9 Tips Pengubahsuaian Untuk Tingkatkan Nilai Hartanah Anda

Jika anda sedang dalam mood untuk jual rumah anda, ketahuilah ada banyak teknik untuk tingkatkan nilai hartanah sebelum anda menjualnya.

Teknik ini digunakan pelabur hartanah dalam dan luar negara yang dapat meningkatkan nilai hartanah mereka sehingga 30% berbanding jiran mereka.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan kompilasi 9 pengubahsuaian yang paling popular untuk tingkatkan nilai rumah.

Seperti yang kita semua tahu, nilai semasa market value (MV) sangat penting untuk anda ada margin keuntungan bila jual rumah.

Dan sejak kebelakangan ini, pasaran hartanah sekunder (subsales) juga semakin baik dan menunjukkan perkembangan yang positif semenjak awal tahun 2022.

Jom kita lihat semua teknik ini.

1. Ubahsuai Dapur

Dapur adalah fokus utama sesebuah rumah kerana disinilah kasih sayang dibentuk setiap hari.

Dapur adalah ‘aurat’ sesebuah rumah dan menjadi tempat berkumpul semua ahli keluarga.

Makanya, apa yang anda perlu buat adalah menambah kabinet dapur jenis melekat sebagai kompartmen tambahan untuk menyimpan barang.

Kedua, anda boleh tambah keluasan rumah dengan memanjangkan dapur. Teknik ini hanya sesuai untuk rumah landed.

Dan terakhir, anda boleh naik taraf peralatan memasak daripada manual kepada elektrik.

Kurang lebih, anda boleh naikkan sekitar 10% – 15% nilai hartanah dengan membuat pengubahsuaian dapur.

2. Ubah Tandas

Jika tandas rumah anda sekarang adalah tandas jenis cangkung, sebaiknya tukar kepada tandas duduk yang jauh lebih baik, selamat dan selesa.

Seterusnya, gantikan sinki lama dengan sinki seramik yang lebih moden. Jangan lupa untuk berikan pengalaman mandi yang luar biasa dengan menambah water heater shower dan menggunakan rain shower yang lebih besar.

Tapi, semua pengalaman itu hanya boleh dinikmati jika tekanan air di rumah anda adalah tinggi dan stabil.

Akhir sekali, baiki paip yang rosak dan bumbung tandas jika bocor. Rumah landed dan kos rendah biasanya mengalami masalah bumbung tandas bocor kerana tangki air diletakkan betul-betul pada bumbung tandas. Sekurang-kurangnya, nilai hartanah anda boleh naik 3% – 5% dengan membuat pembaikan, pemasangan alat elektrik dan pengubahsuaian di tandas.

3. Depan Rumah

Depan rumah adalah first impression setiap orang yang melalui rumah anda apatah lagi buat bakal pembeli rumah anda.

Apa yang anda boleh lakukan adalah :-

  • Kosmetik
  • Sistem Sekuriti

Untuk kosmetik, anda boleh gunakan jubin pada lantai depan rumah sesuai mengikut keluasan rumah anda sahaja. Anda dilarang meletakkan jubin melebihi keluasan rumah anda kerana tanah tersebut berkemungkinan hak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Untuk sistem sekuriti, anda boleh pasang CCTV dengan motion sensor dan lampu di depan rumah dengan fungsi motion sensor lights.

4. Landskap Halaman Rumah

Rumah landed yang mempunyai landskap akan lebih menarik minat pembeli rumah yang berkeluarga kerana aktiviti berkebun dilihat sebagai aktiviti berkeluarga yang paling ideal bukan sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar.

Anda boleh tanam pelbagai jenis pokok bunga untuk menceriakan suasana rumah dengan mencipta landskap.

Seterusnya, anda boleh juga laburkan sedikit modal dengan membina kolam ikan dan air pancut.

5. Dinding Rumah

Sebaiknya, gantikan cat rumah sedia ada dengan cat yang lebih berkualiti, anti kulat dan tidak berbau. Cat yang berkualiti tinggi mampu bertahan sekurang-kurangnya 10 tahun.

Gunakan warna cat yang realistik dan neutral seperti putih berbanding merah jambu dan jingga.

Buat pemeriksaan pada dinding luar rumah juga untuk memastikan tiada gelembung air pada dinding rumah. Jika ada, ini merupakan tanda air dari bumbung telah meresap ke dalam dinding rumah.

Kesannya, air itu tidak mampu keluar dan menyebabkan dinding rumah merekah.

6. Wayar Elektrik & Paip

Rumah yang sudah melebihi 15 tahun biasanya akan mengalami masalah wayar dan soket elektrik. Gantikan wayar,soket dan suis yang baru.

Anda boleh juga menggunakan plug USB kerana hari ini, plug USB adalah lebih mesra pengguna.

Seterusnya, semak stopcock dan w-closet paip air dan gantikan dengan yang lebih baik dan baru jika sudah berkarat dan bocor.

7. Kabinet Dapur & Bilik

Untuk kosmetik dapur dan kamar, triknya adalah untuk menggunakan kabinet jenis melekat yang eksklusif dengan pilihan tema & warna yang minimalist dan terang.

8. Konsep : Smart Home

Konsep rumah jenis Smart Home yang dikuasakan peranti elektronik semakin mendapat sambutan di Malaysia.

Sungguhpun kosnya agak keras untuk dipasang di seluruh rumah, anda sebenarnya bakal memberikan satu pengalaman yang luar biasa kepada pembeli kelak.

9. Pintu & Pagar Rumah

Daripada anda cat semula pagar rumah yang lama, ada baiknya anda gunakan pagar automatik yang lebih mesra pengguna dan selamat untuk pemilik baru.

Untuk tambahan keselamatan, anda boleh gunakan pagar automatik dengan fungsi penggera.

Seterusnya, tukar daun pintu utama rumah yang lama kepada daun pintu yang lebih elegan. Pastikan daun pintu utama rumah mempunyai ruangan yang cukup untuk air keluar.

Teknik yang dikongsikan adalah tips yang dikongsikan pelabur hartanah luar dan dalam negara. Nilai peningkatan nilai hartanah adalah anggaran dan mungkin berbeza mengikut jenis hartanah dan lokasi.

Jika anda fokus pada pengubahsuaian dalaman rumah, anda tidak perlu mohon kebenaran Majlis Perbandaran. Melainkan pengubahsuaian luar rumah, anda perlu memohon kebenaran daripada Majlis Perbandaran.

Paling senang, rujuk ejen hartanah untuk dapatkan nasihat sebelum rumah jual anda.

Jom tambah ilmu lagi:

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.