Perkara Kena Buat Jika Rumah Kena Lelong

Tak pernah rumah kena lelong, tiba-tiba kena lelong, jadi apa nak buat?

Masih boleh selamatkan rumah yang kena lelong? Buat perkara ini dahulu.

Semenjak pandemik berlaku, ramai yang telah terkesan dari segi kewangan sehinggakan ada dalam kalangan mereka terpaksa keluar daripada rumah mereka kerana dilelong. Jika anda belum tahu, rumah akan dilelong oleh pihak bank sekiranya pemiutang tidak membayar pinjaman bulanan setelah tamatnya moratorium tersebut. 

Oleh itu, mari kami terangkan apa yang perlu dibuat jika rumah kena lelong. Ya, pelbagai yang kita fikirkan apabila berlakunya hal ini. Namun, penting untuk anda fahami apa yang perlu anda buat sekarang.

Bagaimana Situasi Rumah Kena Lelong?

Mungkin ada pembaca yang pernah mengalami situasi kereta ditarik atau rumah kena lelong, tahulah kita bagaimana situasinya. Tapi bagi yang belum jelas gambarannya, anda perlu fahami. Hak rumah ini sebenarnya memang hak kita tetapi salah kita juga tidak mampu lagi bayar rumah sebagai contohnya, jadi situasi ini bakal berlaku.

Rumah kena lelong bukan sama situasi seperti kereta. Jika nak tarik kereta, ke mana pun kereta kita berada pasti akan dicari.  Rumah tak boleh dilarikan seperti kereta jadi nak tak nak, kena lah ikut proses yang betul. Lagipun, kereta pun ada prosedurnya yang menyebabkan kita terpaksa serahkan kereta.

Apa Yang Perlu Buat Jika Rumah Kena Lelong?

Perkara terbaik yang perlu dilakukan jika rumah kena lelong adalah dengan menyelesaikan sebahagian jumlah tunggakan yang dimiliki. Dengan cara ini, rumah anda akan dikeluarkan dari senarai lelongan dengan secepat mungkin oleh pihak bank. 

Selain itu, anda juga boleh berunding dan berbincang dengan pihak bank untuk mendapatkan ihsan mereka dari segi diskaun dari jumlah keseluruhan tunggakan tersebut. Kita masih dapat selamatkan rumah kita! Tapi kena pantas bertindak, tiada duit pun pergi bincang juga.

Namun sekiranya notis lelongan telah dikeluarkan oleh pihak bank, anda tidak dibenarkan untuk membuat sebahagian bayaran tunggakan lagi. Jadi, keseluruhan jumlah tunggakan tersebut harus dibayar sepenuhnya bagi mengelakkan rumah anda dilelong. Sekiranya gagal untuk menjelaskan jumlah tunggakan tersebut, proses lelongan rumah akan terus dijalankan.

Setelah tunggakan tersebut dibayar sepenuhnya, pastikan anda menghubungi pegawai bank yang menguruskan fail anda untuk memaklumkan bahawa pembayaran tunggakan tersebut telah diselesaikan. Ianya untuk memastikan pihak bank telah maklum mengenai bayaran yang anda lakukan dan menarik balik notis lelongan tersebut.

Biasanya pihak bank akan memberi ruang dan peluang kepada anda dalam menyelesaikan pinjaman tersebut dengan pihak mahkamah. Jadi, jangan melarikan diri dan berbincanglah dengan sebaik mungkin.

Selain itu, anda juga boleh meminta bantuan AKPK dalam mendapatkan tempoh kelonggaran untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Jika tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan untuk mengeluarkan duit KWSP anda untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Namun, andai kata semuanya tidak berhasil, anda boleh menjual rumah tersebut dengan harga yang anda inginkan memandangkan rumah tersebut masih lagi milik anda. Kesimpulannya, jika rumah dilelong dan diarahkan keluar, maka keluarlah dengan sebaik mungkin.

Jangan pula berdegil dan tidak mahu keluar dari rumah tersebut kerana mengambil perkara yang bukan milik kita adalah haram di sisi Islam. Ingatlah, hidup tidak akan tenang selagi kita mengambil hak milik orang lain.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman