Volkswagen Malaysia perkenal Golf GTI Edition 50 eksklusif

Hot hatch dipertingkat

  • Harga cadangan RM267,990 bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP)
  • Dilengkapi secara eksklusif dengan kit badan Oettinger dan aksesori Edition 50 
  • Dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf di Malaysia

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model eksklusif Golf GTI Edition 50 yang ditawarkan pada harga cadangan (RRP) RM267,990. Harga RRP itu termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang memberikan pemilik dengan penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. 

GTI Edition 50 dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf. Jentera itu dilengkapi pelbagai aksesori yang merangkumi kit badan Oettinger, rim baharu, perumah cermin sisi berwarna hitam, emblem ekslusif Edition 50 dan kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan honeycomb signatur model GTI. 

Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan tint “Edition 50 VW” dan emblem “50” pada tiang B yang menunjukkan ini merupakan sebuah model edisi khas. 

Kit badan Oettinger terdiri daripada spoiler hadapan, spoiler belakang berwarna hitam dan peresap udara yang meningkatkan lagi gaya serta prestasinya. Selain memberi sentuhan berani terhadap gayaan luaran GTI Edition 50.

Ia dipasang dengan rim aloi ringan ‘Pretoria’ bersaiz 18” bersama kemasan hitam berkilat, penutup hub roda “GTI” Dynamic dan penutup injap aluminium VW Design. 

Ruang dalaman GTI Edition 50 menyerlahkan elemen yang membezakannya dengan GTI standard. Antaranya termasuklah emblem “50” pada bahagian tengah stereng multi-fungsi GTI yang sporty, plat sisi aluminium “Edition 50” dan karpet hadapan “Edition 50”. 

GTI Edition 50 didatangkan dalam dua warna iaitu Oryx White (putih) dan Moonstone Grey (kelabu).

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev nyata teruja untuk memperkenalkan GTI Edition 50 ke pasaran Malaysia. “GTI edisi khas ini menjadi bukti kejayaan ketika kami meraikan ulang-tahun Golf yang ke-50. GTI sememangnya sebuah model yang luar biasa. Justeru, naik taraf pada Edition 50 pastinya memberi sentuhan unik yang membuatkannya sebuah model collectible. Kami percaya bahawa Edition 50 akan menarik perhatian para peminat GTI yang mahukan sesuatu lebih istimewa.” 

A white car on a red carpetDescription automatically generated

Sama seperti GTI standard, Edition 50 menawarkan keterujaan dalam setiap pemanduan. Ini kerana ia dijana oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan klac basah 7-kelajuan berkuasa 245PS dan tork 370Nm. 

Ciri-ciri lain yang perlu diketengahkan ialah sistem bunyi premium Harman Kardon berkuasa 480watt dengan 10 unit pembesar suara. Ia dipadankan dengan sistem infohibur Discovery Media bersaiz 10 inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta kluster instrumen digital berukuran 10.25 inci. 

Aspek keselamatan disokong oleh teknologi IQ.DRIVE Volkswagen, di samping sistem bantuan pemandu termaju seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist dan Paparan Head-Up.  

GTI telah menawarkan pengalaman pemanduan yang sporty sejak diperkenalkan buat pertama kali pada acara Frankfurt Motor Show 1975. Selepas hampir lima dekad dan lapan generasi kemudian, nama GTI terus mengekalkan posisinya selaku hatchback paling diminati di seluruh dunia.  

GTI Edition 50 akan dipamerkan dalam acara Golf Fan Fest yang diadakan pada 24 Ogos 2024 bertempat di North Paddock Litar Antarabangsa Sepang. Ia juga boleh dilihat secara dekat di pengedar-pengedar Volkswagen bermula 17 Ogos 2024. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my. 

Previous ArticleNext Article

Dari Gaji Cukup-Cukup, Kini Ada Duit Lebih. Apa Yang Kita Buat Untuk Upgrade Hidup?

Masa mula-mula kerja dulu, gaji aku cukup-cukup makan. Beli barang murah, makan pun janji kenyang. Tapi bila kerjaya makin stabil, income pun naik sikit demi sikit.

Kat sinilah ramai orang mula terjebak bila gaji naik, tapi duit entah ke mana. Kereta tukar, baju penuh almari, makan luar setiap hari. Akhirnya, “duit lebih” tu tak pernah terasa.

Kita tak nak ulang silap itu. Jadi bila income naik, kita mula buat beberapa perubahan kecil yang akhirnya ubah hidup kita.

1. Pilih Kualiti, Bukan Kuantiti

Dulu baju cepat lusuh sebab beli yang murah. Sekarang beli sikit je, tapi jenama berkualiti. Tahan lama, nampak kemas. Sama juga dengan gadget tak perlu setiap tahun tukar, asalkan boleh pakai lama.

Hasilnya, jimat jangka panjang dan tak perlu shopping tanpa henti.

2. Jaga Badan Dengan Lebih Serius

Bila ada duit lebih, mula pilih makanan lebih sihat. Pergi gym, buat medical check-up tahunan. Memang nampak kecil, tapi tenaga itu lain macam.

Bila badan sihat, kerja juga lebih produktif.

3. Beli Balik Masa

Kerja makin sibuk, jadi kita upah cleaner seminggu sekali. Kadang groceries juga kita beli online. Masa yang kita jimat, kita guna untuk baca buku kewangan, rehat, atau luang masa dengan keluarga.

Duit boleh cari lagi, masa tak boleh beli balik.

4. Upgrade Tidur

Kita pernah sakit belakang sebab tilam lama. Jadi kita invest dalam tilam dan bantal yang betul-betul selesa. Hasilnya tidur lebih nyenyak, bangun pagi badan segar.

Tidur berkualiti maka fokus dan emosi stabil.

5. Labur Pada Pengalaman

Daripada asyik beli barang, guna duit itu untuk pergi melancong dan hadir seminar. Bukan saja dapat pengalaman baru, tapi dapat kenal orang baru yang akhirnya buka peluang bisnes.

Barang boleh hilang, tapi pengalaman kekal dan dapat tambah nilai diri.

6. Naikkan Level Kewangan

Mula diversify pelaburan sikit dalam simpanan kecemasan, sikit dalam saham, sikit dalam unit trust. Kita juga cari penasihat kewangan lebih berpengalaman.

Income naik, tapi kalau ilmu kewangan sama, kita akan stuck.

7. Tukar Circle Sosial

Kurang keluar dengan geng yang suka “burn duit” setiap hujung minggu. Sebaliknya join komuniti bisnes dan pelaburan. Energy mereka buat kita lebih fokus nak capai target besar.

Circle kita tentukan hala hidup kita.

8. Asah Skill Baru

Kita sedar dunia kerja cepat berubah. Jadi ambil kursus online, improve komunikasi dan leadership. Skill ini jadi “backup plan” bila industri berubah.

Ilmu dan skill tak pernah rugi.

9. Jaga Mental Dan Emosi

Luangkan sikit masa untuk therapy bila perlu dan mula ambil hobi macam hiking. Mental lebih tenang, keputusan kewangan pun lebih bijak.

Mental sihat maka hidup lebih seimbang.

10. Upgrade Rumah

Ubah sikit demi sikit, lighting lebih selesa, kerusi office ergonomic, ruang kerja lebih kemas.

Rumah yang tenang buat kita lebih fokus dan gembira.

Kesimpulannya bila income naik, sebenarnya itu peluang untuk naikkan standard hidup dari semua sudut kesihatan, kewangan, masa, circle, mentaliti.

Perubahan kecil yang aku buat ni beri impak besar. Bezanya, dulu kita cuma “nampak macam cukup”, sekarang kita betul-betul rasa hidup lebih berkualiti.