Ramai yang sedang menghadapi kesempitan hidup yang disebabkan pandemik Covid-19 yang berlaku. Di antara sektor yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan, perhotelan, minyak dan gas dan bermacam-macam lagi.
Ada yang diberhentikan kerja, ada yang dipotong gaji, ada juga yang dipaksa untuk mengambil cuti tanpa gaji. Oleh itu, ramai yang berpendapat bahawa rakyat sewajarnya diberi kelonggaran untuk mengeluarkan duit yang ada dalam simpanan persaraan mereka bagi menempuh situasi sukar ini.
Di Malaysia sendiri, ada gesaan agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan one-off sebanyak RM10,000 dari Akaun 1 bagi tujuan kelangsungan hidup. Dan ternyata, bukan kita saja yang memberi cadangan sedemikian rupa.
Jom kita tengok beberapa buah negara yang telah pun membenarkan rakyat mereka untuk mengeluarkan duit daripada wang persaraan mereka.
Kerajaan Australia membenarkan rakyatnya mengeluarkan $10,000 dan tambahan lagi $10,000 bagi mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.
2. Peru
Kerajaan Peru sebelum ini telah meluluskan pengeluaran sehingga 25% daripada dana pencen swasta pada bulan April yang lalu. Kini mereka baru saja meluluskan pengeluaran sehingga USD1,2000 daripada dana pencen negara mereka.
Kerajaan Chile pula membenarkan pengeluaran sehingga 10% daripada dana persaraan mereka. Begitu ramai yang memohon sehingga laman web permohonan pun crash.
Rakyat India juga dibenarkan untuk mengeluarkan daripada Employee Provident Fund Organisation negara tersebut. Seramai 8 juta orang telah membuat pengeluaran.
Pada bulan April yang lalu, KWSP memperkenalkan skim i-Lestari bagi membenarkan pencarum mengeluarkan RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Ianya telah membantu seramai 4.7 juta orang dengan melibatkan dana sebanyak RM11.6 bilion.
Yang terbaru, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Aziz berkata pihak kerajaan akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat ini berkenaan cadangan pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP.
Sama-sama kita nantikan dan doakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.
Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.
Pelan Asas
Pelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)
RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)
RM4.90 sebulan
Kelayakan
Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
Faedah
Had Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran
3,000 (6,000 setahun)
10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)
200
1,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian
200
1,000
Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”
Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.
Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”
Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:
Jenis Perlindungan
Contoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)
Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)
Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)
Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)
Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)
Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.
Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.
Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.