Laporan Scam 2024: Rakyat Malaysia Masih Mudah Terperdaya Dengan Scam Walaupun Kesedarannya Tinggi  

CelcomDigi National Scam Awareness Survey 2024 dedahkan trend yang membimbangkan dan mencadangkan tindakan segera

PETALING JAYA, 22 JULAI 2024 – Laporan National Scam Awareness Survey 2024 (Kaji Selidik Kesedaran Scam Kebangsaan 2024) yang disiarkan oleh CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) baru-baru ini mengenalpasti naratif yang menarik perhatian, menunjukkan rakyat masih mudah ditipu dan mencadangkan tindakan proaktif untuk memerangi aktiviti scam atau penipuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Malaysia semakin berkembang sebagai negara digital, dengan 91% responden sering melawat pusat internet komuniti untuk menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan digital. Memandangkan penggunaan internet yang tinggi ini, rakyat Malaysia mudah terdedah kepada ancaman scam. Keadaan ini memerlukan tindakan segera dalam mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan digital untuk mewujudkan masyarakat digital yang selamat dan boleh dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata, “Hari ini, dalam kita menikmati manfaat kesalinghubungan digital, kita berhadapan dengan realiti di mana scam merupakan salah satu epidemik sosial yang amat membimbangkan kini. Laporan pertama National Scam Awareness Survey 2024 oleh CelcomDigi ini menyediakan data dan maklumat yang boleh membantu dalam mengambil tindakan yang lebih strategik dan bersasar untuk menangani aktiviti scam. Dengan panduan daripada laporan ini, kita dapat merapatkan jurang yang ada dalam menangani epidemik ini serta mengukuhkan keyakinan dan meningkatkan persekitaran digital yang lebih selamat untukrakyat Malaysia.”

Antara 10,893 responden yang dikaji di seluruh negara, sebanyak 87% telah menjadi lebih peka kepada scam sejak setahun yang lalu, dan mereka boleh menjelaskan pengalaman mereka secara terperinci dan menyatakan jenis scam yang mereka hadapi. Responden juga menyedari bahawa pendedahan data peribadi boleh membahayakan diri mereka serta tindakan mengklik pautan yang tidak disahkan adalah berisiko. Laporan mendapati:

  • 73% responden peka kepada risiko perkongsian sosial dan pendedahan data peribadi; 
  • 65% responden menunjukkan mereka akan mengesahkan mana-mana pautan yang diterima sebelum mengkliknya; manakala 
  • 52% responden akan menapis data peribadi mereka sebelum melakukan sebarang perkongsian. 

Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden melakukan amalan asas untuk melindungi data peribadi mereka. 

Walaubagaimanapun, dua pertiga (66%) daripada mereka pernah mengalami cubaan atau situasi scam. Cubaan scam ini, yang berjumlah 17,912, menunjukkan bahawa seseorang individu boleh menghadapi lebih daripada satu jenis scam melalui pelbagai saluran. Scam yang paling banyak atau umum adalah panggilan telefon (76%), di mana scammer berpura-pura menjadi wakil atau pegawai dari bank, syarikat telekomunikasi atau jabatan kerajaan. Senario cubaan scam ini melibatkan individu palsu:

  • Bertanya responden tentang maklumat peribadi mereka (31%);
  • Menakut-nakutkan responden bahawa akaun bank mereka mempunyai masalah dan mengugut responden untuk membuat sejumlah pembayaran (23%); 
  • Menawarkan bantuan kerajaan dan bertanya tentang maklumat peribadi atau perbankan (23%) mereka.

Laporan ini juga menunjukkan trend scammer menyasarkan mangsa yang berpendidikan dan pendapatan tinggi. Perbandingan merentasi pembolehubah demografi menunjukkan bahawa responden yang mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi mengalami insiden cubaan scam yang lebih banyak daripada mereka yang hanya berpendidikan sekolah rendah atau menengah, dan mereka yang berpendapatan bulanan RM1,000 atau kurang.

Selain daripada kesedaran awam mengenai jenis dan taktik scam, kajiselidik ini juga menilai kesedaran rakyat Malaysia mengenai talian hotline 997 Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) bagi melaporkan scam. Didapati 64% daripada responden tidak tahu bahawa mereka boleh melaporkan scam melalui talian hotline NSRC. Selain itu, kesedaran adalah amat rendah dalam kalangan responden yang dilaporkan menghadapi masalah kewangan, di mana 67% responden yang menyatakan pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka, juga tidak mempunyai pengetahuan tentang talian hotline NSRC sebagai mekanisme untuk melaporkan aktivitiscam.

Langkah penting bagi mangsa scam adalah mengambil tindakan pembetulan yang pantas. Walaubagaimanapun, laporan ini menunjukkan bahawa responden mungkin mempunyai daya bingkas yang rendah terhadap scam, terutamanya dari segi mengambiltindakan pencegahan dan pengurangan:

  • 52% responden menyekat nombor telefon scammer atau yang disuspek sebagai scammer;
  • 32% responden memberitahu keluarga atau rakan; manakala
  • 19% responden sama ada menutup akaun bank, menamatkan kad kredit atau tidak melakukan apa-apa.  

Berikutan penemuan ini, laporan menunjukkan keperluan segera untuk pendekatan yang melibatkan seluruh masyarakat demimenangani epidemik sosial ini secara proaktif. Cadangannya termasuklah:

  • Di tahap kebangsaan – Meningkatkan kesedaran scam di pelbagai saluran, dan mengukuhkan peranan NSRC untuk meliputi perkhidmatan yang lebih meluas kepada orang awam bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada perkhidmatannya; 
  • Bagi sektor swasta – Membangunkan infrastruktur yang lebih inovatif untuk melindungi kepentingan pelanggan di samping mewujudkan pengurusan risiko scam di dalam strategi perniagaan;
  • Kerjasama sektor awam dan swasta untuk mengambil pendekatan pelbagai kaedah demi mewujudkan ekosistem bagi tindakan yang lebih strategik dan menyeluruh. 

Laporan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan CelcomDigi dalam menangani aktiviti scam. Ia boleh didapati DI SINI dan juga di platform media sosial untuk akses orang awam.  

Previous ArticleNext Article

boAt Memasuki Malaysia, Merancakkan Pengembangan Asia Tenggara Melalui Kerjasama Dengan Opptra

Kuala Lumpur, Malaysia: boAt – jenama audio No. 3 dunia (Sumber: IDC CY 2024) – hari ini mengumumkan kemasukannya ke pasaran Malaysia, menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan antarabangsa syarikat di seluruh Asia Tenggara. Langkah ini menegaskan cita-cita boAt untuk memperluas kehadiran globalnya serta menembusi pasaran pengguna digital yang berkembang pesat.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan ini, boAt telah bekerjasama dengan Opptra, sebuah usaha baharu oleh pengasas bersama Flipkart, Binny Bansal, yang memberi tumpuan kepada membantu jenama pengguna membuka potensi pertumbuhan global dan berkembang dalam landskap runcit yang semakin berorientasikan digital.

Ekonomi digital Malaysia yang semakin pesat, didorong oleh penggunaan e-dagang yang meluas serta peningkatan pengguna celik teknologi, membuka ruang pertumbuhan yang signifikan bagi boAt. Dengan runcit dalam talian terus mempengaruhi corak pembelian, pengguna tempatan kini lebih cenderung kepada produk audio yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan nilai dan sesuai dengan gaya hidup aktif harian mereka.

Kemasukan boAt hadir pada masa yang tepat, ketika permintaan terhadap peranti audio peribadi semakin meningkat, dipacu oleh penggunaan mudah alih, penstriman kandungan serta peralihan kepada gaya hidup dan kerja hibrid. Perkembangan ini mewujudkan peluang kepada boAt untuk menembusi pasaran yang berkembang pesat dengan tahap penglibatan pengguna yang tinggi.

Di Malaysia, boAt akan memperkenalkan rangkaian produknya merangkumi fon putik TWS (True Wireless Stereo), fon kepala serta bank kuasa, termasuk siri premium Nirvana yang menawarkan reka bentuk lebih premium dan pengalaman audio yang dipertingkatkan. Antara produk utama yang diketengahkan ialah Nirvana IVY Pro, Nirvana Ion Wireless dan EnergyShroom PB400. Berteraskan falsafah jenama globalnya, Create Waves, rangkaian ini memberi tumpuan kepada prestasi audio yang mantap, ketahanan bateri untuk penggunaan berpanjangan serta teknologi pembatalan hingar aktif yang canggih.

Nirvana IVY Pro menampilkan pengalaman audio yang lebih imersif melalui ciri seperti audio spatial berasaskan Dolby Atmos, Dolby Head Tracking serta sehingga 52dB Adaptive Hybrid ANC. Sementara itu, Nirvana Ion Wireless direka untuk kegunaan sepanjang hari dengan jangka hayat bateri sehingga 120 jam. Melengkapkan rangkaian ini, EnergyShroom PB400 hadir dengan pengecasan pantas dua hala 22.5W serta sokongan pelbagai peranti melalui tiga port output, menawarkan kemudahan tambahan kepada pengguna.

Produk-produk ini kini tersedia di platform e-dagang utama seperti Shopee, dan akan turut ditawarkan di Lazada serta TikTok Shop dalam masa terdekat, sekali gus memastikan capaian yang meluas serta pengalaman membeli-belah yang lancar selaras dengan tingkah laku pengguna tempatan

 Gaurav Nayyar – Ketua Pegawai Eksekutif boAt berkata, “Malaysia merupakan titik kemasukan yang menarik bagi kami ke Asia Tenggara ketika kami mengembangkan boAt ke peringkat global. Dengan asas pengguna muda yang berorientasikan digital serta penerimaan e-dagang yang kukuh, pasaran ini sangat sejajar dengan kekuatan jenama kami. Bersama Opptra sebagai rakan kongsi, kami yakin dapat berkembang dengan pantas sambil kekal relevan kepada pengguna tempatan. Ini hanyalah permulaan, dan kami berharap untuk berkembang ke lebih banyak pasaran di rantau ini dalam masa terdekat.”

Kemasukan boAt ke Malaysia memperkukuh kehadirannya di peringkat antarabangsa, terutamanya di negara-negara yang merupakan sebahagian daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asia Selatan, di mana jenama ini terus berkembang dan memperoleh daya tarikan yang kukuh. Langkah terbaharu ini mencerminkan hala tuju jangka panjang syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain global yang terkemuka dalam ruang elektronik pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boAt, sila layarihttps://my.boat-lifestyle.com/

Tentang boAt:
Beribu pejabat di India, Imagine Marketing Limited (IML), pemilik jenama “boAt”, menawarkan portfolio produk yang merangkumi peranti audio, peranti boleh pakai pintar, penjagaan diri, aksesori mudah alih dan banyak lagi. Di bawah naungan Imagine, boAt ditubuhkan dan berjaya mengganggu industri audio sehingga menjadi jenama peranti audio boleh pakai No. 1 di negara tersebut (berdasarkan jumlah penghantaran menurut data IDC terkini). Portfolio boAt menawarkan produk yang direka dengan baik, inovatif dan bergaya, berorientasikan gaya hidup, pada harga yang menarik, disasarkan kepada golongan muda serta pasaran yang luas di India. Imagine Marketing telah bekerjasama dengan nama-name global seperti Qualcomm dan Dolby untuk memacu inovasi produknya, dan disokong oleh Warburg Pincus, sebuah dana ekuiti persendirian global, serta Malabar Investments dan Fireside Ventures.