Syarikat Penerbangan AirAsia Dan MAS Beri Kelongaran Kepada Pelanggan Mereka Yang Terjejas Dengan Covid-19

Industri penerbangan merupakan industri yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia buat masa sekarang. Banyak syarikat penerbangan terpaksa membatalkan penerbangan mereka disebabkan sesetengah negara tidak menerima pelancong asing dan disebabkan pelanggan yang mahu wang mereka dikembalikan disebabkan mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menaiki penerbangan pada masa ini.

Buat masa ini, kebanyakan industri penerbangan negara Eropah dan juga Amerika Syarikat mula meminta campurtangan  negara masing-masing bagi memberi suntikan dana untuk syarikat mereka untuk mengelakkan syarikat mereka diisytiharkan muflis akibat Covid-19 yang kini tersebar ke seluruh dunia.

Industri penerbangan yang berniilai $880 bilion akan menghadapi  masalah yang sangat besar jika perkaar ini berterusan. Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi suntikan kewangan sebanyak $50 bilion kepada industri penerbangan negara tersebut untuk memastikan ianya dapat bertahan di dalam situasi sekarang.

Industri penerbangan negara kita juga turut terjejas akibat pembatalan penerbangan yang berlaku buat masa sekarang. Banyak penerbangan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir dan ada berita yang gembira buat pelanggan yang telah menempah tiket penerbangan mereka melalui dua buah syarikat yang mendominasi industri penerbangan negara kita iatiu AirAsia dan juga Malaysia Airlines (MAS).

Kedua-dua syarikat tersebut telah memberi kelonggaran kepada pelanggan mereka mengenai pembatalan penerbangan ke destinasi yang dituju dengan beberapa pilihan.

Bagi AirAsia yang terkenal dengan syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di rantau Asia, pelanggan yang telah menempah tiket sebelum 7 Mac sehingga 30 April 2020 ke penerbangan ke Singapura, Australia, China, Hong Kong SAR, Macao SAR, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan; mereka boleh membuat pembatalan terhadap tiket berkenaan dan boleh dapatkan kembali wang mereka. Atau boleh membuat pertukaran tarikh lain penerbangan mereka dalam masa 180 hari dari tarikh penerbangan ke destinasi yang sama.

Jika mereka tidak ingin melakukan penukaran tarikh penerbangan atau refund, mereka juga boleh menyimpan duit terbabit ke dalam “AirAsia Big Loyalty Account” untuk digunakan bagi penerbangan yang akan datang menggunakan khidmat penerbangan syarikat ini. Pelanggan yang menggunakan caraini perlulah menebus untuk pembelian tiket yang akan datang dalam tempoh 365 hari dari tarikh penerbangan bergantung kepada kekosongan tempat duduk.

MAS turut mengambil langkah yang sama bagi pelanggan yang telah menempah tiket pernerbangan menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut. MAS membenarkan pelanggan yang telah membeli tiket sebelum atau pada 13 Mac 2020 membuat tempahan semula terhadap tiket penerbangan atau refund sebelum atau pada 31 Mei 2020.

Pelanggan yang telah membuat rebooking perlu menaiki penerbangan mereka itu sebelum atau pada tarikh 31 Disember 2020. Mereka juga boleh menukar destinasi lain dengan penambahan wang jika destinasi penerbangan itu harganya lebih mahal berbanding dengan harga tiket asal yang dibeli.

Jika destinasi penerbangan yang dipilih itu harganya lebih murah dari harga tiket yang asal, pelanggan tidak akan diberi pemulangan bagi duit tiket mereka.

MAS juga turut memberi cadangan kepada pelanggan mereka supaya berurusan menggunakan email berbanding dengan membuat panggilan kepada pusat perkhidmatan pelanggan mereka kerana buat masa ini, pusat perkhidmatan pelanggan tidak mampu untuk memberi servis terbaik kerana terlalu ramai pelanggan yang menghadapi masalah yang sama.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Pelepasan RM1,000 ini meliputi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Tetapi ingat, RM1,000 itu ialah had terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat, jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.