4% Agihan Dividen Patuh Syariah untuk Akaun SSPN-i

Dividen SSPN-i/SSPN-i Plus

“PENGAGIHAN DIVIDEN PENDEPOSIT
SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL TAHUN 2016 SEBANYAK 4%”

PTPTN telah mengadakan pengumuman dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi Tahun 2016 iaitu meliputi dua skim simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus pada 13 Februari 2017 (Isnin) bertempat di Menara PTPTN.

Pengumuman dibuat oleh YB. Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Pengerusi PTPTN dan turut dihadiri YBrs. Encik Wan Ahmad bin Wan Yusoff, Ketua Eksekutif PTPTN serta Pengurusan Tertinggi PTPTN.

Kadar dividen SSPN-i/SSPN-i Plus bagi tahun 2016 yang diumumkan adalah sebanyak 4%. Kadar 4% dividen SSPN-i/SSPN-i Plus tahun 2016 ini adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.

Agihan dividen dijangka dikreditkan kepada akaun pendeposit pada bulan ini. Teruskan penabungan di dalam SSPN-i/SSPN-i Plus demi masa hadapan yang terjamin. Amalkan budaya menabung sejak anak dari kecil lagi.

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!

Sumber : Facebook PTPTN

 

Ketahui kelebihan SSPN-i Plus di sini : Tabung Pendidikan Ke Perlindungan Takaful? Kenapa Tidak Kedua-duanya Sekali?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Rentak Menurun Kembali Rancak

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang hebat pada Khamis apabila jatuh MYR76 untuk ditutup lebih rendah pada harga MYR4,557. Pada awalnya, komoditi ini memulakan sesi dagangan pada paras MYR4,624. Selepas merekodkan paras tertinggi sesi hari tersebut pada MYR4,630, ia terjerumus ke paras terendah intrahari bernilai MYR4,520 dan menutup dagangan pada MYR4,558 dengan corak lilin menurun. Pergerakan harga semasa yang negatif menunjukkan momentum negatif semakin menguat susulan penolakan yang berlaku pada paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya momentum menurun berterusan, komoditi ini mungkin akan bergerak lebih rendah untuk menguji paras MYR4,500. Dalam keadaan pasaran menurun, kami menjangkakan paras sokongan menjadi lemah. Pergerakan harga yang menembusi paras sokongan terdekat akan menjejaskan lagi sentimen pasaran dan mendorong harga untuk menurun lebih rendah ke arah paras sokongan berikutnya pada MYR4,390. Setelah memerhati pergerakan harga semasa, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,390. Paras rintangan pertama pula kini berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,840.