Bill Ackman: Untung 1,000% Dalam Masa 30 Hari

Membuat keuntungan ketika keadaan ekonomi tidak menentu bukanlah mudah dan ianya sangat berisiko tinggi. Namun, ketika dunia baru dikejutkan dengan penyebaran wabak Covid-19 pada tahun 2020, Bill Ackman mengambil peluang membuat pelaburan yang berjaya memberi pulangan sebanyak 1,000% dalam masa hanya 30 hari.

Bill Ackman yang berusian 54 tahun, adalah merupakan pengurus dana bagi Pershing Squre Capital Management. Setakat November 2020, syarikat beliau telah mengurus dana sebanyak US13.1 bilion.

Nama Bill Ackman pernah mendapat perhatian pada tahun 2012 apabila beliau mengeluarkan satu laporan bahawa perniagaan Herbalife adalah satu skim piramid yang hanya mementingkan keuntungan daripada pengembangan rangkaian berbanding penjualan produk.

Kini, beliau sekali lagi menjadi perhatian apabila menjangkakan penularan virus akan memberi kesan besar kepada keuntungan perniagaan. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk membeli credit default swap dengan membayar premium sebanyak US27 juta sebulan sebagai insurans terhadap sebarang kenaikan kepada credit spread bagi US Corporate High Yield.

Baca: Credit Default Swap, Instrumen Yang Biasa Digunakan Untuk Tujuan Hedging

Credit spread merupakan kadar premium yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat berisiko tinggi untuk mendapatkan pinjaman wang berbanding kadar hutang kerajaan.

Melalui pelaburan credit default swap ini, syarikat yang menjual perlindungan akan membuat pembayaran semula sekiranya situasi yang dilindungi terjadi dan ianya akan memberi keuntungan kepada Bill Ackman.

Sumber: FRED Economic Data

Gambar di atas menunjukkan kadar terendah credit spread pada bulan Februari 2020 adalah pada paras 5.02% ketika wabak Covid-19 baru mula melanda Amerika Syarikat.

Pada penghujung Februari, pelaburan dalam credit default swap mula membuahkan hasil apabila credit spread mula meningkat dan terus mencecah paras tertinggi 11.38% pada tanggal 23 Mac 2020.

Dalam tempoh sebulan, pelaburan Bill Ackman dalam credit default swap berjaya memberi pulangan sebanyak USD2.6 bilion. Dengan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat, ramai yang menggelar langkah Bill Ackman tersebut sebagai ‘single best trade of all time’.

Pada masa yang sama, keuntungan Bill Ackman turut mendapat kritikan kerana beliau pernah memuat naik satu ciapan yang mencadangkan Presiden Trump melakukan 30 hari ‘shut down’ bagi menangani penularan Covid-19 dan memberi bantuan kewangan kepada rakyat Amerika Syarikat semasa kuarantin dijalankan.

Selain daripada itu, satu sesi temu ramahnya di CNBC juga dikatakan sengaja meningkatkan ketakutan dan menambah kenaikan kadar credit spread. Namun, informasi yang disampaikan pada sesi temu ramah tersebut adalah berdasarkan analisa yang dibuat oleh Pershing Square Capital Management terhadap situasi yang berlaku di China.

Walaubagaimanapun, keputusan pelaburan yang dibuat oleh Bill Ackman tetap dianggap sebagai satu keputusan pelaburan yang terbaik.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.