Pudgy Penguins Tembusi Pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Pudgy Penguins, jenama rintis dalam pasaran barang koleksi digital dan mainan lembut, kini menembusi pasaran Malaysia dengan disokong Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Asia Huddle PLT.

Ketua Pembangunan Perniagaan (Asia) Pudgy Penguins, Cheryl Law berkata komitmen jenama itu adalah untuk menggalakkan penggunaan harta intelek dan meningkatkan penglibatan pengguna bagi memacu pertumbuhan perniagaan Malaysia.

Pihaknya juga komited memperkasakan masyarakat untuk menyertai usaha itu, katanya dalam kenyataan pada Isnin.

“Susulan kejayaan menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), Pudgy Penguins kini adalah usaha niaga transformatif yang menggabungkan inovasi blockchain dengan peluang perniagaan yang ketara, membawa gelombang inovasi dan peluang ekonomi baharu kepada landskap perniagaan Malaysia,” katanya.

Selepas dilancarkan pada Julai 2021, kejayaan koleksi penguin non-fungible di pasaran AS membawa kepada lonjakan ke dalam dunia produk fizikal dengan Pudgy Toys.

Pudgy Toys mencipta rekod menerusi penampilan sulung di Amazon apabila mencatatkan US$500,000 pada carta jualan mainan dalam tempoh 48 jam, mengatasi jenama utama industri seperti Lego, Pokemon, Transformers dan Barbie pada Mei 2023.

“Sebagai sebuah platform, Pudgy Penguins melalui ekosistem Web3 yang berkembang maju akan memanfaatkan peluang untuk perniagaan Malaysia terutama dalam persekitaran runcit yang dinamik, menyokong ekosistem blockchain yang rancak serta mendorong inisiatif yang diterajui kerajaan dan MDEC,” katanya.

Cheryl juga berkata Pudgy Penguins mewakili semangat kekitaan dan penerimaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pudgy Penguins, Luca Netz berkata menginovasi mainan lembut dan patung kecil yang berkualiti tinggi adalah pendekatan ideal untuk membawa Pudgy Penguins ke dalam dunia sebenar.

“Misi kami bukan sahaja membawa kegembiraan malah juga menyumbang kepada landskap ekonomi Malaysia yang aktif melalui keterangkuman dan seni. Kami amat berterima kasih atas sokongan daripada MDEC dan Asia Huddle PLT,” katanya.

Pudgy Toys kini tersedia di seluruh arena runcit Malaysia menerusi FamilyMart, myNEWS, Bila Bila Mart, emart24 dan CU Malaysia.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.