Cara Buat Duit Dengan Pelaburan Emas

Ramai yang masih keliru bagaimanakah cara buat duit dengan pelaburan emas, apakah pelaburan emas dan bolehkah kita dapat duit jika melabur emas?

Pertama sekali, konsep pelaburan emas haruslah kita fahamkan terlebih dahulu. Kemudian, barulah mudah untuk kita mengikuti langkah satu demi satu untuk buat duit dengan pelaburan emas.

Apakah Maksud Pelaburan Emas?

Pelaburan emas bermaksud kita menggunakan emas untuk mendapatkan nilai yang lebih besar daripada sebelumnya. Ia bermaksud, kita boleh menghasilkan wang daripada pelaburan emas yang dilakukan, ia mempunyai prosedur dan kaedah yang betul perlu kita ketahui.

Konsep Pelaburan Emas

Pelaburan emas mempunyai 3 konsep dan kaedah utama yang harus kita ketahui. Dengan konsep ini, kita dapat bertindak mengikut cara yang betul dan tidak rugi di kemudian hari. Jom lihat 3 konsep pelaburan emas sebenar.

1. Konsep Pembelian Emas

Buat duit dengan pelaburan emas memerlukan anda membeli emas untuk pertama kalinya sebelum mula melabur. Belilah emas fizikal yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah. 

Tahukah anda, selain emas fizikal, anda juga boleh mendapatkan emas certificate? Ia umpama sejenis kad yang bernilai emas boleh anda simpan dan jual semula apabila harga emas melonjak naik nanti.

2. Konsep Simpanan Emas

Emas fizikal yang anda beli boleh disimpan dengan cara terbaik pada masa ini. Kemudian, anda boleh membuat pengeluaran emas pada bila-bila masa yang anda inginkan. 

Ada yang membeli emas secara konsisten setiap bulan, sebagai salah satu cara untuk pelbagaikan simpanan berbanding hanya simpan duit dalam bank semata-mata.

3. Konsep Penjualan Semula Emas

Apabila harga emas sudah naik, ia adalah masa yang tepat untuk anda menjual semula emas fizikal yang telah anda beli. Inilah yang dikatakan dengan pelaburan emas.

Ia akan memberikan anda keuntungan berbanding harga anda membelinya suatu ketika dahulu. 

Itulah dia 3 konsep pelaburan emas wajib anda tahu sebelum mula melabur. Namun begitu, hati-hatilah dengan syarikat yang menawarkan khidmat pelaburan emas dengan cara mengambil pembayaran bulanan dari anda, ia amat bahaya dan tidak boleh dipercayai.

Cara buat duit dengan pelaburan emas yang betul adalah anda tentukan pembelian, penjualan dan penyimpanan emas anda dengan cara yang selamat dan dipercayai. Pelabur tidak semestinya menyimpan emas, tetapi perlu menggunakan medium yang betul dalam pelaburan emas-

Sumber Rujukan: Pelaburan Emas

Previous ArticleNext Article

Public Gold syarikat Malaysia pertama jadi ahli antarabangsa Shanghai Gold Exchange

KUALA LUMPUR: Syarikat logam berharga bersepadu, Public Gold Group berjaya menjadi ahli antarabangsa dalam Shanghai Gold Exchange (SGE) iaitu satu platform perdagangan emas yang paling berpengaruh di dunia.

Ini menjadikan Public Gold sebagai syarikat Malaysia pertama yang memperoleh pencapaian berkenaan.

Pencapaian bersejarah ini meletakkan kedudukan Public Gold di barisan hadapan dalam industri logam berharga ASEAN sekali gus memberikan akses langsung kepada rangkaian perdagangan global SGE, infrastruktur penghantaran fizikal dan kontrak emas yang dinilai dalam yuan Renminbi.

Syarikat itu berkata, penyertaan ini juga membolehkannya memperoleh serta menghantar emas melalui rangkaian peti simpanan antarabangsa SGE dengan lokasi strategik di Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata menyertai SGE bukan sekadar pencapaian perniagaan tetapi ia juga merupakan langkah strategik bagi menghubungkan Malaysia secara langsung dengan pasaran emas terpenting di dunia.

“Dengan kehadiran yang semakin berkembang di Dubai, India, London dan seterusnya, Public Gold bersedia untuk membina rangkaian global yang benar-benar memberi manfaat kepada pelanggan kami serta industri emas Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada keanggotaan SGE, Public Gold kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh keahlian dengan India International Bullion Exchange (IIBX) dan akan memasuki pasaran London, seterusnya memperluas jangkauannya ke satu daripada pusat perdagangan emas terbesar dan paling kukuh di dunia.

“Dengan kehadirannya di Dubai iaitu pusat perdagangan emas utama di Asia Barat, Public Gold kini dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kerjasamanya di seluruh Asia, Timur Tengah dan tidak lama lagi, Eropah,” kata Public Gold.

Sebagai ahli Persatuan Emas Malaysia dan Singapore Bullion Market Association, Public Gold berhasrat memperkukuhkan peranan Malaysia dalam perdagangan logam berharga global sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya.

Ia juga disasarkan beroperasi merentasi seluruh rantaian nilai emas iaitu daripada perdagangan emas borong hingga produk simpanan runcit, penyelesaian penyimpanan dan tawaran emas yang mematuhi prinsip Syariah.

Syarikat itu berkata, peluasan ke dalam SGE, IIBX, dan London mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sumber melalui penyertaan langsung dalam pasaran emas utama dunia sambil memperluas peluang eksport produk emas Malaysia ke China, India, Asia Barat dan Eropah.

-BERNAMA

Baca lagi Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold