Apa Itu Budaya Kerja 996 Masyarakat China?

Umum tahu bahawa China sangat terkenal dengan budaya rajinnya sehingga kebanyakan teknologi telah dikembangkan dan diciptakan oleh mereka. Ada sikap bekerja keras yang dikenali sebagai ‘budaya kerja 996’ ini sangat dikagumi oleh kebanyakan negara lain. 

Budaya kerja 996 dikaitkan dengan kerja keras dan hasil yang mereka kecapi.  Namun apakah tujuan dan budaya yang diketengahkan? Jom kami kongsikan apa yang dimaksudkan dengan budaya kerja 996 masyarakat China ini.

Apa Itu Budaya Kerja 996?

Photo by Pixabay from Pexels

Budaya kerja 996 ini telah dipraktikkan secara meluas di syarikat-syarikat China termasuklah syarikat-syarikat start-up dan teknologi.

Budaya kerja 996 adalah waktu kerja yang dilakukan selama 12 jam sehari. Ia bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam dan selama 6 hari seminggu.

Dengar seperti terlalu bekerja keras bukan?

Tujuan Budaya Kerja 996

Sistem kerja 996 merupakan salah satu usaha negara China untuk mengikuti perkembangan ekonomi barat. Jurang di antara pembangunan ekonomi China dan Amerika Syarikat telah menjadikan waktu bekerja yang panjang di China kerana mereka ingin mengejar dan mengatasi kemajuan negara-negara Barat.

Banyak pengusaha di China terutamanya di Beijing, Shanghai dan Shenzhen; mempunyai waktu kerja berkonsepkan 10-10-7 atau 12 jam setiap hari dalam masa seminggu.

Adakah Budaya Kerja 996 Ini Menjejaskan Kreativiti Dan Kesihatan Diri?

Sudah tentu budaya kerja 996 ini boleh merosakkan kreativiti dan kesihatan diri. Budaya kerja 996 ini sebenarnya banyak ditentang oleh golongan milenium dan tidak mahu meneruskan budaya kerja 996 ini.

Namun, budaya kerja 996 ini sudah sebati di dalam sektor perusahaan teknologi China.

Walaupun budaya kerja 996 ini telah menjadikan China sebagai sebuah negara ekonomi yang berpengaruh di dunia, namun keadaan pekerja mereka banyak yang terjejas ekoran waktu kerja yang berlebihan.

Sehinggakan ada pekerja mereka yang meninggal dunia di usia yang muda.

Kesimpulannya, budaya kerja 996 ini dijangkan akan terus diamalkan di China kerana ianya mendorong mereka untuk lebih berjaya.

Jika budaya kerja 996 ini dilakukan di negara kita, adakah kita semua sanggup untuk menghadapinya?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Intel Corp Lantik Tan Lip Bu Sebagai CEO, Berpengalaman Luas Dalam Industri Cip


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.

Beliau seorang pemimpin teknologi yang berjaya dan berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata Tan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif interim daripada David Zinsner dan Michelle (MJ) Johnston Holthaus.

Beliau juga akan menyertai semula ahli lembaga pengarah Intel selepas meletak jawatan pada Ogos, 2024.

“Tan adalah pelabur teknologi pada tempoh yang lama dan seorang eksekutif yang dihormati dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam semikonduktor dan perisian dan mempunyai hubungan baik merentas ekosistem Intel,” kata kenyataan itu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems dari 2009 hingga 2021 dan mengetuai penciptaan semula syarikat dan memacu transformasi budaya yang tertumpu pada inovasi yang mengutamakan pelanggan.

Tan berada dalam lembaga pengarah Cadence selama 19 tahun bermula dari pelantikannya pada 2004 melalui perkhidmatannya sebagai pengerusi eksekutif dari 2021 hingga 2023 selepas memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

Pengerusi Bebas Lembaga Pengarah Intel, Frank D. Yeary berkata Tan adalah peneraju luar biasa yang mempunyai kepakaran industri teknologi, perhubungan baik merentas ekosistem produk dan faundri serta rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham adalah kriteria yang Intel perlukan untuk CEO seterusnya.

“Tan telah memperoleh reputasi sebagai seorang inovator yang mengutamakan pelanggan dalam segala perkara dilakukannya, menyampaikan penyelesaian berbeza untuk menguasai pasaran dan membina budaya berprestasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Seperti kebanyakan di seluruh industri, saya telah bekerja rapat dengan Tan pada masa lalu dan telah melihat secara langsung bagaimana perhatian utamanya kepada pelanggan mendorong inovasi dan kejayaan,” kata Yeary.

Menurut kenyataan itu, Tan juga merupakan rakan kongsi pengurusan pengasas Walden Catalyst Ventures dan pengerusi Walden International dan mempunyai pengalaman menganggotai lembaga pengarah syarikat awam yang signifikan dan kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Credo Technology Group dan Schneider Electric.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dari Nanyang Technological University, Singapura, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear dari Massachusetts Institute of Technology serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Robert N. Noyce, penghormatan tertinggi Persatuan Industri Semikonduktor, katanya.

Dalam memo diedarkan kepada kakitangan Intel, Tan berkata beliau yakin mampu menambah baik perniagaan syarikat tersebut.

“Ia bukan perkara mudah…tetapi saya percaya syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menang. Intel memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Intel adalah sebuah syarikat yang telah lama saya kagumi. Sejak usia kecil lagi, saya terpesona dengan kuasa sains, teknologi dan kejuruteraan…dan inovasi Intel telah berjaya mencatatkan pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan besar kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

— BERNAMA