5 Kategori Pelabur Mengikut Robert Kiyosaki

Siapa yang tak nak jadi pelabur berjaya? Semua pelabur pasti memegang matlamat untuk menjadi pelabur tegar yang berjaya. Begitu juga dengan Robert Kiyosaki yang mengajarkan anaknya supaya menjadi pelabur yang bagaimana, dengan mengenali diri sendiri terlebih dahulu.

Tak kenal siapa beliau? Jemput baca Asyik Sebut Robert Kiyosaki, Tapi Tak Ramai Yang Kenal Pakar Pelaburan Ini yang terkenal dengan buku best-seller Rich Dad Poor Dad.

Terdapat beberapa jenis kategori-kategori pelabur yang berbeza-beza seperti berikut:

#1 Pelabur Bertauliah (The Accredited Investor)

Pelabur bertauliah adalah pelabur yang mempunyai banyak simpanan, wang dan nilai bersih sendirian yang amat tinggi. Pelabur bertauliah ini juga amat dikagumi ramai kerana kebijaksanaan dan hartanya yang melimpah-ruah.

Sekiranya anda mempunyai pelaburan jangka panjang, kemungkinan anda akan menjadi pelabur bertauliah.

#2 Pelabur Berkelayakan (Qualified Investor)

Pelabur berkelayakan adalah mereka yang melabur dan mempunyai ilmu asas serta hal-hal teknikal pelaburan. Mereka mengetahui teknik menganalisa urusniaga saham awam yang tersenarai di pasaran saham. 

Selalunya, pelabur berkelayakan adalah penganalisis saham dan pedagang saham.

#3 Pelabur Sofistikated (Sophisticated Investor)

Mereka yang melabur dan memahami undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan juga digelar pelabur sofistikated. Mereka bukan sahaja memahami, tetapi mereka menggunakan undang-undang dalam pelaburan mereka.

Sebagai contoh, mereka faham tentang undang-undang korporat dan sistem percukaian bagi tujuan untuk melindungi modal pelaburan serta memaksimumkan pendapatan mereka.

#4 Pelabur Dalaman (The Inside Investor)

Pelabur dalaman dikatakan mencipta pelaburan kerana mereka mampu membina aset dan mencapai matlamat syarikat yang ditetapkan. 

Bak kata pepatah, “Orang kaya yang tahu mencipta wang 1 juta dolar akan membuat 10 juta dolar berikutnya dengan mudah.”

#5 Pelabur Tegar (The Ultimate Investor)

Menjadi penjual pegangan saham adalah salah satu fungsi pelabur tegar.  Mereka juga dikenali sebagai selling shareholder di mana jualan pegangan saham mereka berjaya dijual kepada orang awam. Mereka juga memiliki bisnes yang berjaya dan amat besar.

Anda Kategori Yang Mana?

Bagaimanakah cara untuk kita tergolong dalam kategori pelabur yang mana?

Semestinya ia dilihat daripada matlamat dan cara pelaburan anda. Harta dan kekayaan serta jumlah wang anda tidak semestinya menjadikan anda pelabur yang hebat, tetapi faktor-faktor kejayaan lain juga mampu menjadikan anda salah seorang pelabur yang amat luar biasa.

Sumber RujukanRich Dad’s: Guide To Investing

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.