Membuat Pinjaman Adalah Sesuatu Yang Baik?

Ramai yang kata meminjam duit tidak baik untuk kesihatan kewangan kita. Tapi, ada kalanya meminjam boleh menjadi suatu yang bagus.

Sebagai contoh, apabila hendak memulakan perniagaan dan kita memerlukan modal. Ramai yang memberi perspektif negatif apabila hendak membuat pinjaman.

Cuba bayangkan seorang mekanik hendak memulakan perniagaan membaiki kereta. Beliau memerlukan RM100,000 untuk dijadikan modal. Dia mempunyai dua pilihan untuk mendapat modal tersebut.

Yang pertama, pastinya membuat pinjaman di bank. Pihak bank akan mengenakan faedah, sebagai contoh 10%.

Cara kedua pula, beliau boleh meminta mana-mana pihak untuk melabur ke dalam perniagaannya. Seorang pelabur berjanji untuk membuat pelaburan dan akan meminta dividen, katakanlah sebanyak 20%.

Selepas setahun, perniagaannya berkembang maju. Jom kita lihat perbezaan di antara dua pilihan tersebut.

Nampak kan yang lebih banyak tunai boleh disimpan apabila membuat pinjaman? Bagaimana ini boleh terjadi?

Apabila membuat pinjaman, kita akan dikenakan faedah oleh pihak bank. Ini akan menyebabkan pendapatan sebelum cukai kita lebih rendah. Ini juga akan menyebabkan kita dikenakan cukai yang lebih rendah.

Mungkin ramai yang kata pendapatan selepas cukai tetap lebih rendah berbanding dengan pelaburan. Kita jangan lupa jika kita mendapat duit daripada pelabur, kita kena bayar dividen kepada pelabur kita yang biasanya lebih tinggi.

Kenapa lebih tinggi? Sebab pelabur terdedah kepada risiko pelaburan secara langsung. Pastinya mereka mahu pulangan yang lebih besar. Jadi, pendapatan bersih daripada membuat pinjaman lebih banyak.

Kesimpulannya, meminjam wang boleh menjadi sesuatu yang positif. Tapi, jangan sampai tak bayar hutang pula!

Penafian: Segala pengiraan adalah asas sahaja dan informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendapat bertulis semata-mata.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA