Isu Tanah Hutan Indonesia Beri Kesan Terhad Pada Syarikat Perladangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Kesan kewangan yang berpotensi daripada isu status tanah perhutanan di Indonesia ke atas ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di negara itu dijangka tidak memberi impak yang ketara, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata ini adalah berdasarkan penilaian awal daripada syarikat-syarikat perladangan Malaysia.

“Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini masih berusaha mendapatkan kejelasan lanjut, menunjukkan bahawa risiko pengawalseliaan masih wujud untuk operasi mereka di Indonesia.

“Apa yang ketara, Genting Plantations telah membuat peruntukan sebanyak RM66 juta pada suku pertama 2025 untuk menampung potensi kehilangan pendapatan daripada sebahagian ladang mereka di Indonesia yang telah ditetapkan sebagai tanah hutan oleh kerajaan Indonesia di bawah peraturan itu baru-baru ini,” katanya.

CIMB Securities berkata analisis mereka terhadap Keputusan Menteri Kehutanan Republik Indonesia Nombor 36 Tahun 2025, yang menyenaraikan syarikat kelapa sawit yang beroperasi secara haram di kawasan hutan tanpa permit perhutanan, menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang tersenarai dalam dekri itu terbahagi kepada dua kategori.

“Ini merujuk kepada syarikat yang sedang dalam proses pengesahan status perundangan, setelah memohon sebelum tarikh akhir 2 November, 2023 selaras dengan Artikel 110A Undang-Undang No. 6/2023, dan mereka yang ditolak daripada proses pengesahan kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya.

CIMB Securities berkata mereka mendapati anak syarikat Indonesia milik Genting Plantations, KL Kepong, dan SD Guthrie disenaraikan di bawah dekri itu.

“Genting Plantations telah memohon untuk mengesahkan status perundangan bagi 18,448 hektar tanah, dengan 13,365 hektar sedang dalam proses pengesahan, manakala 4,464 hektar telah ditolak.

“KL Kepong memohon 4,368 hektar, di mana 1,800 hektar sedang dalam proses dan 1,368 hektar telah ditolak, manakala anak syarikat SD Guthrie di Indonesia telah memohon 3,045 hektar dengan 1,874 hektar sedang diproses dan 1,171 hektar ditolak,” katanya.

Ia turut berkata Bumitama, syarikat bersekutu yang tersenarai di Indonesia dan dimiliki 32 peratus oleh IOI Corp, telah memohon 30,115 hektar, dengan 29,975 hektar sedang dalam proses dan 5,570 hektar ditolak.

CIMB Securities memetik laporan Reuters pada 9 Julai, 2025 yang menyatakan kerajaan Indonesia telah memindahkan 394,547 hektar ladang kelapa sawit yang dirampas kepada Agrinas Palma Nusantara, syarikat milik kerajaan yang baru ditubuhkan.

“Ini menjadikan jumlah keluasan tanah yang diuruskan oleh Agrinas melebihi 833,000 hektar. Ladang-ladang yang dipindahkan itu, yang sebelum ini diusahakan oleh 232 syarikat swasta yang tidak dinamakan, terletak di Kalimantan Tengah, Riau, Sumatera Utara dan Sumatera Selatan, serta dianggap beroperasi secara haram dalam zon hutan yang telah diwartakan,” katanya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.