Caj PSC Hanya Selaras Kadar Destinasi Asean Dan Antarabangsa – Anthony

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Pindaan kepada Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1) yang bermula 1 Jun, 2024 hanya melibatkan pelarasan kadar PSC Asean dan destinasi melangkau Asean, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata kadar penerbangan destinasi Asean akan diselaraskan sebagai kadar PSC antarabangsa dengan caj tunggal berjumlah RM73 bagi Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta RM50 bagi Terminal 2 KLIA dan lapangan terbang lain.

“Ini kerana Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mendapati bahawa tiada negara lain yang mengenakan caj berkurangan untuk Asean, termasuk negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia,” katanya pada majlis pelepasan AirAsia X Kuala Lumpur-Almaty di Terminal 2 KLIA, dekat sini pada Khamis.

Kadar PSC semasa Asean dan destinasi melangkau Asean masing-masing pada RM35 dan RM73.

Beliau berkata Mavcom telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan dan Kementerian Pengangkutan memandangkan kadar pelarasan itu adalah perkara yang diperlukan.

“Selain itu perkara penting yang perlu diketengahkan ialah ketiadaan tambahan kadar PSC bagi sektor domestik iaitu RM11 dan sektor antarabangsa juga kekal pada kadar RM73,” katanya.

Mavcom mengumumkan pindaan kepada caj PSC bagi RP1 bermula 1 Jun, 2024 hingga 31 Dis, 2026.

Mengenai PSC transfer bagi RP1, Loke berkata perkara itu merupakan satu caj baharu tetapi hanya melibatkan penumpang yang menggunakan lapangan terbang lain ke KLIA dan menuju ke lapangan terbang lain.

“Kita kena faham bahawa caj lapangan terbang hanya dikenakan dari tempat mereka bertolak dan apabila sampai, mereka tidak dikenakan caj. Contohnya, penumpang yang terbang dari London ke Malaysia akan dikenakan caj di sana tetapi tidak dibayar kepada lapangan terbang kita.

“Sekiranya penumpang itu transit di KLIA untuk ke Australia umpamanya kita tidak ada caj itu sekarang ini dan menawarkan kemudahan kepada penumpang transit ini tanpa caj,” katanya. 

Justeru, caj PSC transfer itu telah diberikan kebenaran, katanya.

Loke berkata kementerian itu juga akan meminimumkan kesan terhadap penumpang domestik dan hanya melibatkan penumpang transit antarabangsa.

Pihaknya akan memperincikan kadar caj untuk penumpang domestik yang membuat transit mengambil penerbangan antarabangsa, dan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.