8 Tips Didik Anak Mengenai Hartanah

Penglibatan orang Melayu dalam bidang kewangan dan hartanah agak rendah memandangkan orang terdahulu lebih suka jika anak-anak mereka mempunyai pekerjaan tetap dalam perkhidmatan awam.

Tetapi tidak bagi ibu bapa Ainal Maryam, seorang Real Estate Agent muda yang telah berjaya menggondol anugerah Rising Star Negotiator.

Bermula Pada Usia Seawal Mungkin

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Tidak dinafikan tanpa pendedahan ibu papa, saya tidak akan terfikir untuk menceburi bidang ini. Berikut adalah tips-tips yang dipraktikkan oleh mama & papa saya untuk mendedahkan saya dalam bidang hartanah pada usia yang sangat muda:

1. Pelajaran

Selain penekanan ilmu agama, Mama & Papa saya sentiasa menitik beratkan pelajaran anak mereka. Macam-macam mereka masukkan saya: drawing class, computer class, English class, speech class, tae kwan do, mengaji dan juga tuition. Mereka kalau boleh nak saya explore banyak bidang.

Pengajaran : Asah bakat anak dan bagi anak terdedah dengan dunia luar untuk build self esteem dan confidence. Bila anak interaksi dengan rakan sebayanya, secara tidak langsung mereka akan belajar soft and communication skills.

2. Persekitaran

Disebabkan jadual saya yang sangat padat dengan pelbagai kelas tersebut, saya hanya dapat pulang ke rumah pada pukul 10 malam, iaitu selepas habis tuition. Tempat transit saya antara sekolah rendah – sekolah agama – tuition adalah di pejabat mereka. Saya makan, mandi dan power nap di pejabat mereka.

Pengajaran : Saya didedahkan dengan persekitaran kerja di pejabat dan diasuh untuk tahan & bersabar dengan kepenatan.

3. Pendedahan

Papa dan Mama selalu membawa saya ikut mereka bekerja dan berjumpa pemaju / lawyers / bankers / clients. Selain itu, mereka selalu angkut saya pergi bank / pejabat pemaju / show gallery / launching event dan juga site office. Mama akan sediakan ’nenen’ (susu) supaya saya tidak merengek. Yea lah, masa zaman 90an mana ada iPad atau iPhone lagi.. hehe.

Pengajaran: Dari situ saya perhati cara mereka berintaksi dan negotiate. Dari sini lah saya didedahkan dengan terma-terma hartanah pada umur yang sangat muda.

4. Asah Pengetahuan Am

Papa suka berborak dengan saya topik yang sangat berat untuk saya hadam di waktu itu (9-15 tahun) iaitu topik ekonomi dan pembangunan. Masa tu rasa bosan yang teramat kena dengar ‘cerita’ Papa.

Pengajaran: Walaupun topik boring, bagus untuk general knowledge anak-anak. Sebagai tips, buka topic ni masa dalam kereta. Nak tak nak, anak ’terpaksa’ dengar. Hehe.

5. Money Management

Selain itu, Papa memang mengajar menabung dari kecil. Papa akan bagi allowance seminggu dan ajar set target berapa boleh belanja dan berapa untuk simpan. Akhir tahun, Mama bawak pergi bank untuk simpan duit. Mama akan tunjuk buku bank dan terangkan satu per satu duit yang ada dalam bank dan dividend yg dapat.

Pengajaran: Didik anak money management pada usia yang muda. Pengurusan kewangan sangatlah penting dalam property investment.

6. Time Management

Papa selalu suruh buat jadual harian yang komprehensif dan lekat dekat dinding untuk semua nampak. Masa tu rasa terkongkong sangat sebab hidup diatur setiap minit.
Pengajaran: Dalam property industry, time management dan strategy adalah penting.

7. Property Investment – Rental

Papa dan Mama selalu bawak saya untuk bersih dan furnish kan rumah mereka yang untuk disewa. Dan apabila tenant nak masuk unit untuk disewakan itu, Papa & Mama bawa saya sekali.

Pengajaran : Belajar skill interior design. Selain itu mereka mengajar saya tentang investment in property untuk mendapat rental income. Mereka menerangkan kepada saya dengan bahasa yang senang untuk saya fahami. Kita (owner) kena bayar duit dekat bank sebab kita pinjam duit bank untuk beli rumah. Tapi bila ada tenant yang duduk rumah sawa tu, mereka yang tolong bayarkan untuk kita (owner).

8. Memperluaskan Kosa Kata Hartanah

Bila jalan-jalan ke sebuah kejiranan, ajar anak jenis-jenis hartanah serta sifat mereka. Antara category adalah: jenis rumah / fasiliti / dll. Bila kita mengajar tentang jenis jenis hartanah, kosa kata anak-anak akan lagi luas.

i. Contoh Jenis Hartanah:

Bungalow, Semi-D, Corner Lot, End lot, Zero Lot, Town House, Terrace House, Service Residence, Office Tower, Duplex, Penthouse, Shopping Mall, dan lain-lain. Tapi ingat, terangkan dgn ayat paling simple. Contoh: Semi-D – rumah yang cantum di tengah.

ii. Contoh Fasiliti:

Guard house, swimming pool, infinity pool, wadding pool, gym, jacuzzi, hammock, gazebo, dll.

iii. Lain-Lain

Cul de-sac, ingress, egress, living room, master bedroom, pantry, car porch, basement dll.

Sebagai konklusi, ibu bapa boleh menanam rasa minat terhadap hartanah sewaktu anak masih kecil. Paling penting, gunalah bahasa yang senang untuk anak kecil faham. Terapkan pendidikan tidak formal ini dalam suasana yang ceria, anak pun tidak akan perasan yang mereka sedang belajar.

Kredit: Ainal Maryam

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian