TIV Sektor Automotif Pada 2022 Cecah Paras Tertinggi, Atasi Angka 2015

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Jumlah keseluruhan industri automotif (TIV) Malaysia mencecah paras tertinggi sebanyak 720,658 unit pada 2022, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 666,598 unit pada 2015.

RHB Investment Bank Bhd berkata jumlah pengeluaran industri (TPV) turut mencatat angka rekod sebanyak 702,000 unit.

“Angka yang kukuh itu didorong oleh peningkatan permintaan, pelancaran (model) baharu, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang menarik kehadiran ramai pembeli membuat tempahan, peningkatan pegeluaran serta rantaian bekalan yang kembali pulih.

“Jumlah TIV tertinggi 2022 iaitu 77,000 pada Disember menjadikan TIV bagi tahun itu mencecah 720,658 unit — melonjak 42 peratus tahun ke tahun dan memecahkan rekod pada 2015,” katanya dalam nota tinjauannya hari ini.

Bank pelaburan itu berkata TIV pada 2022 juga lebih tinggi daripada jangkaan awal sebanyak 700,000 serta unjuran oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 630,000.

“Bagi tahun ini, kami menjangkakan pendapatan itu akan susut daripada asas yang tinggi akibat penyusutan jualan serta penilaian hadapan pada atau melebihi purata sebelum ini.

“Antara risiko penyusutan itu adalah disebabkan oleh tekanan makroekonomi berterusan yang boleh menjejaskan tempahan, kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan serta gangguan rantaian bekalan.

“Risiko peningkatan pula melibatkan tempahan lebih kukuh berbanding jangkaan serta pergerakan pertukaran asing yang menggalakkan,” katanya.

Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata TIV tertinggi pada 2022 itu dipacu terutamanya oleh Perodua yang mencatat TIV tertinggi sebanyak 282,029 unit (melonjak 48 peratus tahun ke tahun).

“Jenama utama lain masih kukuh pada 2022 walaupun tidak mencecah paras tertinggi masing-masing.

“Bagi tahun ini, kami menjangkakan TIV itu akan kekal tinggi pada 678,000 unit. Tidak mustahil TIV akan menguji semula kemampuan mencecah paras rekod berikutan tempahan tertunggak yang besar serta momentum tempahan baharu yang lebih kukuh,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Strategi Pasaran: Ketidaktentuan Dunia Menguntungkan Pasaran Pelaburan Yang Selamat

Nilai di ASEAN

Walaupun ramalan makroekonomi RHB optimis dan tahap kecairan dunia kukuh, faktor geopolitik tidak menentu dan kebimbangan akan gelembung kecerdasan buatan (AI) dan risiko-risiko pasaran kewangan AS menunjukkan pemindahan aset ke pasaran pelaburan selamat seperti Singapura diberikan penekanan lebih besar. Kami masih menyukai ekuiti Singapura kerana pertumbuhan perolehan bertahan, pulangan pemegang saham menarik dan sifat pasarannya yang selamat dan bertahan, namun pelabur harus mengambil pendekatan pemilihan saham lebih teliti, dan bukannya berdasarkan pendedahan indeks semata-mata.

Penilaian menarik sebagai prima facie untuk pasaran Indonesia mungkin memikat, tetapi pelabur mestilah berwaspada akan aspek kawal selia yang sering berubah-ubah, di samping risiko-risiko dasar. Kami terus melihat pasaran Malaysia sebagai sebuah pasaran perdagangan memandangkan ketahanan ekonomi yang baik dilemahkan oleh penilaian-penilaian saham yang premium.

Indonesia

Kami terus memandang baik akan pasaran ekuiti Indonesia meskipun persekitaran makroekonomi dan dasarnya lebih mencabar. Susulan penurunan mendadak pada 1H26, JCI kini diniagakan pada nilai antara paling menarik (-3SD daripada purata P/E lima tahun hadapan). Walaupun keadaan tidak menentu ini
mungkin berlarutan dalam jangka dekat, kami percaya ia menawarkan potensi pemulihan bermakna apabila keyakinan pelabur beransur-ansur naik. Kes asas sasaran JCI kami untuk akhir 2026 sebanyak 7,300 mata dibuat berdasarkan P/E FY26F 12.4x (-1SD daripada purata lima tahun), yang mencerminkan kerangka penilaian yang lebih konservatif dan premium risiko pasaran yang lebih tinggi.

Malaysia

Kami secara asasnya terus memberi pandangan membina dalam prospek ekuiti pasaran tanah air berpandukan andaian-andaian kes asas RHB. Sasaran akhir tahun 2026 kami untuk FBM KLCI terus berada pada paras 1,750 mata (EPS hadapan 15.5x). Melihat kepada faktor-faktor kekangan semasa yang ada bermakna potensi kenaikan mutlak akan terbatas, memandangkan prestasi pasaran terus terikat pada paras lingkungan tertentu. Asas-asas pasaran dan prestasi perolehan korporat akan menjadi faktor penentu utama kepada pertumbuhan pasaran ini.

Tahap kecairan kukuh dapat menawarkan sokongan apabila penurunan berlaku, sekali gus mewajarkan pendekatan pembelian saham semasa harga lemah yang dilindungi oleh sektor-sektor bertahan (tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, pengguna, REIT dan telekomunikasi). Sektor-sektor WAJARAN TINGGI lain termasuklah perbankan, minyak & gas (O&G), hartanah, pembinaan, bahan asas, teknologi dan pengangkutan. Perlu diingatkan bahawa portfolio pelaburan dijangka terus beralih kepada sahamsaham ketinggalan apabila pelabur mengamalkan pendekatan perdagangan taktikal.

Untuk Singapura

Ekuiti memasuki 3Q26 dengan penyertaan jumlah saham yang masih kecil setelah sektor perkhidmatan kewangan mengaut sebahagian besar keuntungan MSCI Singapura secara YTD. Prospek kami masih lagi optimis, namun menggemari strategi pemilihan saham secara teliti berbanding pendedahan indeks yang pasif, didorong oleh kes asas kami yang meramalkan gencatan senjata yang lama di Asia Barat, dasar Rizab Persekutuan AS (US Fed) yang tidak berubah, dan aliran kemasukan modal lebih kukuh pada 2026. Kami menjangkakan tarikan Singapura sebagai pasaran yang selamat akan menyokong kemasukan modal.

Kami juga menjangkakan momentum pertumbuhan perolehan akan berkembang di luar skop sektor perbankan, manakala REIT mendapat manfaat daripada kadar faedah lebih rendah. Tema-tema pelaburan terbaik kami ialah pulangan modal oleh pemain perkhidmatan kewangan, penerima manfaat AI, perlindungan daripada inflasi dan El Niño, tarikan Singapura sebagai pasaran selamat, dan REIT perindustrian dan pejabat terpilih, dengan memberikan keutamaan pada syarikat yang mempunyai perolehan bertahan, kuasa penetapan harga dan pulangan pemegang saham yang menarik.

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.