Nak Sewa Rumah Tanpa Deposit? Gunalah Apps Speedrent

Adakah anda seorang tuan rumah yang mahu menyewakan rumah anda? Atau anda seorang penyewa yang mahu mencari rumah untuk disewa?

Jom kita tengok apa kelebihan Speedrent, dan bagaimana ia boleh membantu anda.

Apa Itu Speedrent?

Speedrent merupakan aplikasi atas talian atau online platform yang menjadi penghubung di antara tuan rumah dan penyewa.

Laman Web

Facebook

Aplikasi Android

Aplikasi iOS

Yang menariknya, ia dibangunkan sendiri oleh anak tempatan yang bernama Wong Whei Meng. Pada awalnya beliau menggunakan modalnya sendiri untuk membangunkan perniagaan ini, dan terbaru Speedrent mendapat geran daripada Cradle berjumlah RM400,000.

Pada awalnya hanya ada 3 orang dalam syarikat, kini sudah berkembang kepada lebih 10 orang pekerja. Hebat usahawan muda  kita ini.

Sebagai seorang tuan rumah, apa yang kita inginkan daripada seorang penyewa adalah:

1. Duit sewa masuk setiap bulan tanpa sebarang kelewatan, ini kerana anda perlu bayar instalment kepada bank, cashflow positif atau tidak perkara lain.

2. Nak pastikan duit sewa masuk setiap bulan tanpa sebarang kelewatan, sudah pasti anda perlukan penyewa yang baik bukan? Bagaimana nak pastikan penyewa itu baik atau tidak?

Sebaliknya sebagai seorang penyewa, apa yang kita inginkan adalah:

1. Masuk rumah sewa tanpa deposit

2. Masuk rumah sewa dengan kadar segera

Speedrent dapat merasai kesukaran tuan rumah dan penyewa, maka Speedrent terbentuk bagi menyelesaikan masalah tersebut.

3 Sebab Tuan Rumah Perlu Guna Speedrent

1. Perlindungan insurans daripada Allianz General Insurance

Buat masa sekarang, jika penyewa lari pada bulan ke-6, anda hanya dapat lima bulan sewa, dan 2 bulan deposit serta 1 bulan duit api air. Maknanya anda dapat 2 bulan lebih menjadikannya 8 bulan.

Tetapi dengan Speedrent, jika penyewa lari pada bulan ke-6; tuan rumah tetap dapat 6 bulan sewa. Kemudiannya beliau akan dapat lagi 2 bulan jaminan sewa daripada insurans beserta RM15,000 dan RM1,000 sebagai manfaat kesulitan. Maka secara keseluruhannya, beliau akan dapat 9-10 bulan sewa.

2. Pemeriksaan latarbelakang penyewa menggunakan CCRIS

Bagaimana nak membezakan penyewa yang baik dengan yang tidak baik? Adakah penyewa yang berkeluarga lebih baik daripada yang tinggal bujang? Penyewa lelaki ke perempuan lebih baik?

Apa kata anda jadi seperti pihak bank, sebelum ‘melepaskan’ rumah anda kepada penyewa; periksa dulu skor mereka menggunakan CCRIS. Kalau skor mereka bagus, barulah kita bagi mereka sewa. Peluang untuk mereka tidak membayar sewa atau lari sebelum habis kontrak lebih rendah.

3. Kutipan sewa secara automatik

Walaupan dengan adanya kemudahan pembayaran sewa melalui online transfer, bagaimana jika penyewa mahu beri cash kepada anda secara face-to-face? Maka setiap bulan jugalah, anda perlu melawat penyewa untuk mengutip sewa.

Speedrent mengutip sewa bagi pihak anda, dan kemudian menyalurkan ke akaun bank anda tanpa gagal. Dan kalau penyewa lewat bayar untuk bulan tersebut, anda tak perlu follow-up dengan penyewa bertanyakan hal sewa. Speedrent akan menghubungi penyewa bagi pihak anda juga!

3 Sebab Penyewa Perlu Guna Speedrent

1. Sewa rumah tanpa deposit

Kalau sebelum ini, anda sebagai penyewa perlu menyediakan 2 bulan deposit + 1 bulan sewa bulan pertama + 1 bulan duit api air = menjadikannya 4 bulan deposit sebelum anda dapat kunci.

Dengan Speedrent, anda hanya perlu menyediakan 2 bulan sewa, iaitu sewa bulan pertama dan sewa bulan terakhir. Tiada deposit dikenakan, dan anda dapat jimat sehingga 50% untuk masuk ke rumah sewa anda.

2. Proses tanpa kertas

Tak perlu lagi anda tandatangan pada Tenancy Agreement, kemudian perlu dimatikan setem di LHDN yang agak menyukarkan.

Kini semuanya dilakukan secara online dengan Speedrent. Cepat, mudah dan berkesan.

3. Bayaran sewa secara automatik

Kini anda perlu bayar secara online, guna kad kredit pun boleh untuk bayar sewa. Tak perlu lagi keluarkan cash dan berjumpa dengan tuan rumah untuk bayar setiap bulan. Mudah bukan?

Speedrent – Platform Sewa Rumah Yang Menguntungkan Tuan Rumah & Penyewa

Dengan lebih daripada 100,000 muat turun aplikasi Speedrent, lebih daripada 25,000 unit rumah untuk disewa, dan lebih daripada 200 pertanyaan setiap hari; menjadikan Speedrent platform sewa rumah nombor 1 di Malaysia.

Bagi tuan rumah, sewa rumah anda dengan Speedrent hari ini tanpa sebarang kerisauan.

Bagi penyewa, masuk rumah sewa anda dengan cepat dan tanpa deposit hari ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman