6 Tips Pelaburan Jangka Masa Pendek Dari Michael Steinhardt

Tidak ramai yang kenal nama Michael Steinhardt, tetapi beliau merupakan seoang lagenda pelaburan. Dana miliknya, Steinhardt Partners mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan di mana ia telah mencatatkan pulangan tahunan sekitar 24% bagi tempoh 28 tahun.

Beliau telah menumpukan strategi dengan fokus kepada aset makro yang merangkumi saham, bon, opsyen, dan mata wang.

Berikut merupakan 6 tips pelaburan jangka masa pendek dari Michael Steinhardt.

1. Lakukan Semua Kesalahan Di Awal Kehidupan

Michael Steinhardt mengatakan bahawa semakin sukar pelajaran yang kita pelajari pada awalnya, semakin sedikit kesilapan yang kita mungkin akan lakukan di kemudian hari.

Kesalahan umum kebanyakan pelabur muda adalah terlalu percaya dengan broker, penganalisis dan mereka yang berusaha untuk menjual saham buruk mereka.

2. Melakukan Sesuatu Yang Kita Gemari

Dengan cara ini, kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kepada perkara yang penting. Malah, lebih mudah untuk kita kecapi kejayaan dalam jangka masa panjang.

Ianya dapat memupuk sikap pandai menguruskan masa dalam melakukan perkara yang lebih berfaedah.

3. Bersaing Secara Intelektual

Terapkan sikap bersaing secara intelektual dalam urusan pelaburan kita. Buat kajian berterusan mengenai sesuatu yang boleh mendatangkan wang kepada kita.

Caranya adalah dengan sentiasa mencari ilmu bagi meningkatkan tahap kewangan peribadi. Kita akan rasa perubahan besar berlaku dalam kehidupan.

4. Buat Keputusan Bijak Walaupun Maklumat Tidak Lengkap

Michael Steinhardt pernah mengatakan bahawa pelabur tidak memiliki semua data yang diperlukan sebelum mereka meletakkan risiko terhadap wang milik mereka. Kemungkinan maklumat yang kita terima adalah tidak lengkap tetapi kita harus gunakan apa yang kita ada.

Pastikan kita benar-benar fokus kepada fakta dan maklumat yang paling penting dalam membuat sesuatu pelaburan.

5. Sentiasa Percaya Gerak Hati

Bagi Michael Steinhardt, gerak hati atau intuisi lebih daripada sekadar firasat. Gerrak hati ibarat supercomputer yang tersembunyi di dalam minda bahkan kita sendiri tidak menyedarinya. Ini dapat membantu kita melakukan perkara yang betul pada waktu yang tepat.

Sebenarnya, kita akan merasai pengalaman perdagangan serta berpeluang mengasah gerak hati ini dari semasa ke semasa sehinggakan segala masalah dapat dielakkan. Oleh itu, percayalah gerak hati kita dalam membuat keputusan.

6. Elakkan Melakukan Pelaburan Kecil

Sebenarnya, kita mempunyai banyak masa dan tenaga. Jadi sekiranya kita melakukan pelaburan kecil, pastinya ia akan merugikan masa kita.

Apabila kita ingin membuat pelaburan, pastikan ganjaran dan pulangannya adalah tinggi dan berbaloi kepada masa, tenaga dan wang yang akan kita habiskan terhadapnya.

Belajar sesuatu daripada tips pelaburan jangka masa pendek yang dikongsikan oleh Michael Steinhardt ini? Seorang pelabur yang bijak akan selalu belajar daripada kesilapan dan memperbaiki kelemahan mereka untuk menjadi lebih berjaya.

Sumber Rujukan:

  1. https://investor.my/6-pelabur-dunia-disegani-dalam-dunia-pelaburan/
  2. https://www.pragcap.com/6-rules-by-michael-steinhardt/
  3. https://acquirersmultiple.com/2017/10/michael-steinhardt-being-contrarian-is-not-enough-you-have-to-be-right/
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.