Clubhouse, Adakah Aplikasi Ini Terlalu Hype Di Media Sosial?

Media sosial dah sebati dalam kehidupan kita pada hari ini. Ada yang menggunakannya sebagai tempat untuk mengeratkan silaturrahim dan ada juga yang menjadikannya tempat untuk mencari gaduh.

Ada juga yang menggunakan media sosial ini sebagai platform untuk menjalankan perniagaaan dan ada yang menggunakan media sosial untuk membina pengaruh mereka.

Kini terdapat satu lagi media sosial yang sedang meningkat naik di peringkat antarabangsa dan Malaysia. Ianya dikenali sebagai Clubhouse yangi telah menjadi fenomena di seluruh dunia pada ketika ini.

Apa yang menarik, aplikasi ini belum lagi dilancarkan secara rasmi tetapi telah mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan orang ramai.

Permulaan Clubhouse

Syarikat ini diasaskan oleh bekas pekerja Google, Rohan Seth dan Paul Davison yang merupakan jurutera perisian. Mereka sememangnya mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam industri teknologi.

Aplikasi ini mula diperkenalkan pada Februari tahun 2020 sebelum berlakunya krisis pandemik dunia.

Mereka berdua menamakan aplikasi ini Clubhouse, yang menyediakan platform perbualan peserta yang boleh didengari oleh peserta lain.

Kredit Gambar: Manof Many

Aplikasi ini boleh dibaratkan seperti sebuah stesen radio moden dan pendengar yang ingin mendegar percakapan seseorang perlu dijemput (invite) bagi mendengar perbualan tersebut.

Ini menjadikan aplikasi ini sangat eksklusif. Bukan setakat itu saja, mereka yang ingin memuat turun aplikasi ini perlu mendapat jemputan daripada peserta lain.

Jika tidak, mereka terpaksa membeli link tersebut dari eBay dan sebagainya.

Clubhouse tidak menyediakan sebarang rakaman kepada pendengar di mana setiap peserta perlu mendegar secara langsung.

Ini menambahkan nilai premium bagi Clubhouse dan menjadikan ianya berbeza dengan podcast yang banyak terdapat di dalam media sosial pada hari ini.

Bagaimana Clubhouse Menjadi Unicorn Dalam Tidak Sampai Setahun?

Pada awal permulaan, aplikasi ini hanya mempunyai seramai 1,500 pengguna sahaja tetapi nilai syarikat tersebut telah pun mencecah USD100 juta.

Kredit Gambar: Vogue

Clubhouse semakin meningkat naik apabila ramai selebriti menggunakan aplikasi ini seperti Kevin Hart, Oprah Winfrey, Drake, Jared Leto, Wiz Khalifa, Ashton Kutcher dan tidak lupa kepada Elon Musk.

Ini menyebabkan orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Mereka ini takut digelar sebagai FOMO (Fear Of Missing Out), takut terlepas peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dalam media sosial.

Kredit Gambar: BBC

Elon Musk telah menggunakan Clubhouse untuk mengkritik CEO Robin Hood ketika skandal GameStop yang berlaku pada awal tahun ini. Orang ramai begitu teruja dengan penglibatan Elon Musk dan beliau sendiri turut menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi ini.

BACA: Robinhood, Tersepit Di Antara Pelabur Runcit Dan Hedge Fund Dalam ‘Perang GameStop’

Pada awal tahun 2021, aplikasi ini berkembang sehingga 2 juta pengguna dalam tempoh yang sangat singkat. Yang paling mengejutkan, Clubhouse kini bernilai USD1 billion walaupun aplikasi ini masih lagi di tahap Beta.

Ianya merupakan fenomena yang sangat luar biasa di Silicon Valley.

Masa Depan Aplikasi Clubhouse

Walaupun telah berjaya dengan tempoh yang sangat singkat, para penganalisis mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Ini kerana sebelum ini terdapat aplikasi popular pada awal kemunculannya seperti YIK YAK, yang mendapat perhatian daripada pihak pelabur namun akhirnya kecundang di tengah jalan.

Jika Clubhouse ini diuruskan oleh mereka yang berkelayakan, tidak mustahil suatu hari  ia akan menjadi salah sebuah media sosial yang sangat berpengaruh di dunia pada masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Anak Mampu Menguasai Dua atau Tiga Bahasa: Kelebihan Yang Semakin Dicari

Kami percaya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk melabur demi masa depan anak.

Ada yang membuka akaun SSPN sebaik sahaja anak dilahirkan.
Ada yang membeli emas setiap bulan.
Ada yang menyimpan dalam ASB, Tabung Haji atau KWSP (14 tahun). Baca juga Daftar Akaun KWSP Anak Anda Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas, Terima Insentif Kerajaan RM250 Setahun

Semuanya pilihan yang baik kerana matlamatnya sama, iaitu menyediakan kehidupan yang lebih baik apabila anak dewasa nanti.

Tetapi apabila kami bertanya kepada beberapa ibu bapa,

“Apakah pelaburan paling berbaloi yang pernah anda buat untuk anak?”

Jawapannya bukan semuanya berkaitan wang. Ramai yang memberikan jawapan yang lebih menarik.

Pengalaman Adalah Pelaburan

Tidak semua pelaburan diukur dengan jumlah ringgit yang disimpan.

Ada ibu bapa yang lebih rela membelanjakan wang untuk memberikan anak pengalaman yang mungkin tidak dapat dibeli apabila mereka dewasa nanti.

Mereka membawa anak melancong supaya dapat melihat dunia dengan mata sendiri.

Ada yang membawa anak berkhemah supaya belajar berdikari, bekerjasama dan menghargai alam.

Ada yang sanggup bangun seawal pagi setiap hujung minggu untuk menemani anak mendaki bukit atau menyertai acara sukan.

Tidak kurang juga yang menghantar anak belajar berenang, bermain alat muzik, menyertai pertandingan pidato, pertandingan robotik atau kelas seni.

Semua ini mungkin tidak memberikan pulangan dalam bentuk wang hari ini.

Namun pengalaman seperti inilah yang membentuk keberanian, disiplin, keyakinan diri dan cara anak melihat dunia.

Apabila mereka dewasa nanti, ibu bapa mungkin tidak lagi ingat berapa kos yang dibelanjakan. Tetapi anak akan sentiasa mengingati pengalaman yang pernah diberikan.

Ada Satu Lagi Pelaburan Yang Selalu Dipandang Ringan

Di sebalik semua pengalaman itu, ada satu pelaburan yang semakin penting dalam dunia hari ini.

Menguasai lebih daripada satu bahasa.

Jika dahulu fasih berbahasa Inggeris sudah dianggap satu kelebihan, hari ini keadaan sudah berubah.

Dunia pekerjaan menjadi semakin global.

Syarikat tempatan berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

Mesyuarat dijalankan secara dalam talian bersama rakan sekerja dari pelbagai benua.

Ramai usahawan pula menjual produk ke pasaran antarabangsa.

Dalam keadaan ini, mereka yang mampu bertutur dalam dua, tiga atau lebih bahasa mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi.

Bahasa Membuka Lebih Banyak Peluang

Bayangkan anak anda mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin.

Kemudian dia turut menguasai Bahasa Jepun atau Bahasa Korea atau Bahasa Sepanyol dan Perancis.

Peluang yang terbuka menjadi jauh lebih luas.

Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lebih mudah mendapatkan biasiswa antarabangsa. Berpeluang bekerja dengan syarikat multinasional.

Malah jika menjadi usahawan sekalipun, mereka boleh berurusan dengan pelanggan dari seluruh dunia tanpa bergantung kepada penterjemah.

Dalam dunia yang semakin tanpa sempadan, bahasa bukan lagi sekadar subjek di sekolah.

Ia sudah menjadi satu aset.

Anak Lebih Mudah Belajar Bahasa Berbanding Orang Dewasa

Ramai orang dewasa menyesal kerana hanya mula belajar bahasa asing apabila sudah bekerja.

Pada ketika itu, komitmen semakin banyak. Masa semakin terhad. Berbeza dengan kanak-kanak. Mereka lebih cepat menangkap sebutan, lebih berani mencuba dan tidak malu melakukan kesilapan.

Sebab itulah ramai pakar pendidikan menggalakkan pendedahan kepada bahasa kedua atau ketiga sejak usia muda.

Semakin awal mereka bermula, semakin mudah proses pembelajaran.

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Pusat Bahasa

Dulu, belajar bahasa asing mungkin memerlukan kita hadir ke pusat bahasa tertentu mengikut jadual yang tetap.

Hari ini semuanya jauh lebih fleksibel.

Melalui platform seperti Preply, ibu bapa boleh memilih guru dari pelbagai negara mengikut bajet, jadual dan tahap pembelajaran anak.

Pilihan bahasanya juga sangat banyak, termasuk:

  • 🇬🇧 Bahasa Inggeris
  • 🇨🇳 Bahasa Mandarin (Cina)
  • 🇪🇸 Bahasa Sepanyol
  • 🇫🇷 Bahasa Perancis
  • 🇯🇵 Bahasa Jepun
  • 🇰🇷 Bahasa Korea
  • 🇩🇪 Bahasa Jerman

Menariknya, anda tidak semestinya perlu memilih tutor dari luar negara. Jika anak masih di peringkat asas atau lebih selesa belajar dengan gaya tempatan, terdapat juga ramai tutor dari Malaysia yang mengajar di Preply. Ini memudahkan komunikasi, terutama bagi kanak-kanak yang baru bermula.

Kelas bahasa secara individu tidak semestinya mahal. Malah, terdapat tutor Bahasa Inggeris di Preply yurannya bermula sekitar RM24 bagi satu sesi pembelajaran, bergantung kepada tutor yang dipilih.

Anak boleh belajar secara 1-to-1 dalam talian dengan tutor yang merupakan penutur asli atau guru berpengalaman, jadi anak mendapat perhatian penuh daripada tutor tanpa perlu meninggalkan rumah.

Ada Diskaun Untuk Pembaca Majalah Labur

Kalau anda memang bercadang untuk mendaftarkan anak ke kelas bahasa, sekarang mungkin masa yang sesuai.

Melalui pautan referral Majalah Labur, anda akan menikmati diskaun 70% untuk kelas percubaan pertama (bagi tutor yang mengenakan yuran sekurang-kurangnya USD7). Jika anda meneruskan langganan kelas pertama, Majalah Labur pula akan menerima kredit RM203 daripada Preply.

Kami bercadang menggunakan kredit tersebut untuk mempelajari bahasa baharu dan berkongsi sendiri pengalaman menggunakan platform ini kepada pembaca. Terima kasih kerana menyokong Majalah Labur melalui pautan referral kami.

Jadi, anda bukan sahaja melabur untuk masa depan anak, malah turut menyokong usaha kami menghasilkan kandungan percuma yang memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

👉 https://preply.com/en/?pref=MzA4OTExODU

Kesimpulan

Setiap ibu bapa mempunyai definisi pelaburan yang berbeza.

Ada yang memilih menyimpan wang. Ada yang membeli emas. Ada yang melabur dalam pendidikan. Ada pula yang memilih memberikan pengalaman.

Tiada jawapan yang benar atau salah.

Tetapi jika ada satu pelaburan yang tidak boleh dicuri, tidak susut nilai dan akan dibawa oleh anak ke mana sahaja mereka pergi, ia ialah ilmu dan kemahiran berkomunikasi.

Anak-anak kita akan membesar dalam era AI. Dunia yang mereka hadapi nanti mungkin jauh berbeza daripada dunia yang kita kenal hari ini.

Mungkin ada pekerjaan yang hilang. Mungkin akan muncul pekerjaan baharu yang belum pernah kita dengar hari ini.

Dalam dunia seperti itu, memiliki satu kemahiran sahaja mungkin tidak lagi mencukupi.

Sebaliknya, mereka yang mampu menguasai pelbagai ilmu, berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyesuaikan diri dan terus relevan.

Akhirnya, harta yang kita tinggalkan mungkin suatu hari nanti akan habis dibelanjakan. Tetapi ilmu yang kita tanam dan kemahiran yang kita berikan akan terus menjadi bekalan sepanjang hayat. Itulah pelaburan sebenar yang nilainya tidak diukur dengan ringgit.


P/S: Kalau dah mula melabur untuk masa depan anak melalui kelas bahasa, jangan lupa melabur juga dengan ilmu kewangan. Buku-buku saham Majalah Labur ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, malah sesuai juga dijadikan bahan bacaan untuk remaja yang ingin mula mengenali dunia pelaburan. Siapa tahu, suatu hari nanti anak bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi juga bijak mengurus dan mengembangkan wang mereka sendiri.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!