Rutin Seorang Pedagang Sepenuh Masa

Pasti ramai teruja melihat keuntungan yang diperolehi oleh seorang pedagang saham yang selalu kita lihat di media sosial. Keuntungan dalam perdagangan saham boleh mencecah ribuan ringgit setiap hari. Namun, apa yang ramai orang tidak tahu adalah keuntungan sebegitu hanya boleh dikecapi dengan merisikokan sejumlah wang setiap hari.

Ada yang merisikokan modal sebanyak RM10,000 setiap hari, ada yang merisikokan modal RM20,000 sehari. Setiap pedagang berbeza dari segi modal dan pengurusan emosi mereka. Baca juga Berapa Jumlah Lot Ideal Yang Kita Patut Beli Berdasarkan Modal?

Sebagai seorang pedagang saham, persediaan adalah kunci kepada kejayaan. Persediaan pula terbahagi kepada dua jenis iaitu, sebelum dan selepas. Rutin pedagang saham bermula sejak 8 malam sebelum pasaran dibuka pada 9 pagi keesokkan harinya.

Persediaan perlu dilakukan untuk mengkaji saham apa yang mempunyai momentum pada keesokan harinya.

Pada malam hari, pedagang saham perlu melihat saham yang mempunyai momentum volume yang tinggi. Untuk pedagang sepenuh masa, saham yang mempunyai volume adalah saham yang digemari oleh mereka. Hal ini kerana, volume menunjukkan kecairan yang tinggi dan sesuai untuk jenis pelaburan fast in fast out.

Pedagang saham sepenuh masa akan mencari beberapa saham berpotensi untuk hari esok. Apabila pasaran saham dibuka, mereka akan melihat tindak balas sesuatu saham tersebut sebelum mula mengambil posisi dalam pasaran. Apabila terdapat signal yang mereka tetapkan, mereka akan mengambil posisi dan akan menjual selepas saham tersebut naik dalam beberapa bid.

Transaksi pedagang saham sepenuh masa lebih kepada high frequency trading iaitu banyak transaksi yang mereka lakukan dalam masa satu hari. Selepas pasaran ditutup, rutin seterusnya adalah untuk melakukan post mortem dalam perdagangan yang dilakukan.

Post mortem ini penting untuk melihat prestasi perdagangan yang dilakukan dan untuk memastikan sentiasa mengamalkan disiplin yang betul.

Untuk menjadi seorang pedagang sepenuh masa, memerlukan kekuatan modal dan juga mental, disiplin yang tinggi juga adalah kunci untuk kejayaan seorang pedagang saham. Jika kerjaya pedagang sepenuh masa itu mudah, sudah tentu ramai orang melakukan.

Namun, kita boleh lihat tidak ramai orang mampu untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya kerana ia memerlukan pengalaman dan skill.

Panduan percuma :

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.