Malaysia Lancar NurAI Aplikasi LLM Patuh Syariah Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Pelancaran NurAI, aplikasi patuh Syariah pertama di dunia, menjadi penyelesaian teknologi bagi menangani ketidaktepatan fakta berkaitan fatwa dan hukum Islam yang kerap disebarkan menerusi kandungan kecerdasan buatan (AI) di platform Barat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata NurAI yang berkonsepkan Large Language Model (LLM) dan dibangunkan sepenuhnya berasaskan nilai Islam itu bukan sekadar memproses bahasa, tetapi turut memahami adab, memelihara hukum, serta mengangkat maruah budaya umat Islam.

Ahmad Zahid berkata pelancaran ini juga mengambil kira hakikat bahawa kebanyakan sistem AI global dibangunkan di barat, namun nilai dan keutamaan yang dibawa tidak semestinya selari dengan cara hidup dan aspirasi kita.

“Malah, ada kajian mendapati bahawa terdapat kandungan AI berkaitan Islam di platform barat mengandungi unsur bias atau ketidaktepatan fakta sekali gus menampilkan gambaran negatif terhadap agama dan budaya kita.

“Kita pernah menyaksikan bagaimana sistem AI memberi jawapan bercanggah dengan prinsip Syariah apabila ditanya tentang hukum kewangan Islam atau memetik sumber tidak sahih ketika membincangkan isu akidah. Inilah jurang yang mesti kita tutup dan Insy-Allah, saya yakin NurAI mampu melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sebelum merasmikan NurAI: LLM Syariah Pertama Dunia di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Zetrix AI Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah.

Ahmad Zahid berkata anjakan ini bukan sahaja menjadi simbol inovasi, malah berperanan sebagai instrumen diplomasi teknologi dalam memposisikan Malaysia sebagai peneraju AI patuh Syariah.

“Ia juga membuka pintu kerjasama strategik dengan negara ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sekali gus mengukuhkan pengaruh Malaysia di pentas antarabangsa.

“Jadikan platform ini asas membentuk pemikiran masyarakat, menjawab persoalan halal dan haram, memberi panduan zakat dan faraid, menyediakan nasihat pelaburan patuh Syariah secara terbuka dan akhirnya membimbing masyarakat berlandaskan disiplin ilmu Islam yang benar dan diiktiraf,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berharap pelancaran NurAI menjadi satu permulaan gerakan besar yang melibatkan seluruh ekosistem negara.

“Saya amat yakin dengan langkah strategik yang konsisten, Malaysia berpotensi menjadi hab pendigitalan utama diyakini dunia Islam, khususnya di rantau ini.

“Saya juga yakin ekosistem AI yang kita bangunkan hari ini akan menjadi legasi Malaysia untuk dunia Islam, warisan yang berpaksikan ilmu, teknologi dan iman yang akan dikenang bukan sahaja generasi hari ini tetapi anak cucu kita di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Jimmy Wong berkata Zetrix AI memainkan peranan penting sebagai pemudah cara utama dalam pembangunan NurAI yang bukan sahaja bertindak sebagai entiti teknologi tetapi menjadi penggerak kepada pelaksanaan ekosistem AI Islamik pertama seumpamanya.

“Pembangunan NurAI telah dipacu sepenuhnya menerusi rangka kerjasama serantau yang diwujudkan melalui Makmal AI ASEAN China yang berpusat di Zetrix Tower.

“Pelancaran NurAI hari ini membuktikan ASEAN berupaya membangunkan teknologi AI yang canggih, berteraskan nilai dan budaya serta bersaing di peringkat global,” katanya.

— BERNAMA

Previous Article

Kelebihan Utama AEON Bank Malaysia – Bank Digital Islamik Pertama Negara

AEON Bank tampil sebagai perintis dalam dunia perbankan digital Islamik di Malaysia dengan menawarkan solusi kewangan yang moden, patuh syariah dan mesra pengguna. Jika anda sedang mencari alternatif simpanan dan pengurusan kewangan yang lebih fleksibel, ini adalah sebab kenapa AEON Bank patut jadi pilihan utama anda:

1.  Perbankan Digital Patuh Syariah

AEON Bank ialah bank digital Islam pertama di Malaysia, berlesen di bawah Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA) dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Semua produk adalah patuh syariah, dan deposit pelanggan dilindungi oleh PIDM hingga RM250,000, memberi anda ketenangan fikiran semasa mengurus wang.

2. Akaun Simpanan & Ciri “Savings Pots”

AEON Bank menawarkan Savings Account‑i dengan kadar keuntungan setinggi 3.00% p.a. (promosi sehingga Ogos 2025)  jauh lebih kompetitif berbanding akaun simpanan biasa.

Yang menariknya, anda boleh cipta “Savings Pots” untuk menyimpan ikut matlamat tertentu

contohnya “Tabung Travel”, “Dana Kecemasan” atau “Duit Kahwin”. Siap boleh auto-debit setiap bulan untuk bantu capai matlamat simpanan dengan konsisten.

3. Program Ganjaran AEON Points

Setiap pengguna AEON Bank layak dapat 1,000 AEON Points (bersamaan RM5) selepas pendaftaran.

Setiap RM1 dibelanjakan dengan Kad Debit‑i AEON akan menjana 1x mata ganjaran dan sehingga 8x ganjaran bila berbelanja di AEON Mall atau outlet terpilih.

Mata ganjaran ini boleh ditebus terus sebagai tunai ke dalam akaun anda, serendah 200 mata!

4. Kad Debit‑i AEON Selamat & Moden

Terus dapat akses kepada Kad Debit‑i Visa digital sebaik sahaja daftar, dan kad fizikal pula percuma sepanjang tempoh promosi (kemudian dikenakan caj tahunan).

Ciri keselamatan terkini:

– Kad tiada nombor dicetak, lebih selamat.

– Semua kawalan transaksi (termasuk online & luar negara) boleh diurus terus dalam aplikasi.

5. Perancang Bajet Peribadi

Aplikasi AEON Bank dilengkapi fungsi Budget Centre untuk bantu anda:

– Tetapkan bajet bulanan

– Terima notifikasi bila bajet hampir habis

– Bandingkan perbelanjaan bulan ke bulan

Ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu disiplinkan kewangan bulanan tanpa stress.

6. Transaksi Mudah dengan DuitNow & QR

Walaupun anda belum terima kad fizikal, anda tetap boleh guna AEON Bank untuk:

– Bayaran melalui DuitNow QR

– Pemindahan dana ke akaun lain

– Pembayaran bil & tambah nilai e-wallet

7. Pelaburan FD-i dengan Pulangan Menarik

AEON Bank turut menawarkan Fixed Deposit-i (FD-i) untuk anda yang ingin menyimpan dengan pulangan lebih stabil.

Kadar semasa (2025): sekitar 3.08% p.a.

Bonus cashback 1.5% dalam bentuk AEON Points untuk perbelanjaan runcit menggunakan Kad Debit‑i

Program rujukan turut beri 1,800 mata AEON tambahan (bersamaan RM9) untuk setiap rakan yang daftar & aktifkan akaun.

8. Mesra AEON Group, Lebih Banyak Ganjaran

Sebagai sebahagian daripada keluarga AEON, pengguna AEON Bank dapat pelbagai kelebihan eksklusif:

– Diskaun dan promosi khas di AEON Mall, AEON BiG, AEON Wellness, MaxValu, dan lain-lain

– Lebih banyak peluang kumpul ganjaran & tebus tunai bila anda berbelanja

9. Tiada Caj Tersembunyi

AEON Bank komited untuk jadi bank digital yang telus:

– Tiada yuran pembukaan akaun

– Tiada caj pengurusan tahunan

– Percuma untuk pindahan duit, bayaran bil, dan e-wallet

Ringkasnya, AEON Bank adalah solusi perbankan moden yang menggabungkan patuh syariah, fleksibiliti digital dan ganjaran harian. Semuanya dalam satu aplikasi.

Nak mula?

Hanya ambil masa 3 minit untuk daftar akaun tanpa perlu ke mana-mana! Masukkan kod referal ini > AB524688 untuk mendaftar