Proton Catat 624 Tempahan Baharu Menerusi Acara Tukar Beli

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mencatatkan 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli Trade-in Trade-Up Saturday dengan kerjasama syarikat pembidaan dalam talian (EBC) Carsome, baru-baru ini.

Kerjasama pertama kali antara pengeluar peralatan asal (OEM) dan EBC yang melibatkan 32 cawangan Proton itu menarik perhatian seramai 1,552 pengunjung, dengan 320 pelanggan memilih untuk menukar kenderaan semasa mereka, kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

“Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi jangkaan awal sebanyak 320 unit yang ditetapkan sebelum acara itu,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata: “Memandangkan jumlah jualan kami terus berkembang, syarikat wajar mempertimbangkan cara untuk memudahkan pengambilan, pengedaran dan pelupusan kereta terpakai bagi menyokong tempahan baharu.

“Bahagian pengurusan kereta terpakai kami telah dibentuk untuk mencapai matlamat ini dan dengan bekerjasama dengan EBC, kami dapat menawarkan proses yang lebih cekap dan telus yang memudahkan pelanggan ke arah memiliki kereta baharu.

“Dengan lebih banyak pilihan untuk mereka tukar dan beli, adalah penting bagi kami untuk mengekalkan pelanggan semasa kami dalam jenama dan salah satu cara adalah untuk menstabilkan nilai kereta terpakai kami bersama-sama rakan kongsi kami,” katanya.

Bagi 2023, pengeluar kereta nasional itu berkata bahagian pengurusan kereta terpakai telah menerima lebih 4,500 unit kereta melalui 32 cawangannya dan berada di landasan untuk mencipta rekod baharu menjelang akhir tahun.

“Menuju 2024, terdapat rancangan untuk mengembangkan rangkaian kepada 60 cawangan dengan sasaran mencapai sekurang-kurangnya 6,000 unit dengan rancangan untuk menjalankan lebih banyak acara tukar beli pada setiap suku tahun,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.