Asyik Sebut Robert Kiyosaki, Tapi Tak Ramai Yang Kenal Pakar Pelaburan Ini

Internet, Facebook, Buku Motivasi dan kebanyakan medium pun pasti menyebut nama yang sinonim dalam perniagaan iaitu Robert Kiyosaki.  Meskipun banyak tips, panduan atau informasi yang diajarkan oleh lelaki Amerika Syarikat ini, masih tak ramai yang tahu siapa beliau sebenarnya.

Seringkali kita mendengar namanya sebagai penulis buku itu dan ini. Ya, Robert Kiyosaki adalah penulis buku dan pakar pencemarah motivasi yang asalnya adalah seorang usahawan dan pakar pelaburan. 

Semuanya buku best-seller dan menjadi rujukan kebanyakan speaker dalam kelas atau seminar. Sememangnya buku beliau menjadi makanan bagi para usahawan, ahli perniagaan, para pelabur dan ramai lagi komuniti seluruh dunia.

Antara Buku Yang Diterbitkan Robert Kiyosaki

Terdapat banyak buku hasil Robert Kiyosaki yang popular dan laku keras dijual di Malaysia. Pergilah ke mana sahaja Popular atau Pusat Jualan Buku, kebanyakannya pasti ada buku beliau. 

15 buah buku telah beliau terbitkan dan jumlah jualan keseluruhannya adalah lebih daripada 26 juta buah buku.

Di antara 10 buah buku yang tersenarai tarlaris di The Wall Street Journal, USA Today dan the New York Times adalah buku Rich Dad Poor Dad, Rich Dad’s CASHFLOW Quadrant dan Rich Dad’s Guide to Investing.

Ringkasan Perjalanan Kehidupan Robert Kiyosaki

Mesti tak ramai yang tahu asal-usul Robert Kiyosaki ni kan? Beliau berketurunan Jepun-Amerika tetapi lahir dan dibesarkan di Hawaii.  Ayahnya Ralph H. Kiyosaki adalah seorang pendidik.

Robert Kiyosaki juga mendapat pendidikan yang setimpal dengan didikan keluarganya. Beliau adalah graduan dari Hilo High School, US Merchant Marine Academy New York dan pernah berkhidmat di Korps Marinir sebagai pilot helikopter tempur ketika Perang vietnam. Beliau pernah mendapat anugerah Medali Angkatan Udara.

Selepas keluar daripada Korps Marinir, Robert Kiyosaki bekerja sebagai jurujual mesin fotokopi Xerox Corporation. Seterusnya pada tahun 1977, beliau membuka perniagaan sendiri iaitu menjual dompet “surfer” buatan nilon dan Velcro namun akhirnya jatuh muflis.

3 tahun selepas itu, Robert menjual T-shirt khas untuk kumpulan rock dan heavy metal pula. Semuanya dijadikan sebagai pengalaman hidup dan kerjaya untuk bermula. 

Akhirnya beliau menubuhkan CASHFLOW Technologies Inc sekitar tahun 1996-1997. CASHFLOW Technologies banyak memberi manfaat kepada orang ramai tentang kemudahan dan ilmu berkaitan cash flow, pelaburan, perniagaan, pendapatan pasif dan lain-lain lagi.

Kerjaya Sebati Bersama Ilmu Pendapatan Pasif

Seluruh kehidupan Robert Kiyosaki adalah berdasarkan ilmu yang sarat di dada. Segala amalan dan ilmu berkaitan pendapatan pasif dikongsi bersama sehingga tahap keberkesanannya adalah terbukti. Beliau aktif memberi ceramah dan menulis bagi mendedahkan ilmu mendapatan pasif dan pelaburan kepada orang ramai.

Menurutnya juga, untuk mendapatkan kebebasan kewangan, kita harus menjadi pemilik bisnes atau pelabur, barulah kita bakal kecapi pendapatan pasif!

Marilah kita bersama-sama menuju ke arah tersebut, semoga dipermudahkan semua urusan.

Sumber Rujukan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peniagawati Mengumumkan Majlis Minum Petang DiRaja 2026 Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45

KUALA LUMPUR, 26 November Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), persatuan usahawan wanita Bumiputera premier di Malaysia, hari ini mengadakan sidang media di Pavilion Peniagawati, Dewan 3, Aras 1, MITEC Kuala Lumpur bagi memperkenalkan acara Majlis Minum Petang DiRaja 2026 sempena ulang tahun ke-45 persatuan.

Majlis berprestij ini akan dihadiri oleh dua Tetamu Kehormat DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, dan DYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Majlis Minum Petang DiRaja dijangka menghimpunkan kira-kira 400 tetamu, termasuk ahli, rakan kerjasama, dan tetamu kehormat.

Sejak 1980, Peniagawati menjadi tulang belakang kepada pembangunan usahawan wanita Bumiputera. Ulang tahun ke-45 ini menandakan komitmen baharu untuk memperkasakan wanita melalui program pembangunan kapasiti denagan adanya lima zon Chapter baru, rangkaian strategik, dan pengukuhan organisasi di bawah kepimpinan Presiden Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein.

Peniagawati turut mengumumkan pelancaran lima zon Chapter-Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta kemas kini kepada Perlembagaan Peniagawati bagi memperkukuh tadbir urus, operasi Chapter, dan sokongan kepada ahli.

Antara acara utama ialah pengumuman Logo Rasmi Ulang Tahun Ke-45 yang dipilih daripada penyertaan seluruh negara, membawa simbolik kepada perpaduan, kemajuan dan semangat wanita Peniagawati.
Maklumat lanjut mengenai Majlis Minum Petang DiRaja 2026 termasuk tiket dan penajaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.