Pfizer Dan BioNTech Temui Vaksin Covid-19 Dengan 90% Keberkesanan

Pandemik Covid-19 benar-benar telah menyebabkan kegawatan ekonomi dunia. Kebanyakan kerajaan memberi bantuan khusus kepada rakyat mereka dan sebahagian pula telah membenarkan pengeluaran wang persaraan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Sehingga hari ini, tiada syarikat yang mampu mengeluarkan vaksin yang berkesan selain daripada Syarikat Pfizer.

Syarikat farmaseutikal yang  berasal dari Amerika Syarikat ini telah menemui vaksin yang dengan 90% keberkesanan yang telah diuji ke atas 43,538 orang peserta yang memasuki program penyelidikan tersebut. Berita ini menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan telah memberi sinar harapan kepada orang ramai dan negara-negara yang mengalami kesan yang teruk virus ini.

Kenali Saintis Yang Menemui Vaksin Covid-19

Kredit Gambar: The New York Times

Vaksin ini ditemui oleh syarikat yang berpengkalan di  Mainz, Jerman iaiu BioNTech. Ianya merupakan sebuah syarikat farmaseutikal yang diasaskan oleh Dr. Uğur Şahin bersama dengan isterinya, Dr. Özlem Türeci yang berasal dari Turki dan kini menetap Jerman. Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 2008.

Dr. Uğur Şahin merupakan pakar oncology yang berkhidmat di Hospital Mainz. Beliau bersama-sama dengan isterinya telah membangunkan syarikat ini dan kemudian menyenaraikan syarikat ini di pasaran saham Amerika Syarikat.

Syarikat ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Syarikat Pfizer dan sering melakukan kerjasama didalam bidang farmaseutikal. Ini bukan kali pertama syarikat ini melakukan kerjasama bersama dan pada tahun 2018, Syarikat Pfizer dan BioNTech telah bekerjasama dalam pembangunan vaksin selsema atau flu vaccine.

Penemuan ini juga telah menjadi isu yang besar di Wall Street apabila CEO Pfizer iaitu Dr Albert Bourla, telah menjual sebanyak 132,508 unit saham yang dipegangnya yang bernilai USD5.6 juta pada hari yang sama pengumuman yang dilakukanya itu. Walaupun begitu, beliau menjual saham itu mengikut undang-undang 10b5-1 yang telah ditetapkan oleh pihak SEC bagi mengelakkan berlaku kegiatan insider trading.

This image has an empty alt attribute; its file name is Pfizer-Menemui-Vaksin-Covid-19-Dengan-90-Keberkesanan-Yang-Terbukti-Di-Makmal3-700x466.jpg
Kredit Gambar: The Star

Sejak sedekad yang lalu, Pfizer mengalami keadaan yang tidak menentu daripada segi jualan produk mereka. Hanya pada tahun 2016 dan 2018 saja jualan produk syarikat ini berkembang pesat.

Kontroversi juga timbul di antara kedua CEO Syarikat Pfizer dan juga BioNTech memandangkan mereka berdua merupakan rakyat Turki dan Greek. Sementara waktu ini, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat keruh akibat isu lampau.

Walaupun begitu, kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini tidak terjejas dengan keadaan tersebut dan Dr. Uğur Şahin telah menyatakan hasratnya untuk tidak  mengambil isu tersebut sebagi batu penghalang kepada kerjasama di antara mereka. Baginya, Albert Bourla juga seperti dirinya iaitu seorang saintis yang mahu pandemik Covid-19 ini segera tamat.

Pfizer akan menjadi syarikat pengedar tunggal untuk vaksin berkenaan memandangkan syarikat tersebut merupakan pelabur terbesar di dalam syarikat BioNTech. Mereka bakal mendapat kontrak yang sangat lumayan dari seluruh dunia.

Kesatuan Eropah menjadi pelanggan terbesar mereka apabila telah memesan sebanyak 300 juta dos dan Jepun berada di tempat kedua yang telah memesan sebanyak 120 juta dos, dikuti oleh Amerika Syarikat dan Britan yang masing-masing memesan sebanyak 100 juta dos dan 30 juta dos.

Sumber Rujukan:

Harga Saham Pfizer

Kredit: Trading View

Sepanjang tahun ini, harga saham Pfizer yang didagangkan di New York Stock Exchange telah meningkat sebanyak 38%.

Harga Saham BioNTech

Kredit: Trading View

Sementara itu, harga saham BioNTech telah melonjak sebanyak lebih daripada 200% sepanjang tahun ini.

Boleh naik lagi ke saham kedua-dua syarikat ini?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.