15 Fakta Menarik Tentang Emas

Sebut sahaja tentang emas, pasti ramai peminatnya di seluruh dunia. Namun, adakah kesemua peminat emas itu mengetahui tentang fakta-fakta yang menarik berkaitan emas.

Baca kupasan dan fakta ringkas yang perlu diketahui sebagai peminat emas. Kalau dulu, tidak kenal maka tidak cinta, berbeza pula dengan emas yang cinta dahulu baru kenal. Power sungguh emas ni ye!

Berikut merupakan 15 fakta menarik tentang emas yang perlu anda ketahui.

1- Emas telah ditemui di setiap benua di bumi

2- Emas dan tembaga adalah logam pertama yang ditemui oleh manusia sekitar 5000 sebelum Masihi dan hanya emas dan tembaga logan yang bukan berwarna putih

3- Istilah ‘emas’ adalah daripada pangkal proto-indo-eropah ghel/ghol yang membawa maksud kuning, hijau, ataupun terang.

4- Zaman Mesir Purba, emas dianggap kulit ataupun daging dewa termasuklah dewa matahari mesir, Ra. Oleh itu, emas sama sekali tidak boleh dimiliki sesiapapun melainkan Firaun.

5- Orang-orang Yunani pada ketika dulu menganggap bahawa emas merupakan gabungan padat air dan cahaya matahari

6- Simbol kimia bagi emas ialah Au, yang berasal dari perkataan latin ’aurum’ yang membawa maksud subuh bersinar.

7- Rom telah mengeluarkan duit syiling emas yang dipanggil Aureus dan Solidus bagi syiling yang lebih kecil

8- Emas adalah bersifat lembut dan ianya boleh digunakan sebagai benang jahit. 1 oz emas jika dijadikan sebagai benang jahit, boleh mencecah panjang lebih daripada 50 batu.

9- Gumpalan emas terbesar yang pernah ditemui dinamakan ’welcome stranger’ yang telah ditemui oleh John Deason dan Richard Oates di Australia pada 5 Februari 1869.

10- Ketulenan emas telah diukur dalam berat karat.

11- Sepeerti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

12- Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

13- Dalam sejarah manusia, 161,000 tan emas yang telah digali dapat mengisi hanya 2 kolam renang saiz Olimpik.

14- Emas adalah sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300 kg.

15- Aloi emas berwarna merah ros boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi tembaga dan perak.

Masih terlalu banyak fakta menarik mengenai emas yang perlu disingkap dan diketahui oleh peminatnya.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MiGOLD: Dana Pelaburan Emas Patuh Syariah Baharu dari Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 16 April 2025 – Bank Muamalat Malaysia Berhad, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Muamalat Invest Sdn Bhd, telah melancarkan dana pelaburan baharu berasaskan emas yang patuh Syariah – dikenali sebagai Muamalat-i Gold Fund (MiGOLD).

MiGOLD bukan sekadar pelaburan emas biasa. Ia merupakan dana yang menggabungkan pelaburan dalam Exchange-Traded Funds (ETF) yang fokus kepada sektor emas serta skim pelaburan kolektif (Collective Investment SchemesCIS). Struktur inovatif MiGOLD ini memberikan kelebihan dari segi pengurusan kecairan dan simpanan emas yang lebih fleksibel.

Dana ini turut mengintegrasikan pendedahan kepada ekuiti patuh Syariah di Bursa Malaysia serta sekuriti pendapatan tetap syarikat berkaitan emas dan logam berharga, menjadikannya berbeza dengan pelaburan emas tradisional.

Pendekatanan ini merupakan strategi yang seimbang untuk memelihara kekayaan dan pertumbuhan mampan.

Alternatif Pelaburan Selamat, Beretika & Stabil

MiGOLD direka khusus untuk pelabur yang mahukan alternatif pelaburan yang beretika, stabil, dan selaras dengan prinsip Islam, namun tetap berpotensi menjana kekayaan dalam jangka panjang – berdasarkan rekod emas sebagai aset selamat sepanjang zaman.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata MiGOLD diyakini mampu memenuhi permintaan tinggi terhadap instrumen pelaburan yang patuh Syariah dan berdaya tahan.

“MiGOLD bukan sekadar dana emas – ia lambang komitmen kami untuk menyediakan peluang pelaburan yang telus, beretika dan berasaskan nilai. Ini adalah sebahagian daripada misi kami untuk membina kehidupan yang lebih baik bersama pelanggan melalui kestabilan kewangan dan pertumbuhan berterusan,” katanya.

ℹ️ Apa Itu ETF & CIS?

Sebagai rujukan, ETF (exchange-traded fund) ialah dana indeks yang disenaraikan dan diniagakan di pasaran saham – berfungsi untuk meniru prestasi indeks tertentu. Manakala CIS (skim pelaburan kolektif) ialah bentuk pelaburan terkumpul yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


Sumber: Bernama dan Bank Muamalat