Kenapa Windows Penting Bagi Microsoft Walaupun Tak Menjana Keuntungan?

Hari ini, penggunaan telefon pintar merupakan peranti yang telah menjadi keperluan setiap orang. Kita tidak boleh lari daripada menggunakannya bagi menghubungkan kita dengan dunia luar.

Pada ketika ini, hanya dua jenis perisian telefon pintar yang mendominasi pasaran telefon pintar dunia iaitu Apple dengan iOS dan Google dengan Android. Ianya menjadi pilihan para pengguna kerana fungsi yang ditawarkan sesuai dengan kehendak pengguna.

Selain daripada itu, kedua-dua perisian telefon pintar ini juga mempunyai ramai developer yang membangunkan aplikasi sesuai untuk platform mereka.

Sebelum wujudnya telefon pintar yang ada seperti sekarang, komputer merupakan alat yang penting untuk manusia berhubung dengan dunia luar. Syarikat yang popular dalam menghasilkan perisian komputer pada dekad 1980-an adalah Microsoft dan juga Apple.

Walaupun begitu, dominasi Microsoft telah menegelamkan Apple sama sekali dalam dunia pengkomputeran.

Microsoft telah berjaya mengkomersialkan penggunaan komputer kepada orang ramai. Microsoft menjual lesen perisian komputer yang dibangunkan mereka kepada hampir semua pengeluar komputer pada era tersebut.

Sebelum lahirnya perisian komputer yang dibangunkan oleh Microsoft, hanya orang yang mempunyai kemahiran tentang perisian komputer sahaja yang boleh menggunakan komputer. Ini kerana pengguna perlu menulis kod tertentu bagi memberi arahan kepada komputer untuk berfungsi sepertimana yang mereka mahukan.

Dominasi Microsoft Dalam Dunia Pengkomputeran Bermula

This image has an empty alt attribute; its file name is Kenapa-Windows-Sangat-Penting-Kepada-Microsoft-Walaupun-Tidak-Menjana-Keuntungan2-700x350.jpg
Kredit Gambar: Business Insider

Dengan lahirnya Graphical user interface (GUI) yang dibangunkan oleh Xerox dan diperkenalkan oleh Apple serta dikomersialkan oleh Microsoft, penggunaan komputer menjadi semakin mudah untuk kegunaan orang ramai. Microsoft telah mendominasi pasaran komputer dann kemuncak kepada penguasaan Microsoft adalah pada tahun 1995.

Pada tahun ini, penguasaan Microsoft dalam dunia pengkomputeran mencapai tahap 90%. Ini disebabkan oleh kebanyakan pengeluar komputer terus menggunakan Windows yang dibangunkan oleh Microsoft dalam komputer keluaran syarikat mereka.

Pada ketika ini juga, penggunaan internet semakin meluas yang menyebabkan ramai orang menggunakan komputer untuk bersosial dalam dunia internet.

Netscape Navigator merupakan syarikat yang sangat popular dalam menyediakan kemudahan bagi orang awam berhubung di dalam internet.

Microsoft pada ketika itu melihat kebangkitan Netscape sebagai pemain utama di dalam industri internet telah menggunakan pengaruh perisian komputer yang dimiliki oleh mereka bagi menghalang kemaraan syarikat Netscape dalam dunia internet.

Akhirnya Microsoft telah disaman oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di atas alasan memonopoli persaingan internet.

Pada tahun 2002, Microsoft didapati tidak bersalah di atas tuduhan yang dikenakan oleh mahkamah persekutuan terhadap syarikat tersebut.

Telefon Pintar Menjejaskan Dominasi Microsoft Dalam Dunia Teknologi

This image has an empty alt attribute; its file name is Kenapa-Windows-Sangat-Penting-Kepada-Microsoft-Walaupun-Tidak-Menjana-Keuntungan3-700x394.jpg
Kredit Gambar: History

Pada tahun 2007, Apple yang merupakan pesaing terdekat kepada Microsoft telah mengeluarkan telefon pintar pertama yang mesra kepada pengguna internet. Sepuluh bulan kemudian, Google yang pada ketika itu merupakan syarikat carian internet telah memperkenalkan Android bagi bersaing dengan Apple.

Apabila semakin ramai yang berhijrah ke telefon pintar, penggunaan komputer telah berkurang dan dominasi Microsoft semakin terjejas.

Setelah dua tahun iOS dan Andoid menguasai pasaran telefon pintar, Microsoft mengambil keputusan untuk membangunkan perisian Windows Mobile. Namun mereka telah tenggelam dalam tempoh 5 tahun kerana tidak mampu bersaing dengan Android dan Apple.

Walaupun Microsoft telah menamatkan operasi telefon pintar Windows Phone, mereka masih lagi aktif dalam membangunkan perisian komputer kerana beberapa perkara penting bagi syarikat itu terus bersaing dengan Apple dan Google.

Ini kerana Microsoft telah mempunyai sebanyak 800 juta pengguna aktif yang menggunakan perisian Windows pada ketika ini.

Kredit Gambar: News Bytes App

Microsoft tidak lagi bergantung kepada penjualan perisian komputer sebagai pendapatan utama syarikat, sebaliknya mereka kini fokus kepada teknologi simpanan awan yang semakin berkembang baik. Microsoft menggunakan platform Windows untuk memperkenalkan Azure kepada pelanggan mereka.

Microsoft tidak mendapat sebarang keuntungan dengan membangunkan perisian Windows buat masa ini kerana memberinya secara percuma kepada pelanggan mereka. Walaupun begitu, Microsoft tetap membuat keuntungan melalui produk digital yang dijual melalui Windows.

Di antaranya adalah Microsoft Office yang menggabungkan teknologi Azure. Microsoft juga bekerjasama dengan Apple dan Google dalam memperkenalkan produk mereka.

Dengan 800 juta pengguna aktif, sedikit sebanyak Microsoft dapat juga bersaing dengan Apple dan Google pada ketika ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

ShopeePay Memperluas Akses Perlindungan Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Zurich

ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.

Selaras dengan misi ShopeePay, ‘Kewangan Mudah, Khas Untuk Anda’, pelancaran Zurich Wallet Protection di platform ini menunjukkan komitmen ShopeePay untuk menyediakan perlindungan asas yang mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelancaran ini berlaku pada waktu yang kritikal, memandangkan kes jenayah penipuan terus meningkat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan telah direkodkan sehingga September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.92 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,486 kes berbanding 2024.

Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.

 Pelan AsasPelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)RM4.90 sebulan
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
FaedahHad Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran3,000 (6,000 setahun)10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)2001,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian2001,000

Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”

Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.

Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”

Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:

Jenis PerlindunganContoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.

Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.

Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.