Kelebihan Utama AEON Bank Malaysia – Bank Digital Islamik Pertama Negara

AEON Bank tampil sebagai perintis dalam dunia perbankan digital Islamik di Malaysia dengan menawarkan solusi kewangan yang moden, patuh syariah dan mesra pengguna. Jika anda sedang mencari alternatif simpanan dan pengurusan kewangan yang lebih fleksibel, ini adalah sebab kenapa AEON Bank patut jadi pilihan utama anda:

1.  Perbankan Digital Patuh Syariah

AEON Bank ialah bank digital Islam pertama di Malaysia, berlesen di bawah Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA) dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jangan keliru, AEON Bank (M) Berhad (“AEON Bank”) dan AEON Credit Service (M) Berhad (“AEON Credit”) adalah dua entiti yang berbeza fungsi walaupun ada kaitan antara mereka.

Semua produk Aeon Bank adalah patuh syariah dan deposit pelanggan dilindungi oleh PIDM hingga RM250,000, memberi anda ketenangan fikiran semasa mengurus wang.

2. Akaun Simpanan & Ciri “Savings Pots”

AEON Bank menawarkan Savings Account‑i dengan kadar keuntungan setinggi 3.00% p.a. (promosi sehingga Ogos 2025)  jauh lebih kompetitif berbanding akaun simpanan biasa.

Yang menariknya, anda boleh cipta “Savings Pots” untuk menyimpan ikut matlamat tertentu contohnya “Tabung Travel”, “Dana Kecemasan” atau “Duit Kahwin”. Siap boleh auto-debit setiap bulan untuk bantu capai matlamat simpanan dengan konsisten.

3. Program Ganjaran AEON Points

Setiap pengguna AEON Bank layak dapat 1,000 AEON Points (bersamaan RM5) selepas pendaftaran.

Setiap RM1 dibelanjakan dengan Kad Debit‑i AEON akan menjana 1x mata ganjaran dan sehingga 8x ganjaran bila berbelanja di AEON Mall atau outlet terpilih.

Buat bank sendiri, bagi kad debit sendiri, lepas tu bagi ganjaran berganda kalau belanja dekat AEON Mall dia.

Mata ganjaran ini boleh ditebus terus sebagai tunai ke dalam akaun anda, serendah 200 mata!

Banyak kad debit standard cuma bagi ~1× atau tiada point langsung untuk setiap RM1 yang dibelanja. Guna kad debit AEON Bank belanja macam biasa —> grocery, makan, shopping —> nanti points masuk luar biasa.

AEON Bank juga memang kreatif bab rewards bukan sekadar swipe kad dan dapat points.
Mereka siap buat misi khas (contohnya Neko Missions) yang bagi ganjaran bila kita buat benda harian macam bayar pakai DuitNow QR atau MyDebit.

Setiap kali capai misi, dapat “Paws”, dan boleh tebus untuk cashback, voucher, atau diskaun dalam app.
Pendek kata, setiap transaksi boleh jadi peluang kumpul hadiah. Lagi banyak guna, lagi banyak misi boleh unlock.

4. Kad Debit‑i AEON Selamat & Moden

Terus dapat akses kepada Kad Debit‑i Visa digital sebaik sahaja daftar dan kad fizikal pula percuma sepanjang tempoh promosi (kemudian dikenakan caj tahunan).

Ciri keselamatan terkini:

  • Kad tiada nombor dicetak, lebih selamat.
  • Semua kawalan transaksi (termasuk online & luar negara) boleh diurus terus dalam aplikasi.

5. Perancang Bajet Peribadi

Aplikasi AEON Bank dilengkapi fungsi Budget Centre untuk bantu anda:

  • Tetapkan bajet bulanan
  • Terima notifikasi bila bajet hampir habis
  • Bandingkan perbelanjaan bulan ke bulan

Ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu disiplinkan kewangan bulanan tanpa stress.

6. Transaksi Mudah dengan DuitNow & QR

Walaupun anda belum terima kad fizikal, anda tetap boleh guna AEON Bank untuk:

  • Bayaran melalui DuitNow QR
  • Pemindahan dana ke akaun lain
  • Pembayaran bil & tambah nilai e-wallet

7. Pelaburan FD-i dengan Pulangan Menarik

AEON Bank turut menawarkan Fixed Deposit-i (FD-i) untuk anda yang ingin menyimpan dengan pulangan lebih stabil. Kadar semasa (2025): sekitar 3.08% p.a dengan modal minimum serendah RM200.


Selingan : Ada pilihan simpanan fixed deposit patuh shariah macam Versa Cash-i yang kadarnya lebih kompetitif berbanding bank biasa.

Suka fleksibiliti dan kos rendah → emas digital mungkin praktikal.

Versa kini juga menawarkan Versa Gold – pilihan simpanan emas digital yang patuh Syariah.
Tiada spread (beza harga beli & jual) kerana emas tersebut tidak boleh ditebus dalam bentuk fizikal. Nilai simpanan hanya dipegang secara digital, tetapi masih disandarkan kepada harga emas.

Versa Asia Sdn. Bhd. (201901041105) dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui kerjasama dengan pengurus dana berlesen. Ini bermaksud operasi dan pematuhan mereka tertakluk kepada rangka kerja kawal selia yang ditetapkan.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma. Kod di atas adalah pautan rujukan (referral). MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan kod tersebut. Terima kasih!


8. Mesra AEON Group, Lebih Banyak Ganjaran

Sebagai sebahagian daripada keluarga AEON, pengguna AEON Bank dapat pelbagai kelebihan eksklusif:

  • Diskaun dan promosi khas di AEON Mall, AEON BiG, AEON Wellness, MaxValu dan lain-lain
  • Lebih banyak peluang kumpul ganjaran & tebus tunai bila anda berbelanja

9. Tiada Caj Tersembunyi

AEON Bank komited untuk menjadi bank digital yang telus:

  • Tiada yuran pembukaan akaun
  • Tiada caj pengurusan tahunan
  • Percuma untuk pindahan duit, bayaran bil dan e-wallet

Ringkasnya, AEON Bank adalah solusi perbankan moden yang menggabungkan patuh syariah, fleksibiliti digital dan ganjaran harian. Semuanya dalam satu aplikasi.

Nak mula buka akaun?

Hanya ambil masa 3 minit untuk buka akaun tanpa perlu beratur atau bersesak atas jalan. Masukkan kod referal ini > AB524688 untuk dapat 1,000 mata AEON (RM5). Buka akaun bank ini wajib upload gambar kad pengenalan dan snap gambar muka. Muat turun aplikasi Aeon Bank di https://www.aeonbank.com.my/#download

Baca juga Kad Visa Touch ‘n Go: Berbaloikah Guna?

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.