Proton Sasar Jual 2,500 Unit Model Baharu Proton X50 2024 Sebulan

SHAH ALAM, 4 Jun (Bernama) — Proton Holdings Bhd menyasar menjual sehingga 2,500 unit setiap bulan model Proton X50 2024 yang baru dilancarkan berdasarkan sambutan memberangsangkan yang berterusan terhadap model sedia ada.

Timbalan ketua pegawai eksekutifnya Roslan Abdullah berkata Proton X50 mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak pelancaran model sebelumnya pada Oktober 2020, dan kekal menjadi antara model Proton paling mendapat pilihan sehingga kini.

“Walaupun (2024) X50 ini nampak sama pada luarannya, namun sebenarnya terdapat kira-kira 20 penambahbaikan (dilakukan) melibatkan noise, vibrations and harshness (NVH) untuk keselesaan pelanggan.

“Kita juga tekankan semula mengenai sistem keselamatan kenderaan yang membantu pemandu dan penumpang Proton X50 ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model baharu Proton X50 2024, di sini, hari ini.

Roslan berkata model Proton X50 2024 ini juga akan di eksport ke 11 negara sedia ada yang berada dalam portfolio eskport syarikat tersebut.

“(Proton) X50 juga mendapat sambutan yang baik di beberapa negara luar seperti Brunei, Afrika Selatan, Bangladesh dan juga Pakistan. Malangnya disebabkan Pakistan kini mengalami krisis ekonomi, ia telah menrencatkan sedikit jualan kita di sana,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata Proton X50 2024 yang dinaik taraf mencerminkan komitmen Proton untuk terus menambah baik dan berinovasi sambil mengekalkan kualiti produk yang telah terbukti, seperti yang diharapkan oleh pelanggan.

“Ia menawarkan reka bentuk sporty dan ciri-ciri dipertingkatkan yang mengekalkan kedudukannya sebagai model yang terbukti sesuai untuk pelbagai pelanggan.

“Selain perubahan visual, ia juga akan memberikan nilai yang luar biasa dengan menggabungkan prestasi kukuh dengan ciri-ciri ketersambungan utama dalam kelasnya yang disokong oleh perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang daripada 157 cawangan 3S/4S di seluruh negara,” katanya.

Kenderaan utiliti lasak (SUV) segmen B Proton yang dinaik taraf itu  ditawarkan dalam varian Standard, Executive, Premium dan Flagship yang sama, berharga dari RM86,300 hingga RM113,300.

Berdasarkan daripada data di laman web Proton, harga Ini tidak berubah daripada harga X50 sekarang yang menyatakan varian Standard, Executive, Premium dan Flagship berharga masing-masing pada RM86,300, RM93,300, RM101,800 dan RM113,300, di atas jalan.

Syarikat itu juga memperkenalkan Pakej Early Bird (pembelian awal) bagi tempoh masa terhad yang menawarkan insentif sehingga RM8,500 kepada 5,000 pelanggan pertama yang mendaftar pembelian baharu mereka menjelang 31 Julai 2024.

Selain pakej manfaatnya yang komprehensif, Proton X50 2024 juga dilengkapi dengan jaminan perbatuan tanpa had lima tahun, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan dan perkhidmatan buruh percuma selama enam kali servis.

— BERNAMA

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise

SHAH ALAM – TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran rangkaian yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal enterprise serta pensijilan bertaraf global.

Kerjasama selama tiga tahun ini direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri, membolehkan pelajar UiTM menamatkan pengajian dengan keupayaan praktikal yang selari dengan keperluan semasa enterprise, sekali gus mengukuhkan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan.

Di teras kerjasama ini ialah pelaksanaan penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link di makmal UiTM, yang memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap infrastruktur yang sama digunakan dalam persekitaran perniagaan. Inisiatif ini turut disokong dengan program latihan berstruktur, bengkel teknikal serta akses kepada laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).

Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada peluang latihan industri dan praktikal bersama TP-Link, sekali gus membuka laluan yang lebih jelas daripada universiti ke alam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Inisiatif ini membina kerjasama terdahulu TP-Link Malaysia dengan Universiti Malaya, di mana lebih 500 pelajar telah menyertai program pensijilan pada tahun 2025, menunjukkan permintaan tinggi terhadap kemahiran rangkaian dan pensijilan yang selari dengan kehendak industri.

Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Dalam pelbagai industri, organisasi sedang memperluaskan infrastruktur digital mereka, namun ketersediaan profesional dengan kepakaran rangkaian enterprise tidak berkembang seiring. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang tersebut dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang disokong pensijilan dan relevan dengan keperluan industri sejak hari pertama.”

“Memastikan graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan akademik serta kemahiran praktikal yang relevan dengan industri adalah sangat penting dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini. Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyelaraskan program dengan lebih dekat kepada kemajuan teknologi dan jangkaan industri,” tambah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Selain pembangunan bakat, kedua-dua organisasi juga akan meneroka inisiatif bersama dalam penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara jurutera TP-Link dan tenaga pengajar UiTM.

Seiring Malaysia terus memperkukuh aspirasi ekonomi digital, inisiatif yang menghubungkan pendidikan dengan keperluan industri secara langsung akan memainkan peranan penting dalam memastikan negara kekal kompetitif dalam membangunkan serta mengekalkan infrastruktur digital moden.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link, sila layari:
https://www.omadanetworks.com/us/business-networking/consult/