Penyewaan Rumah Kini Lebih Mudah dengan Speedrent

2019 adalah merupakan tahun platform penyewaan rumah automatik, menurut CEO Speedrent.

Adam ingin menyewakan rumah keduanya, sebuah kondominium di kawasan bandar dan Adam memerlukan agensi yang boleh dipercayai. Mengenang kembali masalah-masalah yang dihadapi sebelum ini apabila Adam membayar agen dengan kadar yang tinggi untuk hasil yang tidak memberangsangkan, Adam membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baharu; Speedrent.

Memudahkan Tuan Rumah dan Penyewa Dengan Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Adam mempelajari bahawa melalui Speedrent penyewa disambungkan terus kepada tuan rumah. Akan tetapi Speedrent berbeza daripada agen-agen yang sedia di pasaran, kerana Speedrent mengatur pertemuan di antara  penyewa dan tuan rumah untuk pemeriksaan rumah, penandatanganan kontrak secara digital dan peringatan pembayaran sewa untuk pihak tuan rumah tanpa perlunya penyewa membuat bayaran deposit.

Adam hanya perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi Speedrent, muat naik foto kondominium yang ingin disewakan dan memberi peluang untuk bakal penyewa memeriksa kondisi kondominiumnya.

Speedrent yang beroperasi sejak hujung tahun 2015, memberi tumpuan kepada pasaran penyewaan rumah di Malaysia. CEO, Wong Whei Meng menyuarakan bahawa syarikat beliau ditubuhkan atas dasar tiada perhatian diberi kepada pasaran tersebut.

Ramai Fokus Kepada Jual Rumah, Tetapi Bukan Untuk Sewa Rumah

“Banyak laman sesawang yang menawar platform jualan hartanah, tetapi tiada yang meghkususkan kepada penyewaan. “Transaksi jualan hanya berlaku sekali, tetapi penyewaan ialah sesuatu proses yang berulang kali” kata beliau.

Wong berkata, perniagaan beliau kini lebih meyakinkan, dengan peningkatan yang mencecah sebanyak 200% daripada bulan Mac hingga November sahaja pada tahun lepas.

“Kami mensasarkan pertumbuhan sebanyak 400% dan kami percaya ia boleh dicapai. Kami telah dapati bahawa 5%-7% kadar kejayaan apabila menyewakan rumah, bergantung kepada kadar harga, kawasan dan kualiti rumah tersebut” kata Wong.

Untuk mencapai matlamat pembangunan tiga kali ganda untuk tahun 2019, syarikatnya akan mengadakan pengumpulan dana dari orang ramai di atas talian pada December 2018.

Guna Cara ‘Crowd Funding’ Untuk Kumpul Dana

“Dengan busines yang kian membesar, kami memerlukan automasi dan teknologi yang berperingkat lebih tinggi untuk menyokong platform tersebut. “Dengan itu, kami telah memilih untuk mengumpul dana dan melabur ke dalam Artificial Intelligence (AI) dan juga kepada pemasaran” kata beliau.

Wong berhajat untuk mengumpul sebanyak  RM3 juta, dan proses tersebut akan berlangsung selama sebulan.

“Daripada dana tersebut 20% akan dilaburkan kepada  penyelidikan dan pembangunan (R&D), manakala 50% akan digunakan sebagai kos pemasaran dan selebihnya digunakan sebagai kos operasi. “Kami telah menerima tindak balas sangat menggembirakan, kami telah menjangkau sasaran melebihi RM3 juta, kami bercadang untuk menjadi lebih selektif dengan pemilihan pelabur kami.” Katanya.

Ianya bukan kali pertama Speedrent memilih untuk mengumpul dana dari orang ramai. Sebelum ini pun, platform tersebut telah meraih RM400,000 dalam masa seminggu pada Mac 2018, dan ia telah dilaksanakan oleh pelanggan Speedrent yang terdiri daripada tuan-tuan rumah mereka.

Kembangkan Syarikat Dengan Mengambil Lebih Ramai Pekerja

Wong juga menyatakan hastranya untuk menambah bilangan pekerja Speedrent. Kini mereka mempunyai 22 kakitangan, dan bilangan yang ideal adalah seramai 50 orang. “Dengan menambah bilangan pekerja dan memberi ruang untuk mereka mengusahakan pembelajaran mesin dan automasi, ia akan membantu meringkaskan proses untuk pelanggan kami”, kata Wong.

2019 dijangka untuk menjadi tahun yang penting untuk platform automatik. Wong juga mempunyai rancangan untuk menembusi pasaran bilik sewa, di mana model yang sama digunakan seperti penyewaan rumah akan digunakan.

“Kami telah menjalankan soal selidik kepada tuan rumah dan mengaji reaksi mereka terhadap konsep penyewaan bilik. “Didapati 70% tuan rumah beranggapan bahawa ia menjadi masalah untuk menyewakan bilik kerana pengutipan bulanan, pembahagian bil utiliti dan sebagainya. Mereka sebulat suara menunjukan minat kepada idea tersebut, jika masalah yang dinyatakan dapat diselesaikan.” ujar Wong.

Anak Muda Memilih Untuk Sewa Bilik dan Tinggal di ‘Non-Landed’

Wong turut menyuarakan keadaan pasaran penyewaan, kondominium dan flat kian menjadi pilihan kerana ia mempunyai banyak kemudahan. “Kebanyakan rumah teres mempunyai kawasan taman yang memerlukan jagaan rapi. Justeru itu ia tidak digemari oleh golongan anak muda  yang tidak mempunyai masa terluang untuk penyelenggaraan tanaman”. kata Wong.

Selain daripada itu, Speedrent bercadang untuk menaik taraf penyelenggaraan, di mana penyewa boleh menyuarakan aduan terhadap sebarang kerosakan terhadap rumah mereka.

Oleh kerana segala komunikasi antara penyewa rumah dan tuan rumah dijalankan menerusi aplikasi Speedrent, Wong berharap agar ruang aduan dapat ditubuhkan yang membolehkan penyewa menyatakan kerosakan kepada tuan rumah dan tindakan dapat dibuat oleh tuan rumah dengan kadar segera.

Rumah Dibaiki Segera, Penyewa dan Tuan Rumah Gembira

“Jika pemilik rumah dapat memberikan jumlah anggaran untuk kos pembaikan kerosakan, kami akan mengaturkan pembaik pulihan dan kedua penyewa dan tuan rumah tidak perlu bimbang” katanya. Wong mengatakan bahawa peluang ini akan membolehkan mereka untuk bekerjasama dengan pekerja mahir seperti tukang paip atau kontraktor am.

“Ciri terbaru ini akan berlangsung dalam separuh kedua tahun 2019. Pelancaran akan dilakukan oleh Kaodim, dan syarikat tersebut akan menyediakan tenaga mahir” tambahan Wong.

Untuk melindungi tuan rumah daripada penyewa yang tidak boleh dipercayai, Wong menyuarakan bahawa syarikatnya mempunyai polisi yang tegas.

Penyewa Perlu Lulus Kredit Skor Mereka

Speedrent kini berganding bahu dengan dua agensi penarafan kredit, iaitu CTOS Data Systems Sdn Bhd dan RAM Credit Information Sdn Bhd yang diamanahkan untuk memastikan penyewa mencapai kriteria skor kredit yang ditetapkan.

“Kami mempunyai piawaian yang ketat. Kami telah menolak kira-kira 60% pemohonan untuk menyewa disebabkan pemarkahan kredit yang kurang kukuh” kata Wong.

Tambah Wong, pendapatan Speedrent diperolehi daripada penjualan insurans kepada tuan-tuan rumah. Pembelian insurans ini adalah prasyarat untuk bakal tuan rumah Speedrent.

“Kami tidak memperoleh apa-apa keuntungan daripada sewa bulanan pelanggan kami, sebaliknya kami adalah sebuah agen insurans berlesen yang telah membina platform sewa untuk tujuan menjual insurans.” kata Wong.

Insurans rumah akan merangkumi kerugian sebanyak RM26,000 bagi keseluruhan tempoh penyewaan, iaitu biasanya selama setahun.

Wong menegaskan “Speedrent tidak mendapat komisen bulanan kerana kami bukanlah ejen hartanah berlesen. Keuntungan kami hanya diraih melalui penjualan insurans” kata Wong.

Mengenai Speedrent



Speedrent adalah platform penyewaan rumah yang cepat dan selamat yang menghubungkan tuan rumah dan penyewa secara langsung. Dengan lebih pilihan daripada 30,000 rumah di seluruh Malaysia, Speedrent mempunyai matlamat untuk memperbaiki proses sewa dengan skim 'No Deposit' untuk penyewa dan insurans perlindungan rumah sebanyak RM26,000 yang disediakan oleh Allianz untuk tuan-tuan tanah. Ketahui lebih lanjut di www.speedrent.com atau hubungi kami di 018-7777650.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian