Proton X90 Tembusi Pasaran Mauritus, Afrika Selatan Dan Brunei

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Usaha membabitkan X90 yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah sejajar dengan komitmen Proton meluaskan jangkauan di luar Malaysia selain menjadikan sasaran pertumbuhan jualan eksport di pasaran antarabangsa antara tonggak utama matlamat jangka panjangnya.

Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata Mauritius menjadi pasaran eksport pertama bagi SUV keluarga premium dan moden itu yang diperkenalkan di Le Salon de L’ Automobile, SVICC, Pailles pada 4 Ogos lepas.

“Ini diikuti dengan Afrika Selatan pada Festival Permotoran Litar Grand Prix Kyalami pada 25-27 Ogos. Acara itu mendapat sokongan padu Kementerian Luar Malaysia dan dihadiri oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Yap Wei Sin.

“Selain itu, pada masa sama, Proton Brunei memperkenalkan Proton X90 di majlis pelancaran besar-besaran yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah dan Pengerusi Pengimport dan Pengedar Proton, Pad dan Econ Motors, Tan Kah Boon,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton Steven Xu menyifatkan 2023 sebagai tahun mencabar bagi perniagaan eksport berikutan kebanyakan pasaran eksport berdepan cabaran ekonomi dan mengakibatkan kawalan ketat dari segi pasaran modal.

“Bagaimanapun, usaha kami untuk meneroka peluang dalam pasaran lain tetap diteruskan dengan kerja-kerja awal sedang dijalankan di Fiji, Ghana, Trinidad dan Tobago serta Iraq. 

“Kami juga kekal fokus untuk mengembangkan lagi kehadiran dalam pasaran eksport semasa. Pelancaran Proton X90 dalam tiga pasaran eksport itu misalnya berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei lepas,” katanya.

Xu berkata perkembangan itu membantu meningkatkan imej jenama Proton dan dilihat sebagai pelaburan untuk memanfaatkan keadaan pasaran lebih baik di masa akan datang.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.