Tips Menabung Di Bulan Puasa

Sekejap saja masa berlalu, bulan puasa tiba lagi.

Selain menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang mungkar, pada bulan puasa jugalah merupakan antara bulan yang dapat kita jimatkan wang. Ada yang menjadi lebih boros ketika berbelanja pada bulan puasa, tetapi percayalah ia adalah bulan yang mudah untuk kita berjimat cermat dan menabung. 

Rugi jika tidak menabung pada bulan puasa kerana anda tidak perlu menghabiskan wang untuk makan tengahari atau sarapan pagi seperti hari-hari lain. Jom lihat antara tips menabung di bulan puasa.

1. Senaraikan Keperluan Perbelanjaan

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mula menabung di bulan puasa adalah dengan menyenaraikan keperluan perbelanjaan semasa bulan puasa. Dengan membuat senarai keperluan perbelanjaan, segala benda atau kemahuan dapat dielakkan daripada terus dibeli. 

Jika ada senarai keperluan perbelanjaan, tabungan anda dapat diuruskan dengan lebih berkesan. Tidak akan ada duit bocor dengan perkara yang tidak penting. Justeru, anda juga dapat menambah dengan lebih banyak lagi jumlah tabungan pada bulan puasa.

2. Sediakan Target Penyimpanan

Untuk menabung di bulan puasa, sudah tentu target simpanan perlu ada. Target duit simpanan semasa bulan puasa pasti dapat dicapai kerana anda mempunyai peluang menyimpan berikutan kos perbelanjaan makanan berkurangan ketika berpuasa.

Sekiranya tidak mempunyai target simpanan, belum tentu kita dapat menyimpan. Matlamat wang simpanan akan menjadikan seseorang nekad untuk menyimpan dan melihat hasilnya.

3. Berbuka Puasa Dengan Cara Sederhana

Walaupun berpuasa di siang hari, penjimatan akan menjadi sia-sia jika berbuka puasa secara berlebihan. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk kita berbuka puasa dengan cara yang sederhana bagi memaksimumkan jumlah tabungan.

Bukan itu sahaja, makanan yang banyak juga pasti membazir kerana berbuka puasa dengan jumlah yang sederhana dan berhenti makan sebelum kenyang adalah yang terbaik.

4. Pengasingan Wang Untuk Tabungan

Asingkan wang untuk menabung di bulan puasa dengan bulan-bulan yang lain. Jangan campurkan dengan tabungan yang sebelumnya. Anda juga boleh mengasingkan wang gaji untuk berbelanja dan wang untuk disimpan pada bulan puasa. Jangan sesekali mengusik wang yang telah dibahagikan tersebut.

5. Jangan Boros Berbelanja

Banyak dalam kalangan masyarakat kita tidak dapat menyimpan atau menabung di bulan puasa akibat boros berbelanja.  Bagi memastikan misi menabung anda berjaya, anda perlu berdisiplin untuk tidak menggunakan wang simpanan tersebut semasa simpanan dilakukan. 

Berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat untuk mendapatkan jumlah simpanan yang banyak juga adalah tips menabung di bulan puasa yang boleh kita lakukan.

6. Teruskan Menabung Selepas Gaji

Apabila menerima wang gaji pada bulan puasa, pastikan anda dahulukan jumlah wang untuk tabungan anda. Kemudian, barulah gunakan wang selebihnya untuk membiayai komitmen dan membeli keperluan anda. Dengan cara ini, disiplin anda dalam menabung di bulan puasa akan menjadi sangat tinggi.

Akhir kata, menabung pada bulan puasa dengan cara yang betul akan memberikan jumlah tabungan yang banyak kepada anda. Tambahan pula, godaan untuk berbelanja sangat kuat pada bulan puasa kerana banyak makanan dijual di bazar ramadan. Selain menabung, jangan lupa untuk membuat amal kebajikan dan bersedekah supaya rezeki juga semakin bertambah.

Moga ramadan kali ini menjadi ramadan yang terbaik untuk kita semua.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.