Perkara Terbesar Yang Merisaukan Ikon Perniagaan Dan Pelaburan Terkemuka, Mark Cuban

Berdasarkan catatan fakta, Mark Cuban bertemu dengan pasangannya Tiffany Stewart di sebuah gimnasium yang terletak Dallas pada tahun 1997. Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada tahun 2002 dan kini mereka mempunyai 3 orang anak (Alexa, Alyssa dan Jake).

Walaupun Mark Cuban dilihat mempunyai personaliti sebagai ‘family man’, namun beliau sangat sukar untuk meninggalkan kerja seharian beliau.

Etika kerja yang berlebihan adalah masalah utama di antara beliau dengan isterinya. Jadual masa untuk meluangkan masa kepada perkara lain selain daripada alam pekerjaan, adalah sangat terhad.

Tiffany Stewart pernah menyuarakan keluhan dalam gurauan “beliau sedar bahawa beliau tidak pernah menjadi nombor satu dalam kehidupan Mark Cuban”. Ini disebabkan setiap malam beliau akan memujuk Mark Cuban, untuk berhenti menghadap komputer riba beliau dan meluangkan masa untuk berehat, namun Mark Cuban terlalu sukar untuk melepaskan pekerjaan harian beliau.

Melalui tahap kejayaan dan status bilionaire yang dimiliki, agak sukar untuk mencari perkara yang boleh menakutkan ikon perniagaan berjaya dan pelaburan yang terkenal ini. Walaubagaimanapun, melalui pengakuan terbukanya, beliau mengakui mempunyai satu ketakutan terbesar.

Ingin tahu apakah jenis ketakutan yang terlalu merisaukan beliau?

Pengakuan Mark Cuban

Kredit Gambar: Bleacher Report

Beliau mendedahkan bahawa ketakutan terbesar beliau adalah yang melibatkan masa depan anaknya. Beliau terlalu menitik-beratkan masa depan anaknya dan kesihatan seluruh keluarga beliau.

Beliau sentiasa berbincang dengan isterinya, merancang sebaik yang mungkin untuk memastikan anak-anak mereka mendapat masa depan yang diimpikan.

Antara cara beliau mendidik anak-anaknya ialah, dengan menggunakan penerokaan melalui keseluruhan bentuk pengalaman cara membesar mereka. Ianya merupakan acuan ‘keluarga golongan pertengahan’ dan kerja keras (workaholic).

Beliau dan isterinya akan fokus dan menyediakan platform bagi anak-anak mereka menghargai kehidupan, pendidikan, ilmu pelajaran; serta menerapkan ‘minda ingin tahu’ yang kuat bagi memahami perkara apakah yang sedang berlaku.

Mark Cuban juga ingin anaknya mengetahui bahawa mereka boleh melakukan kesilapan dan mempelajari daripadanya. Anak mereka perlu mengetahuinya melalui pengalaman dan akal fikiran.

Beliau tidak akan sentiasa berada di sisi untuk menjadi tulang belakang kepada anak-anaknya. Bagi beliau, jika anaknya tidak mampu atau berani untuk membuat kesilapan, maka mereka tidak akan berani menghadapi kesilapan hidup di masa akan datang.

Menurut Mark Cuban dalam temubual bersama sebuah majalah terkenal:

“I’m not the dad that comes home with a ton of presents. I am the dad that says, ‘Pick that up. Take that, put it in the sink. No, you have to earn that. I want them to recognize that the only thing special about themselves is what they make for themselves. They have to be themselves. They can’t be Mark Cuban’s or Tiffany Cuban’s son or daughter. They have to be adults and they have to carry their own weight.”

Jika Mark Cuban yang berstatus bilionaire pun mempunyai kerisauan seperti ini, bagaimana pula dengan kita?

Mari renung-renungkan pepatah popular “Give a man a fish, and you feed him for a day. Teach a man to fish, and you feed him for a lifetime.”

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA