Elakkan Terbuat 4 Perkara Ini Agar Tidak Gagal Dalam Hidup

Mereka yang berjaya adalah mereka yang banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Sama ada berjaya daripada segi perniagaan, kewangan mahupun kehidupan.

Oleh itu, jom kita elakkan daripada membuat 4 perkara ini untuk menjadi seorang yang berjaya.

1. Berbicara Hal Orang Lain

Apakah faedah yang kita dapat apabila berbicara tentang hal orang lain?

Bergosip tentang orang lain, jaga tepi kain orang lain sehingga boleh terbawa kepada mengumpat atau lebih teruk lagi memfitnah.

Sedangkan diri sendiri mash banyak yang perlu diperbaiki dan diusahakan. Namun, jika berbicara tentang seseorang daripada sudut yang positif sehingga boleh meningkatkan motvasi diri sendiri, ianya bukanlah sesuatu yang merugikan bahkan menguntungkan.

Tetapi cuba semak diri sendiri, apabila berbicara tentang hal orang lain – adakah kita banyak mendapat manfaat atau banyak dapat mudarat?

2. Fokus Kepada Masalah

Sebagai seorang manusia, kita pastinya tidak dapat nak lari daripada masalah. Namun itu tidak bermakna bahawa kita kena biarkan ianya menjadi tekanan dan bebanan bagi diri ini.

Kerana bagi setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Kebanyakan individu yng berjaya adalah mereka yang sentiasa bijak dalam menangani masalah yang dihadapi dan melihat masalah sebagai sesuatu yang positif.

Disebabkan inilah, apabila mereka jatuh mereka tidak pernah mengalah dan terus bangkit semula. Masalah yang dihadapi membuatkan mereka semakin kuat dan jadikannya sebagai pengalaman yang berharga bagi menghadapi masalah seterusnya dalam kehidupan.

3. Lepak Tanpa Tujuan

Adakah dengan melepak dapat memberikan manfaat kepada anda? Ternyata, melepak tanpa arah tujuan itu adalah satu pekerjaan yang sia-sia. Duit habis, masa pun terbuang begitu saja.

Namun, sekiranya anda adalah tergolong dalam individu yang menggunaka aktiviti melepak sebagai satu medium untuk menambah kenalan dan networking, ia adalah sesuatu yang amat bagus untuk dilakukan.

4. Bangun Lambat

Jika kita lihat kebanyakan bilionaire yaang kaya-raya, memang mereka ini suka bangun awal. Sudah menjadi rutin harian untuk bangun awal setiap hari, bersenam sebentar, sarapan dan terus memulakan kerja. Kadang-kadang mereka inilah orang pertama yang sampai di pejabat.

Dalam agama Islam pun, kita digalakkan untuk bangun sebelum Subuh untuk melakukan ibadat. Tapi nak bangun awal pagi, kena tidur awal juga pada waktu malam – kalau tak memang liat nak bangun.

Tahniah kerana ada inisiatif untuk membaca tips ini sampai habis. Jom kita bersama-sama amalkan dan lihat sendiri perubahannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hyundai Motor Malaysia Pratonton ‘Wehicle’ Keluarga Baharu Hyundai STARGAZER di KLIMS 2026, Kini Dibuka Untuk Tempahan

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Hyundai Motor Malaysia (HMY) menyuntik keterujaan baharu ke dalam Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2026 yang sedang berlangsung menerusi pratonton eksklusif pertengahan acara bagi Hyundai STARGAZER yang dinanti-nantikan. Sebagai pratonton awam untuk tempoh terhad, pameran khas ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri perkembangan rangkaian mobiliti Hyundai serta hala tuju produk masa depan yang progresif untuk pasaran Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada naratif pertumbuhan HMY selepas penubuhannya sebagai subsidiari langsung, pengenalan Hyundai STARGAZER baharu mengukuhkan komitmen jenama tersebut dalam menawarkan kenderaan yang versatil, inovatif dan berorientasikan gaya hidup yang memenuhi keperluan pengguna tempatan.

Pratonton di KLIMS 2026 ini menyerlahkan keupayaan Hyundai untuk mempelbagaikan portfolio tempatan dengan pantas, daripada kenderaan elektrik berprestasi tinggi kepada kenderaan keluarga serba guna, sekali gus memastikan terdapat sebuah kenderaan Hyundai premium dan inovatif yang sesuai untuk setiap fasa kehidupan rakyat Malaysia.

“Hyundai STARGAZER baharu ialah apa yang kami panggil sebagai sebuah ‘Wehicle’,” kata Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia. “Ia bukan sekadar sebuah kereta, tetapi tentang orang yang berada di dalam dan di sekelilingnya. Kami percaya bahawa ‘WE’ dalam ‘WEhicle’ adalah bahagian yang paling penting. Oleh sebab ‘WE’ itu penting, Hyundai mereka bentuk kenderaan ini sebagai teman perjalanan yang pintar dan melindungi keluarga moden di Malaysia. Hyundai STARGAZER baharu menawarkan kelebihan dari segi keselamatan, teknologi dan kemudahan untuk setiap ahli keluarga.”

Rangkaian Produk Yang Semakin Berkembang

STARGAZER baharu yang bakal dilancarkan dijangka memperkukuh lagi landskap mobiliti keluarga di Malaysia. Direka dengan penekanan terhadap penggunaan ruang yang selesa, reka bentuk futuristik, kepraktisan harian dan teknologi pintar, ia dibangunkan sebagai teman gaya hidup ideal untuk perjalanan jauh, perjalanan harian dan aktiviti keluarga.

Dibina Untuk Keluarga Malaysia

Hyundai STARGAZER baharu tampil berbeza daripada reka bentuk konvensional dengan siluet aerodinamik yang moden serta lampu LED penuh berbentuk “H” di bahagian belakang yang menjadi identiti Hyundai.

Bagi memenuhi citarasa keluarga muda yang mahukan penampilan lebih berani, HMY turut memperkenalkan varian STARGAZER X di KLIMS. Varian berinspirasikan SUV ini dilengkapi bampar sporty, spoiler belakang sporty, overfender dan elemen penjenamaan berwarna hitam.

Di bahagian dalaman, kabin tiga baris tempat duduk direka sebagai ruang yang luas dan selesa untuk kehidupan keluarga moden, bukan sekadar kenderaan penumpang biasa. Ia menawarkan kemudahan premium menerusi teknologi yang mudah diakses dan mesra gaya hidup, termasuk paparan digital sehingga 10.25 inci, pengecas peranti tanpa wayar serta meja lipat terbina pada belakang tempat duduk untuk keselesaan penumpang.

Dikuasakan oleh enjin Smartstream 1.5 liter bersama transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) yang lancar, kenderaan ini mengutamakan keselamatan keluarga melalui pakej bantuan pemanduan Hyundai SmartSense ADAS, yang menawarkan ciri-ciri seperti Smart Cruise Control dengan fungsi Stop & Go.

Hyundai STARGAZER baharu juga akan hadir dengan jaminan yang mengubah landskap segmennya iaitu jaminan 8 tahun atau 160,000 kilometer.

Pratonton Eksklusif di MITEC

Pratonton Hyundai STARGAZER baharu merupakan antara tarikan utama KLIMS 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Hyundai STARGAZER baharu kini dibuka untuk tempahan dengan tiga pilihan varian dan anggaran harga seperti berikut:

  • Style 7 tempat duduk: RM99,XXX
  • Prime 7 tempat duduk: RM109,XXX
  • X 6 tempat duduk: RM121,XXX

Pengunjung juga boleh memandu uji “WEhicle” terbaharu Hyundai ini bermula 16 Jun 2026 serta membuat tempahan terus di acara tersebut.

Pameran khas ini memberikan satu lagi sebab menarik untuk pembeli kereta dan keluarga mengunjungi pameran tersebut serta melihat sendiri Hyundai STARGAZER baharu dari dekat sebelum ia membuat kemunculan rasmi di bilik pameran dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyundai.com/my/en