
Kredit Gambar: Virgin
Sebelum zaman pandemik melanda, pastinya kita dah biasa melancong ke sana ke sini dengan menaiki kapal terbang. Ada yang pernah sampai ke Jepun, Eropah – malah ada yang pernah sampai ke Australia dan Amerika Syarikat.
Tapi pernahkah anda nak merasai pengalaman ke angkasa lepas?
Baru-baru ini Virgin Atlantic telah membuka jualan untuk orang ramai untuk beli tiket ke angkasa lepas yang bermula dengan harga USD450,000. Katanya ada tempat duduk berseorangan dan juga dalam bentuk pakej.
Richard Branson, pengasas Virgin telah pun berlepas ke angkasa lepas untuk merasai sendiri pengalamannya. Pada 11 Julai yang lalu, beliau telah berlepas dari gurun New Mexico, di mana Virgin Galactic sedang menjalankan ujian untuk penumpang yang ingin ke angkasa lepas.
Richard Branson, Elon Musk (dengan SpaceX) dan Jeff Bezos (dengan Blue Origin) merupakan di antara bilionaire yang telah pun berjaya menjadi angkasawan bersama dengan syarikat masing-masing.

“What a day … what a day, what a day, what a day, I dreamt of this moment since I was a kid, but nothing can prepare you for the view from space.”
– Richard Branson
Itulah kata-kata pertama yang diucapkan oleh Richard Branson sebaik saja mendarat.
Penerbangan seterusnya dijadualkan pada bulan September di New Mexico bersama-sama dengan tentera udara Itali.
Virgin Galactic baru-baru ini melaporkan kerugian sebanyak USD94 juta bagi suku kedua tahun 2021 berikutan kos-kos overhead yang semakin meningkat. Syarikat hanya mencatatkan pendapatan sebanyak USD571,000, cukup sekadar nak cover satu tempat duduk bagi penerbangan seterusnya.
Sumber Rujukan: The Guardian










