Sub Topik
Anda tentu tahu bahawa skor kredit yang baik adalah sangat penting terutama sekali sekiranya anda ingin membuat permohonan pembiayaan dengan pihak bank.
Tak kiralah sama ada pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta, pembiayaan perumahan dan sebagainya, pihak bank akan melihat kepada sejarah kewangan anda serta skor kredit milik anda.
Kalau skor kredit anda kurang baik, tentunya ia akan mempengaruhi proses meluluskan permohonan pembiayaan tersebut. Ini kerana pihak bank akan menganggap anda sebagai pelanggan yang berisiko disebabkan oleh rekod kurang baik anda sebelum ini.
Zaman sekarang, kalau tak boleh nak memohon pinjaman bank, ia pasti akan mempengaruhi hidup kita bukan? Iyalah, bukan mudah nak beli rumah atau kereta dengan cash!
Jadi, apakah cara terbaik untuk meningkatkan skor kredit?
1. Kemas Kini Maklumat Peribadi Anda

Maklumat peribadi tentunya penting semasa anda mengambil apa-apa sahaja pembiayaan atau mengambil apa-apa komitmen kewangan termasuklah kad kredit dan juga bil telefon.
Jangan lupa untuk mengemas kini maklumat alamat anda serta syarikat tempat anda bekerja sekiranya anda berpindah.
Pastikan agensi laporan kredit mempunyai maklumat yang tepat dan terkini. Sekiranya maklumat yang berada di dalam sistem adalah tidak tepat, pihak bank mungkin akan menbuatkan permohonan pembiayaan anda ditolak.
2. Langsaikan Hutang
Kalau anda mempunyai beban pembiayaan yang terlalu tinggi, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan anda. Jadi, sangat penting untuk anda menguruskan hutang-hutang anda dengan sistematik.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk menguruskan hutang yang bertimbun ini, boleh menghubungi pihak bank bagi mengatur dan mengubah jadual pembayaran hutang anda itu.
Jangan risau, pihak bank pasti akan membantu sedaya-upaya mereka supaya anda dapat melunaskan pinjaman anda. Sekiranya anda masih berasa sukar untuk serta tidak tahu cara terbaik untuk menguruskan kewangan anda ini, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
3. Bayar Bil Tepat Pada Masanya

Anda memang tak pernah lupa untuk membayar bil-bil anda, tetapi masalahnya anda selalu bayar lewat. Kalau anda jenis seperti ini, ubah sikap anda hari ini juga. Ini akan merosakkan skor kredit anda.
Institusi kewangan akan melihat anda sebagai seorang pelanggan yang tidak berdisiplin dan komited dalam membuat bayaran balik pinjaman. Ia juga menjadi bukti bahawa tidak dapat mengawal kewangan anda dengan baik.
Jadi, mulai hari ini, tulis di dalam diari atau set alarm, atau lebih senang lagi setkan pembayaran automatik melalui akaun online supaya anda tidak akan terlepas tarikh pembayaran setiap kali dapat gaji.
4. Periksa Perkongsian Bayaran
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, lebih baik sekiranya anda tidak berkongsi dalam membuat bayaran bil dan juga supplementary credit card.
Jika anda atau pasangan terlewat membuat bayaran, ia pasti akan menjejaskan skor kredit masing-masing.
Kalau boleh, asingkan pembayaran ini kerana anda dapat mengawal skor kredit anda dengan lebih baik. Ia juga boleh mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
5. Bina Sejarah Kredit Sendiri

Ada sesetengah orang tidak mempunyai sejarah skor kredit langsung. Anda mungkin nampak macam ini lebih lebih baik kerana tidak ada bukti seseorang tersebut berhutang.
Tetapi sebenarnya, ia memberikan pandangan negatif kepada agensi penarafan kredit.
Apa kata kalau anda gunakan kad kredit dan nikmati segala kelebihan yang ditawarkan? Tapi, satu sahaja kami nak pesan.
Gunakan dengan berhati-hati dan jangan sampai terjerat dengan hutang bertimbun pula.
Apa yang paling penting, cuba untuk lunaskan hutang-hutang anda sebelum akhir bulan untuk mengelakkan skor kredit yang buruk. Kunci utamanya adalah pengurusan kewangan yang baik.
Jika anda mempunyai banyak hutang, tetapi anda berjaya menguruskan kesemua hutang ini dengan baik tanpa perlu menahan lapar, pasti ia tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada skor kredit anda.
Sumber Rujukan: MyPF
Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.
- Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
- Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
- Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo











