti Persidangan Teknologi Instrumentasi dan Pengukuran Antarabangsa IEEE (I2MTC) 2023; Persidangan Antarabangsa IEEE mengenai Pemprosesan Imej (ICIP) 2023 dan banyak lagi.
IEEE bermaksud Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik.
ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.
Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.
Pelan Asas
Pelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)
RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)
RM4.90 sebulan
Kelayakan
Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
Faedah
Had Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran
3,000 (6,000 setahun)
10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)
200
1,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian
200
1,000
Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”
Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.
Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”
Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:
Jenis Perlindungan
Contoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)
Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)
Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)
Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)
Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)
Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.
Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.
Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.