Emas Fizikal vs Emas Digital – Mana Lebih Murah dan Sesuai?

Emas telah lama dikenali sebagai aset pelindung nilai, terutama ketika berlaku inflasi atau ketidaktentuan ekonomi. Namun, dengan kemajuan teknologi kewangan, kini wujud satu lagi bentuk pelaburan emas yang semakin popular iaitu emas digital.

Emas digital biasanya lebih murah untuk mula kerana spread beli–jual lebih kecil, malah boleh dibeli dengan modal serendah beberapa ringgit. Sebaliknya emas fizikal selalunya lebih mahal kerana ada kos pembuatan, pembungkusan dan kos pemasaran, menyebabkan harga per gram lebih tinggi walaupun nilainya sama.

Persoalannya, antara emas fizikal dan emas digital, mana satu yang lebih sesuai untuk keperluan anda?

Artikel ini akan menghuraikan perbezaan utama antara kedua-dua bentuk pelaburan emas ini dari aspek pemilikan, keselamatan, kos, kecairan dan kesesuaian.

1. Bentuk Pemilikan

Emas fizikal memberi anda pegangan terus ke atas emas dalam bentuk jongkong, dinar, atau barang kemas. Ia boleh disimpan sendiri di rumah, di premis peribadi, atau disimpan dalam peti simpanan selamat di bank.

Emas digital, pula, bermaksud anda mempunyai hak ke atas jumlah emas sebenar yang disimpan oleh pihak ketiga. Walaupun tidak dipegang secara fizikal, emas ini wujud dan boleh ditebus jika diperlukan. Bezanya transaksi berlaku dalam bentuk digital, atas talian, lebih cepat dan mudah.

Dari segi pemilikan pula, emas fizikal lebih sesuai bagi individu yang ingin melihat dan memegang aset mereka, manakala emas digital lebih praktikal bagi pelabur moden yang mengutamakan kemudahan dan keselamatan.

2. Keselamatan dan Risiko Kehilangan

Emas fizikal berisiko hilang, dicuri atau paling dahsyat kita terlupa simpan di mana. Jika disimpan di bank, perlu bayar caj sewaan tahunan bagi peti besi keselamatan.

Sebaliknya, emas digital disimpan dalam fasiliti keselamatan tinggi oleh penyedia platform dan biasanya diinsuranskan. Pengguna hanya perlu pastikan keselamatan akses digital, seperti kata laluan dan verifikasi dua faktor.

Dari segi keselamatan, emas digital lebih unggul kerana mengurangkan risiko fizikal.

3. Caj dan Kos Tersembunyi

Emas fizikal melibatkan pelbagai kos seperti caj upah (terutama bagi barang kemas), susut nilai jual balik (spread), kos penyimpanan jika guna peti besi, serta caj penghantaran jika pembelian dilakukan secara dalam talian.

Emas digital pula biasanya mengenakan caj pengurusan tahunan (sekitar dua hingga tiga peratus), tetapi kadar spread lebih rendah dan tiada caj penghantaran melainkan jika anda mahu menebusnya menjadi emas fizikal.

Untuk pelaburan kos rendah dan jangka pendek, emas digital lebih efisien.

4. Kecairan dan Kemudahan Jual Beli

Bagi emas fizikal, anda perlu ke kedai emas atau dealer untuk menjual semula. Kadangkala proses ini mengambil masa kerana perlu melalui pengesahan dan pembayaran secara manual.

Sebaliknya, emas digital boleh dibeli dan dijual pada bila-bila masa secara dalam talian, dan dana hasil jualan biasanya terus dikreditkan ke akaun dalam masa singkat.

Dari aspek kecairan dan kemudahan transaksi, emas digital lebih fleksibel dan pantas.

5. Tebusan Emas

Emas fizikal sudah berada dalam tangan anda sebaik dibeli. Ia boleh digadai atau disimpan sebagai harta.

Untuk emas digital, anda boleh menebusnya menjadi emas fizikal, tetapi perlu memenuhi syarat minimum tertentu seperti jumlah gram yang mencukupi. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk proses ini.

Sekiranya anda bercadang untuk memegang emas secara fizikal akhirnya, pastikan platform digital yang anda pilih menyediakan pilihan tebusan.

6. Kesesuaian Mengikut Tujuan

Jika anda ingin menyimpan emas untuk jangka masa panjang, kedua-dua emas fizikal dan emas digital adalah sesuai bergantung kepada tahap keyakinan anda terhadap bentuk pemilikan.

Bagi tujuan simpanan kecemasan yang memerlukan anda mencairkan emas dengan cepat dan mudah, emas digital adalah pilihan yang lebih sesuai kerana boleh dijual terus melalui aplikasi dan hasilnya dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.

Untuk pelabur yang baru bermula atau yang tidak mahu berurusan dengan urusan penyimpanan fizikal, emas digital lebih mesra pengguna dan mudah dikendalikan melalui telefon pintar.

Sekiranya anda mahukan perlindungan nilai untuk jangka panjang dan tidak kisah untuk menyimpan emas secara fizikal, maka emas fizikal masih kekal sebagai pilihan yang kukuh.

Namun, jika tujuan anda membeli emas adalah sebagai hadiah fizikal, contohnya untuk perkahwinan atau pemberian khas, maka emas fizikal seperti barang kemas adalah lebih sesuai berbanding emas digital.

Akhir sekali, bagi mereka yang hanya mampu melabur dengan jumlah kecil seperti di bawah seratus ringgit, emas digital adalah lebih praktikal kerana kebanyakan platform membenarkan pembelian serendah satu ringgit. Emas fizikal pula biasanya memerlukan modal yang lebih besar untuk bermula.

7. Contoh Platform Emas Popular di Malaysia

Emas fizikal seperti KAB Gold, GB Gold, Public Gold, Habib Jewels, Poh Kong, Wah Chan, Kedai Emas Anuar dan banyak lagi.

Emas digital pula seperti Bursa Gold Dinar, Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i), Akaun-i eGold oleh Bank Rakyat, Akaun AFFIN Emas-i dan Muamalat Gold-i (MG-i).

Selain emas fizikal dan emas digital, kini pelabur juga mempunyai pilihan untuk melabur melalui dana unit trust emas seperti Versa Gold (AHAM Shariah Gold Tracker Fund), yang menjejak pergerakan harga emas sebenar dengan kos pengurusan yang lebih rendah. Patuh syariah dan boleh bermula dengan modal serendah RM100.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia/id1534696596
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms&pli=1

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma.

Kesimpulannya, pilih berdasarkan keperluan dan gaya hidup.

Emas fizikal adalah pilihan tepat jika anda lebih selesa memegang dan menyimpan sendiri aset emas. Ia sesuai untuk jangka panjang, hadiah atau digadai jika diperlukan.

Emas digital pula lebih fleksibel dan mudah diurus, sesuai untuk pelabur moden yang ingin membuat pembelian secara konsisten, bermula dengan bajet kecil, serta inginkan transaksi yang cepat dan mudah. Walau apa pun pilihan anda, penting untuk faham matlamat pelaburan anda, bandingkan platform dengan teliti dan elakkan membeli hanya kerana ikut trend.

Baca juga Simpan Emas dalam MIGA-i atau Public Gold?

Penafian: Perbincangan mengenai emas dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau pelaburan yang diperibadikan. Pelaburan emas – sama ada dalam bentuk emas fizikal, akaun emas, ETF atau dana berkaitan emas – tertakluk kepada risiko pasaran dan turun naik harga. Nilai pelaburan anda boleh naik dan boleh juga turun, dan sebarang pulangan tidak dijamin. Sebelum melabur, pembaca digalakkan memahami struktur produk, kos terlibat (spread, caj pengurusan, caj jual beli) dan mendapatkan nasihat daripada pihak berlesen jika perlu.

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.