Perkongsian Maklumat Risikan Kewangan Serantau Dijangka Beroperasi Sepenuhnya Suku Kedua 2023- BNM

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) — Terma-terma untuk mentadbir urus perkongsian maklumat risikan kewangan antara negara anggota dalam Financial Intelligence Consultative Group (FICG) sedang dimuktamadkan untuk diterima pakai dan disasar beroperasi sepenuhnya menjelang suku kedua 2023, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat berkata inisiatif serantau ini yang dikenali sebagai Multijurisdictional Anti-Fraud Project dijalankan dengan kerjasama Suspicious Transaction Reporting Office (STRO) Singapura dan Financial Transaction Reports and Analysis Centre (INTRAC) Indonesia memandangkan penipuan bersifat rentas sempadan.

Projek itu bertujuan untuk membina mekanisme tindak balas terhadap kes penipuan yang melibatkan transaksi rentas sempadan antara Unit Perisikan Kewangan (FIU) dalam kalangan ahli FICG, khususnya dalam aspek mengesan, menjejak dan mendapatkan semula dana untuk mangsa, kata BNM dalam Laporan Tahunan 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Bank pusat berkata selaku pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, ia berkerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan yang memainkan peranan penting bagi memastikan rangka kerja pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT) yang holistik di dalam negara.

Pelbagai usaha termasuk penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC) dilakukan bagi memacu penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan inisiatif AML/CFT pada peringkat kebangsaan.

Menurut BNM, sehingga akhir tahun 2022, satu pertiga daripada Pelan Hala Tuju NCC 2021-2023 yang merangkumi 67 inisiatif telah selesai atau sedang berlangsung iaitu bagi inisiatif yang berterusan, manakala baki dua pertiga dijangka selesai pada akhir tahun 2023.

Beberapa inisiatif penting yang dilaksanakan pada tahun 2022 termasuklah penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), mengadakan kerjasama secara formal antara Bank dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempertingkatkan amalan penyeliaan serta pelbagai aktiviti kesedaran.

“Pada 2022, BNM juga mempertingkatkan penilaian terhadap bidang AML/CFT yang membimbangkan dan bidang risiko yang tertentu, terutamanya yang telah dikenal pasti daripada hasil penilaian NRA 2020. Secara khusus, BNM menjalankan penilaian terhadap hubungan koresponden, rasuah, penipuan dan sekatan kewangan bersasar.

“Penilaian pematuhan sektor kewangan dalam keperluan menguruskan hubungan koresponden menunjukkan bahawa langkah-langkah yang boleh diterima telah dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada penilaian usaha wajar mereka untuk mengurangkan potensi risiko ML/TF,” katanya.

Bagaimanapun, bank pusat berkata, penilaian terhadap keberkesanan langkah-langkah kawalan sektor kewangan dalam menguruskan risiko berkaitan rasuah, penipuan dan sekatan kewangan bersasaran masih terus dijalankan.

Bank pusat berkata Transaksi yang Mencurigakan (STR) berkaitan dengan penipuan dan pengubahan wang haram terus meningkat pada 2022.

Sebanyak 242,914 STR diterima, dengan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding dengan tahun 2021.

“Jenayah berisiko tinggi mewakili kira-kira 70 peratus daripada hasil risikan yang dikemukakan FIU kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan FIU asing. Selebihnya sebanyak 30 peratus melibatkan jenayah lain seperti kesalahan cukai, pemerdagangan orang dan pengiriman wang secara haram.

“Risikan kewangan yang dikemukakan ini telah mendorong kepada tangkapan terhadap 51 individu, pembekuan dan penyitaan aset lebih daripada RM570 juta, serta pengambilan semula hasil berkaitan jenayah yang melibatkan jenayah terancang dan kesalahan cukai sebanyak RM372 juta,’’ kata BNM.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

[Terkini] Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) Kekal Pada 3%

Hari ini (22 Januari 2025) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa kadar OPR kekal pada paras 3.00% selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Ini kali kesepuluh OPR dikekalkan sejak 6 Julai 2023 yang lalu.

Ada yang baru pertama kali dengar OPR ke? Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca Apa Itu Kadar Dasar Semalaman Atau Overnight Policy Rate (OPR) Dan 3 Kesan Penurunannya.

Apakah Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)?

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3%.

  • Tahap OPR ini selaras dengan keadaan ekonomi Malaysia dan kekal menyokong pertumbuhan yang berterusan
  • MPC terus peka terhadap perkembangan global serta kesannya pada ekonomi Malaysia
  • Pembiayaan terus tersedia untuk isi rumah dan perniagaan; dengan pertumbuhan kredit yang mampan

Apakah perkembangan ekonomi terkini?

Ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada tahun 2024. Keadaan ini mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi-ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh. Bagi tahun 2025, ekonomi global dijangka mampan dengan keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat. Perdagangan global dijangka kekal mampan secara keseluruhan, disokong oleh peningkatan kitaran teknologi yang berterusan. Walau bagaimanapun, prospek ini boleh dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung dengan sekatan perdagangan dan pelaburan yang lebih banyak. Ketidakpastian dasar yang kekal tinggi juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.

Apakah perkembangan ekonomi Malaysia?

  • Ekonomi Malaysia terus berkembang, pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan serta langkah-langkah dasar dalam negeri yang menyokong perbelanjaan isi rumah
  • Eksport yang lebih tinggi disokong oleh perdagangan global dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi
  • Projek pelaburan swasta dan awam terus dilaksanakan dengan giat
  • Pergerakan ringgit terus dipengaruhi terutamanya oleh perkembangan luaran
  • Kegiatan ekonomi terus kukuh pada tahun 2025 dalam persekitaran global yang tidak menentu;
    inflasi dijangka kekal terkawal pada tahun ini
  • Inflasi pada tahun 2024 berpurata sebanyak 1.8%,lebih rendah berbanding tahun 2023
Keputusan dasar OPR dari Jan 2023 sehingga Jan 2025.

Paras OPR Tertinggi Ialah 3.50% Pada Bulan April 2006

Pada masa itu, ekonomi sedang berkembang dengan stabil, inflasi IHP adalah pada 4.6% dan OPR yang lebih tinggi diperlukan bagi menguruskan risiko harga yang lebih tinggi.

Paras OPR Terendah Ialah 1.75% (Julai 2020 – Mei 2022)

Paras OPR terendah ialah 1.75% pada bulan Julai 2020 hingga Mei 2022 bagi menyokong ekonomi semasa pandemik COVID-19. Pada tempoh sukar, kadar faedah yang rendah menyebabkan kos pinjaman lebih rendah dan mengurangkan pulangan atas simpanan. Hal ini akan merangsang perbelanjaan, meningkatkan pelaburan serta melindungi pekerjaan dan pendapatan semasa krisis.

Paras OPR Januari Tahun Lepas (2024) Ialah 3.00%

Setahun yang lalu, paras OPR dikekalkan kepada 3.00% buat kali keempat selepas bulan Julai 2023. Pada masa itu, tahap OPR tersebut sesuai dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan terus menyokong pertumbuhan.

Kenapa harga masih tinggi meskipun inflasi telah berkurang?

  • Harga lebih tinggi yang berlaku sekarang merupakan isu global. Meskipun inflasi telah berkurang, hal ini tidak bermaksud harga akan menjadi lebih rendah. Sebaliknya, harga meningkat pada kadar yang lebih perlahan.
  • Pada tahun 2022, kos meningkat disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk gangguan bekalan yang menjejaskan aliran normal pengeluaran serta konflik ketenteraan di Ukraine. Harga komoditi yang lebih tinggi merupakan sebab utama kenaikan harga ini. Barangan berkaitan makanan adalah yang paling terkesan. Harga ini secara amnya telah stabil atau meningkat pada kadar yang lebih perlahan meskipun kekal tinggi.
  • Inflasi global dijangka terus berkurang pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, risiko harga komoditi menjadi lebih tinggi terus wujud disebabkan oleh faktor-faktor geopolitik dan gangguan cuaca. Malaysia turut terkesan dengan faktor-faktor ini.
  • Tambahan lagi, Kerajaan telah mencadangkan pembaharuan struktur bagi menggalakkan upah yang seterusnya akan mengukuhkan kuasa beli pengguna bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.
  • Berbanding dengan negara lain, kenaikan harga tidak begitu melampau di Malaysia. Negara kita mempunyai dasar subsidi bahan api dan kawalan harga yang menyebabkan inflasi masih rendah. Walau bagaimanapun, langkah-langkah seperti ini boleh menyebabkan negara menanggung kos yang besar. Hal ini kerana Kerajaan perlu terus menanggung jumlah yang banyak untuk memastikan harga terus rendah. Tindakan ini mengurangkan jumlah yang boleh diperuntukkan oleh Kerajaan untuk perbelanjaan yang lebih produktif atau memberikan bantuan dalam bentuk lain, terutamanya kepada golongan yang paling memerlukan.

Bagaimanakah kenaikan kadar faedah boleh memberikan kesan kepada saya?

Kadar faedah yang lebih tinggi bertujuan untuk menggalakkan orang ramai kurang meminjam dan lebih banyak menyimpan.

Jika anda mempunyai pinjaman, kesannya bergantung pada jenis pinjaman yang diambil.

  • Pinjaman berkadar tetap tidak akan terjejas.
    • Jumlah yang anda bayar balik kepada bank akan kekal sama. Lazimnya, kadar ini digunakan untuk pinjaman kereta.
  • Jika anda mempunyai pinjaman berkadar terapung, kos peminjaman akan meningkat.
    • Hal ini bermakna bayaran ansuran bulanan anda akan menjadi lebih tinggi. Lazimnya, kenaikan kadar ini akan memberikan kesan pada pinjaman perumahan dan sesetengah pinjaman peribadi. Bagi peminjam individu, kadar faedah pinjaman anda akan meningkat pada jumlah yang sama seperti kenaikan OPR.
  • Contohnya, jika OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas, kadar faedah bagi pinjaman perumahan anda juga akan meningkat kepada 3.75% sekiranya kadar sebelum ini ialah 3.50%. Ansuran pinjaman anda akan meningkat seiring dengan kadar faedah yang lebih tinggi.
  • Jika anda bercadang untuk mengambil pinjaman baharu, kos peminjaman juga boleh menjadi lebih mahal sekiranya kadar faedah lebih tinggi.
  • Selain pinjaman, kadar faedah yang lebih tinggi juga mempengaruhi simpanan anda.
    • Jika anda mendepositkan wang ke dalam akaun bank yang membayar faedah, anda akan mendapat pulangan yang lebih tinggi bagi simpanan anda.
Kesan peningkatan OPR.

Bila semakan OPR seterusnya?

Mesyuarat seterusnya adalah pada 6 Mac 2025 (Khamis). Pernyataan Dasar Monetari akan diumumkan pada pukul 3:00 petang selepas setiap mesyuarat MPC.

Jadual mesyuarat MPC

.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!